Pages

mari bersunat.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

terkenang ketika mana suatu ketika dahulu, aku bersunat..kadang² rasa best jugak kembali ke zaman kanak²..
hidup senang lenang..makan masakan mak selalu..tengok tv..tak payah belajar teruk²..tak kena buang kolej......~ =.="
tapi, kat sini bukan nak cerita zaman aku bersunat..PRIVATE & CONFIDENTIAL cerita aku..ngeh..~

semalam, aku dan juga geng² sunathon KUSPEC pergi berlakon menjadi tok mudim kat Petaling Jaya..seronok apabila melihat kanak² seusia 5 tahun ke 9 tahun bergembira mandi beramai² sebelum proses berkhatan dilakukan..terasa jugak nak join diorang ni bermandi-manda..time aku kecik² dulu, x de pun mandi ramai² macam ni..mandi sorang² je dalam bilik air..
*oooopppss,tercerita plak private & confidential saya..nv mind*


tetapi, tak lama pun diorang gelak² ni..nanti bunyi gelak² tu akan berubah tone..~ menjadi sedih............
hahhahahahhaha.. *gelak jahat*

ok, stop cerita pasal sebelum sunat..
sekarang nak cerita pasal budak ni.................


*budak di atas tidak ditunjukkan muka atas sebab² tertntu..*
tengok apa yg budak ni tgh buat..bergayut dekat grill pintu masjid..haha..
kelakar jgak bila aku sndiri tgk bnda ni..

apa yang ayahnya cerita, budak ni dah pun disuntik ubat kebas..tetapi tiba² je dia kata dia nak buang air kecil..
so, dia pun pergi lah tandas..tapi, dia ni pergi tandas lama yang amat..sangat-sangat lamaaaaa..~

rupa²nya, dia pergi tandas sebab lain..takut nak bersunat..haha
puas dah pujuk² nak bawa pegi bilik..bilik..bilik pembedahan kot orang panggil..tak tawu bilik tu nama apa..
tapi, budak ni menjerit-jerit tak nak pegi..

nasib baik faisal ada idea yang boleh jugak arr nk diguna pakai..tunjuk jarum kat budak ni, then cakap..

"kita sunat kat sini ja lah.."
*sila bayangkan seorang doktor muka yang sangat ganas sambil senyum menampakkan gigi yang bersinar memegang jarum menunjuk² di hadapan budak nakal*

terus budak tu lepas grill tu then lari masuk toilet..
hazwan terus kejar budak tu then tangkap lah dia dalam toilet tu..aku dah nampak budak tu jatuh, terus masuk toilet then pegang kaki budak tu..

DUSH.!!!!!!!!

tepat betul² kat muka aku dia tendang aku..
terpelanting spek aku..
mula² lepas kena tendang tu..rasa macam blurr sikit..then kengkawan yang lain terus masuk angkat budak tu..
lpas tu ok sikit...~
spek tu ntahlah, org² lain dah pijak kot..kelam kabut time tu..haha
bengkok sikit je spek tu..ngeh..~

time usung dia nak bawa pegi bilik bedah, budak ni menggelupur..
memang mencabar gila.!!
sambil menggelupur tu..laju je kepala budak ni gerak² nak cari mangsa nak gigit..
hahaha

last² dapatlah jugak dia ni gigit salah sorang yang usung dia ni..
FAKHRI.!!! *mangsa digigit*
mujur aku carry dia pegang bhgian pinggang dia ni..haha
lebam lah jugak tengok tangan fakhri kena gigit..ngeh.~
dah smpai kat bilik bedah..tenang²kan budak tu..then alhamdulillah berjaya disembelih disunatkan,. ^^

*******

lain budak, lain ceritanya..
selalu kteorg ni masa praktis, tak lah takut sangat..macam rilex je praktis memotong, menjahit, and semua² tu lah..
tapi, bila kita nak buat betul² dekat badan manusia, pelbagai rasa ada..ketar, menggigil, tak yakin...~

sambung balik..
lepas aku menyuntik sorang budak ni, aku pegang² bahagian ke*alu*n dia tu..nak test sama ada dia dah kebas ke belum..
kalau dah kebas, then baru start proses menyembelih menyunat..

