Pages

ujian adalah tarbiyah dari Allah 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

kita yang merancang, Allah yang menentukan..

selalu kan kita tengok dalam tv, internet ataupun majalah, orang tu plan nak ambil gambar paling stylo sekali yang pernah dia ambil..tetapi bila dah publish gambar tu, tiba² ternampak ada lembaga dalam gambar tu yg nak join juga masuk sekali..wuuuuuuu...~seramkan...
tapi, sekarang bukannya saya nak bercerita pasal hantu..lupakan.!just introduction.. *bajet stylo..haha*

mungkin ada yang tahu mengenai masalah yang dihadapi sebuah kolej perubatan di Malaysia ni, mungkin juga ada yang belum tahu apa sebenarnya masalah yang dihadapi kolej tu..dan apakah nama kolej tu..kan..kan.??
rasanya kalau tak bagi tahu pun, boleh juga kot korang tahu..
p/s : trylah scroll bwah tengok dekat bahagian list blog tu, ada nama kolej saya..oooppss..tersilap bagi tahu..haha..never mind.. =P

ok, beginilah ceritanya..kolej tu menghadapi masalah tak dapat akreditasi daripada MMC..
disebabkan oleh lebihan pelajar yang bercurah-curah dalam batch saya sendiri..sepatutnya, satu batch boleh ada 150 orang student sahaja, tetapi apa yang berlaku..jumlah batch saya 236 orang..

236 - 150 = 86

bermaksud, ada 86 orang yang lebih.!! *erk, boleh tahan arr..*
so, dah bermacam² usaha dah dibuat pihak kolej nk kurangkan student jadi 150 orang sahaja satu batch..
ada yang pindah ke kolej lain, yang tangguh pembelajaran masuk batch seterusnya dan...dan..yang tu aje kot.. =.="
so sekarang yang tinggal dalam batch saya hanya 222 orang.. *cantikkan number tu..haha*

dipendekkan cerita, kolej telah pun mengeluarkan senarai nama pelajar yang perlu dikurangkan supaya mencapai target 150 orang sahaja dalam batch saya ni..
tup..tup..nama saya termasuk..alahai,...~

tapi, kolej tarik balik semua senarai nama tu dan batalkan cadangan yang telah dibuat untuk semua pelajar lebihan tu..alhamdulillah..~

dipendekkan cerita lagi...
semalam pihak JPA jumpa semua student² tajaan JPA..dan apa yang terjadi ialah pihak JPA bagi 2 pilihan kepada pelajar tajaan untuk membuat pilihan..
iyelah, kiteorang tak boleh nak ikut apa yang kolej arahkan sebab yang menaja kiteorang JPA, so macam agak susah sedikit kalau nk buat keputusan sendiri tu..
ouh ya, 2 pilihan tu..
1. tukar kos ke pergigian ataupun farmasi
2. tukar ke kolej lain dalam bidang perubatan juga
abah ada cakap, kalau JPA bagi green light untuk keluar dari kolej, memang abah nak bawa keluar terus..
jeng..jeng..jeng..JPA dah bagi choice boleh keluar kolej tukar ke kolej lain...

tetapi...

hanya untuk pointer 3.0 ke atas.....
erk, saya ni tak lah sehebat pointer di atas tu..heh.. *senyum kambing*
hmmm..bermaksud staylah saya dekat sini..

tetapi kan, kalau stay sini pun, belum tentu dapat akreditasi daripada MMC lagi..
apa yang saya takut, kalau tak dapat akreditasi, terpaksa student² kolej ni ambil exam yang dibuat khas MMC selepas grad nanti..
fuh, maksudnya, ada dua kali exam besar kena ambil sebelum dapat jadi doktor..

dan ini apa yang salah seorang lecturer cakap dekat saya selepas perjumpaan JPA semalam..

"ada student medic oversea from university yang tak dapat pengiktirafan MMC balik ke Malaysia, dan tak pass exam tu, terpaksa repeat semula first year"

whoa.!!dah lima tahun belajar, tetiba tak lulus exam, kena ulang semula dari first year.!!nauzubillah...~

so, sekarang ni, rasa macam serba salah..kalau ikutkan hati nak keluar dari kolej ni..tetapi tak boleh pula..
ouh, ya, waktu first² kolej umum pasal masalah ni, memang saya tak nak keluar langsung dari kolej ni, tetapi fikir² balik, rasanya better keluar daripada stay..h0h0..

hmm,apa² pun, apa yang dapat saya buat hanyalah berdoa kepadaNya agar semua urusan dapat dipermudahkan..
Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba² Nya..insyaAllah..

*smile*

message 1 : apa patut saya buat huh.??nak try minta keluar ke.??
message 2 : ujian..ujian...~