time ni orang ramai keliling budak ni..pakat² nak tengok macam mana proses tu dibuat..
aku ni pun, habis control segala pergerakan aku, percakapan aku and kalau boleh, semua nak control, takut² nanti orang macam tak percaya kat aku nak buat proses² tu..haha..

aku : adik, ada rasa apa² tak lagi.?? *sambil pegang² bahagian ke*alu*n dia*
adik : hmm..rasa..~
aku : adik rasa macam mana.??sakit.??atau rasa mcm abang pegang je.??
adik : hmm..rasa lagi..~
aku : a'ah, adik memang rasa..tapi, rasa macam mana.??sakit tak.??
adik : erk..rasa getar² je...~
aku : =.=" *aduh, kantoi tangan aku ni menggeletar.......~*

then, orang sekeliling aku start gelak..durhhhh..~



message 1 : ni sunathon yang last aku join..lepas ni, ntahlah ada harapan ke tak lagi nak join sunathon dekat kolej lain..
message 2 : sebelum ni ada jugak join sunathon..tapi, x lah se extreme macam ni..sampai kena tendang, gigit macam nak tercabut kulit..haha..
message 3 : prof latiff pernah bagi tahu..menyunat ni nak membersihkan kemaluan seseorang itu, so sah lah segala solat yang ditunaikan tu..bayangkan seseorang itu, yang telah kita sunatkan dia, menunaikan solat dengan sah sepanjang hayatnya di muka bumi ni, insyaAllah pahala kita akan dapat jugak sebab membantu seseorang itu membuang segala kotoran ataupun najis supaya sah amalan solatnya..wallahualam

kasih sayang itu titi..~

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Kem PPD yang diadakan 3 hari lepas sangat bermakna bagi kesemua pelajar KUSPEC yang akan dibuang dipindahkan ke kolej lain..
walaupun hanya 2 hari sahaja kem itu diadakan, kami kenal makna kasih sayang antara kami semua..
walaupun hanya tinggal 4 minggu sahaja lagi sebelum kami semua membawa diri ke kolej lain, namun, kasih sayang yang tersemat dalam diri kami tak akan hilang walaupun berjauhan..

Rasulullah saw. bersabda, “Man laa yarhaminnaasa laa yarhamhullaah” Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya. (H.R. Turmudzi).


ada satu part yang amat aku suka dalam kem ni..
'Jambatan Tergantung'


jambatan ni kami kena lalui sebelum ke kawasan flying fox..
apa yang mencabar ketika naik jambatan ni ialah kami kena berjalan hanya di atas satu tali aje..
sememangnya jambatan tu amat mencabar sebab bila ramai orang yang naik, nanti jambatan tu akan bergetar..tak tahu sebab apa.. =.="
bila sampai di penghujung jambatan tu, kawan² pun bagi pendapat masing² pasal jambatan tu..

"kaki aku ketar gila.!!"

then, baru terfikir..patutlah bergoyang jambatan tu..haha.. =P

*********

dalam perjalanan atas jambatan tu, tetiba hati berbisik..
macam mana keadaan di akhirat nanti apabila kita nak lalui titian Siratul Mustaqim sedangkan titi atau jambatan yang dilalui di dunia apabila bergoyang, dah rasa sangat² takut..~

Berdoalah kepada Allah S.W.T. semoga kita menjadi kumpulan pertama yang melintasi siratul mustaqim bagai kilat memancar



SELAMAT HARI IBU.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

setiap kali bangun pagi, mataku pasti melihat jam handphone..setakat pukul 10 pagi tu, rasanya awal lagi bagi aku di minggu cuti ni..haha.. *gelak jahat*
tapi, pagi tadi, adik aku gerak..dua tiga kali jugak, tapi, hati ni dok cakap :

"aiseh, malam ni nak bertolak balik cyberjaya dah..aduhh..sayangnya nak tnggal katil sedap ni.."

so, mcm biasa, truskan perjuangan di alam mimpi..yeeehaaaa..~

tepat jam 10.59 a.m..seminit lagi nak pukul 11..aku pun bangun..
macam biasa, bangun pagi, benda first yang aku akan tengok selepas tengok handphone, FACEBOOK.!!! <------ nak tengok isu semasa kawan² apa dah berlaku dekat diorang di pagi² buta ni.. *pagi² buta lah sangat..matahari nak terpacak atas bumbung rumah dah...~hoho*

ni apa yang terpancar *ceay,terpancar..~* dalam skrin laptop aku..


HOYEEAAHHHH.!!!MOTHER'S DAY.!!
dan aku di atas katil masih lagi bertemankan bantal, tilam and..and..and laptop.!!
ouh, apa dah berlaku.!!aku hampir terlupa.!!ngahahahaha... *kejam punya anak*

then teringat plan kakak dengan syuhada dua hari yang lepas..kata nak beli kek, then celebrate sama²..
waaahhh..mesti hari ni hari paling best...
tapi..tapi..~

aku masih lagi di atas katil.!!! =.="

zzzuuuupss..terus bersiap..~
turun bawah..tengok kat dapur, mama tengah dok prepare lunch..
ouh, adakah aku terlambat.? *yaa.!!memang terlambat.!!*

tngok kakak dok tololong mama dok prepare makanan..muka serius jaa..
tetiba mama tanya...~

"siapa nak ambk adik hafiz kat tuisyen.?!"

ouh.!ouh.!!ni peluang terbaik ni nak keluar pergi beli kek.!!
tak fikiaq panjang dah..trus jawab..
aku : wan pi ambik satgi.!!pukul brapa dia keluaq.??
mama : 11.45
aku : orait...~

*****

dalam kereta dengan adik hafiz:

aku : hafiz.!!nak beli apa kat mama.??mothers day..~ *saja² tanya..*
hafiz : erk, ntah..~
aku : hafiz rasa benda apa best nak bagi kat mama.??
hafiz : erm,tak tau...
aku : =.="
hafiz : beli ayam lah, bagi kat mama..kita pi market..~
aku : aduhhhhhhh..~ jomlah teman abg ngah beli kek kat kedai..bagi kat mama..ok.??
hafiz : erm..jom.!!!!


*memang tak matang.!!*

dah beli, then satu hal lagi berlaku...~
tak plan macam mana nak buat surprise kat mama..alamak..alamak..macam mana nih.??
tak kan nak jual balik kat kedai..

sekarang, aku ikut plan hafiz pulak, budak tak matang :

tinggal dulu dalam kereta, then bincang lain dengan kakak, asyraf dgn syuhada..

masuk rumah..tengok kakak tengah prepare barang² nk buat kek..

aku : aik.??awat nak buat kek.??
kakak : mama suruh..
aku : aduh...macam mana ni..kek dah beli..~

biasalah mama, tiap² kali hari last sebelum aku balik, mesti mama nak buat makanan sepcial untuk anak dia ni..
tapi, kali ni, anak dia pulak nak buat special..haha

teruih panggil kakak naik atas..bincang kat atas macam mana..
bincang..bincang..bincang..SETTLE.!!!
kakak pun turun bawah balik..

aku suruh syuhada turun pi lari ambk kek dalam kereta..
kakak pula ready kat bawah..
kek dah bawa masuk dalam rumah..
then, kakak pun beraksi.!!
kakak : mama.!!!!kek dah siap.!!!
mama : buat lah kek tu.!!!siap apanya..
kakak : laaaarrr..dah siap dah.!!!
mama pun keluaq dapuq..pi tengok atas meja makan..

"waaahhh..anak mama.!!!terima kasih banyak².!!!"

tapi, time tu, kek dalam kotak lagi..tak bukak lagi kotak tu...
pastu suruh mama buka..
JENG.!!JENG.!!JENG.!!





nampak atas kek tu ada signboard apa.??
HAPPY BIRTHDAY.!!

ouh, spoil.!!ni mesti akak pekerja kedai kek tu silap letak..
tapi, mama kata..tak apalah..mama faham...
hoho..~

then bermulalah sesi bergurau senda..ahak..~

HAPPY MOTHER'S DAY yeaa..~
I LOVE YOU.!!

message 1 : nanti abah pulak..plan cara lain pulak..father's day.!!
message 2 : happy mother's day untuk semua ibu2 kat dunia ni yeah.. =)
message 3 : syurga di bawah tapak kaki ibu..kan.??kan.??

colgate.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

zaman budak² memang sesuatu yang tak dapat dilupakan..
tapi nanti bila dah tua, nyanyok, terlupa jgak..
*sebab tu nak tulis dalam blog ni takut nanti tetiba terlupa..haha*

ketika aku sedang menggosok gigi dengan kakakku di dalam tandas.. *time tu kecik lagi, x dak hal lah aku dgn kakak aku dalam tandas..gosok gigi ja pun..~*
sedang aku memerhati cermin tandas..tiba² aku terasa macam nak jenguk ja kat luar pintu tandas..
kebetulan time tu pintu bilik tidur 1 and bilik hujung terbuka luas..

*time tu rumah aku ada 3 bilik : bilik master kat depan skali, bilik tidur 1 (bilik tidur aku dengan kakak aku) and bilik hujung (bilik stor)..bilik tidur 1 dengan bilik hujung memang parallel dengan tandas rumah aku*

*sambung balik..* mata still kabur2 sebab nak tidur dah..
pejam celik..pejam celik..pejam...pejam..celik..pejam..
tiba² hati berbisik "tengoklah depan pintu bilik tidur 1 dgn bilik hujung"
tanpa segan silu, mata yang melekat kat muka ni pun tengoklah kat depan dua² pintu bilik..

mata pun berkerut² nak tengok sebab instinct tu macam ada sumting..
sekali kerut mata dengan dahi tu..tup..tup............~
nampak macam ada orang gosok gigi sambil sua kepala keluar pintu bilik..
mata dengan dahi terus berkerut..air liur detelan..gulp..sekali dengan colgate aku telan....~

terus aku bagi tahu kakak aku..ada nampak macam ada orang tengah gosok gigi kat depan pintu..
kakak aku pun berkerut juga mata dia..dengan dahi dia skali berkerut juga..
tapi dia kata dia tak nampak apa²... *hoho.!!dahsyat kan aku boleh nampak hantu...............GILA.!!*

terus kakak aku suruh aku tutup lampu tandas dengan pintu tandas..
gila kan.??dahlah nampak hantu..pi berkurung dalam tandas,.lepas tu tutup lampu pulak..memang SMART arhhh..tapi tak pa, time tu tak matang lagi..........~

then, kami pun sama² menjerit panggil mama..
dalam masa yang sama kami dok menjerit panggil mama, asyraf *adik aku* menangis tersesak-esak kat dalam bilik master..time tu asyraf baby lagi..comei lagi..sekarang...ermmmm..handsome sikit..heh..~
mama apa lagi, nak handle asyraf yang tengah menangis macam nak sesak nafas tu dahlah susah..kami pulak dok menjerit panggil mama dalam tandas..
mama lari dekat tandas kami dok, pastu marah.. =.="

sebab mama pun tak tahu apa yang berlaku lagi..
on the spot, kami cerita kat mama apa kami nampak, terus mama bawa kami masuk tidur bilik master sekali.. *yeay.!!*

kebetulan time tu abah ada kat Jepun..memang drama arr malam tu..
esok tu, panggil orang baca Yaasin dekat rumah..
memang betul kot malam tu rumah kami ni kena kacau..tiba² je asyraf menangis teresak², lepas tu, kami pulak nampak benda yang tak sepatutnya..hmmmm..~

........

sekarang rumah yang kami duduk tu dah disewa dekat orang lain..
baru² ni pun, dapat news kata rumah tu ada nampak macam ada sumting yang selalu main² dekat tali wayar TNB atas rumah..
gerun rasanya nak balik rumah tu..ngeh..~

nantilah nak suruh benda tu pi jalan² kat c..u..c..m..s.. pulak.. *oooppsss, benda sensitip*




message 1 : meremang aku nak tulis entry tengah² malam buta ni..
message 2 : ada sambungannyaaaa..~
message 3 : takut kat ALLAH ya kawan².. =)