Pages

Balqis..

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

tiap² petang dekat rumah saya yang lama dulu mesti ada seorang kawan saya main bola dekat atas padang..padang pula betul² depan rumah saya..kalau buka pintu jaa, terus nampak padang..
ada suatu hari tu, saya sembang² dengan dia, tetiba ada sekumpulan burung terbang..cantik..macam buat reformasi time kawat..hehe..

ouh ya, kawan saya tu nama dia Syuhairi..banyak tolong saya..~
Syuhairi : Mgt, hang perasan tak, tiap² pagi ngan petang ada burung terbang dalam group.??
saya : haa..betul.!!
Syuhairi : hang perasan tak waktu pagi burung² tu terbang dalam satu arah..bila petang pula dia terbang arah yang dia lalu waktu pagi tadi..
saya : a'ah laa..baru aku perasan..
Syuhairi : mak aku kata, time pagi semua burung tu terbang pi pejabat depa..pi kerja..bila petang jaa, cukup masa depa balik arr rumah depa..hehe..
saya : betul gak noh..tak pernah terfikir pun aku..haha..

sampai sekarang saya still anggap kalau nampak burung pagi² terbang dalam group, dalam hati saya still kata 'aah, burung dah start pi kheja dah'..

nak kongsi sikit cerita pasal Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis..cerita ni pun ada kaitan dengan burung..
burung hud-hud..

Nabi Sulaiman boleh bercakap dengan semua binatang..special tu..~
ok, waktu Nabi Sulaiman di kota Yamen, selepas penat berjalan dari Baitulmaqdis, Nabi Sulaiman memanggil burung hud-hud untuk mencari air di kawasan itu sebab sekeliling tu tak ada langsung air..mesti penat kan berjalan dari jauh..~
tetapi, burung hud-hud tak datang pun dekat Nabi Sulaiman..Nabi Sulaiman agak marah sebab burung hud-hud tu tak menjalankan tugasnya untuk Nabi Sulaiman dan mengancam nak denda burng hud-hud tu bila Nabi Sulaiman jumpa nanti..

tiba² burung hud-hud tu terbang ke arah Nabi Sulaiman..
burung tu tunduk kepala sambil cakap dekat dekat Nabi Sulaiman..


“Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan dari jalan yang lurus dan benar.”

bila Nabi Sulaiman dengar apa yang burung hud-hud tu cakap, terus dia maafkan burung hud-hud tu..
lepas tu Nabi Sulaiman menulis surat dan menyuruh burung hud-hud ni bagi dekat ratu di Saba tu..

hud-hud terbang balik ke istana Ratu Balqis tu dan jatuhkan surat tu betul² depan muka dia..
Ratu Balqis sangat marah sebab rasa dirinya tak hormat langsung..dia pun dongak ke atas ingin mengetahui dari mana surat tu datang..
Ratu Balqis pun buka surat tu dan baca..
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah dariku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri.”


lepas dia baca surat tu, terus dia panggil pembesar nak bincang pasal surat tu..tetapi, pembesar dia kata yang diorang dididik untuk berperang dan bertempurdan bukannya dididik untuk berfikir atau menjadi perancang untuk Ratu Balqis tu..
diorang kata diorang ikut saja apa yang diperintah Ratu Balqis tu sebab dia pemerintah dekat situ..

dalam lirik nasyid Balqis (in-team) ada tulis yang Ratu Balqis ni bijak..
hurm, dahsyat ek..

jadi, si Ratu Balqis ni rasa sangat takut yang Nabi Sulaiman serang kota dia..dia tau yang Nabi Sulaiman ni ada banyak kawan² jin yang kuat dan macam² lagi..Nabi Sulaiman juga bijak.!!
so, sebab takut kota dia hancur, Ratu Balqis pun rancang nak bagi hadiah untuk Nabi Sulaiman..
dia rasa yang Nabi Sulaiman ni akan lunak hati bila dapat semua harta² yang yang berharga tu..

burung hud-hud yang jadi pengintai untuk Nabi Sulaiman dengar apa yang dirancang Ratu Balqis..
terus burung hud-hud ni report dekat Nabi Sulaiman..

bila utusan Ratu Balqis tu sampai dekat Sulaiman, Nabi Sulaiman sambut dengan baik sekali..
ramah-tamah..
tetapi, Nabi Sulaiman suruh utusan Ratu Balqis bawa balik semua hadiah tu dan Nabi Sulaiman kata..



“Katakanlah kepadanya bahawa Allah telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan mengaruniaiku dengan karunia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada seseorang dari makhluk-Nya. Di samping itu aku telah diutuskan sebagai nabi dan rasul-Nya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang
kekuasaanku tidak saja berlaku atas manusia tetapi mencakup juga jenis makhluk Jin dan binatang-binatang. Maka bagaimana aku akan dapat dibujuk dengan harta benda dan hadiah serupa ini? Aku tidak dapat dilalaikan dari kewajiban dakwah kenabianku oleh harta benda dan emas walaupun sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh benda dan kemegahan duniawi, sehingga kamu memandang besar hadiah yang kamu bawakan ini dan mengira bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu. Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan bala tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu dan pengikut-pengikutnya dari negerinya sebagai- orang-orang yang hina-dina yang kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera memenuhi tuntutanku dan datang berserah diri kepadaku.”


bila Ratu Balqis dengar apa yang disampaikan kepadanya oleh Nabi Sulaiman, terud dia fikir nak menyerah diri dan jumpa Nabi Sulaiman di istana Nabi Sulaiman..
Nabi Sulaiman berhasrat nak menunjukkan dekat Ratu Balqis tentang kuasa ghaib yang Nabi Sulaiman ada dan nak gitau dekat Ratu Balqis yang ancaman dia bagi tadi dekat Ratu Balqis bukannya ancaman kosong..

lepas tu, Nabi Sulaiman terus tanya dekat jin² dia siapa yang sanggup bawa tahta Ratu Balqis sebelum Ratu Balqis datang menyerah diri dekat Nabi Sulaiman..
bergaduh lah geng² jin ni nak melaksanakan tugas masing²..
mula² jin Ifrit kata, dia sanggup bawa tahta tu sebelum Nabi Sulaiman sempat bangun dari tempat duduk Sulaiman..
tetiba ada lagi seekor jin kata dia dia boleh bawa tahta tu sebelum Nabi Sulaiman sempat memejamkan mata dia..

tup..tup..dah ada pun depan mata Nabi Sulaiman tahta Ratu Balqis..
subhanallah.!!
dalam menunggu Ratu Balqis tu sampai, Nabi Sulaiman menyuruh jin² dia modified sikit istana tu..
nak btul² gempak..!!

bila Ratu Balqis sampai dekat Nabi Sulaiman, terus Nabi Sulaiman tanya Ratu Balqis..
Nabi Sulaiman : Serupa inikah tahtamu.??
Ratu Balqis : seakan-akan inilah tahtaku sendiri..
Ratu Balqis : macam mana tahta ku ada di sini.??padahal waktu keluar dari istana tadi, masih lagi dekat situ.. *dalam hati*

Ratu Balqis berasa amat hairan macam mana lah tahta dia boleh ada dekat sini..dia betul² yakin waktu dia bertolak dari Saba tadi, istana dia still ada dekat situ..
Nabi Sulaiman pun membawa Ratu Balqis masuk ke dalam istana tu..
lantai dan dinding dalam istana tu semuanya diperbuat daripada kaca..
Ratu Balqis mengangkat pakaiannya bila dia lalu di atas lantai..
dia ingatkan ada arus air, jadi dia pun mengangkat sedikit pakaian dia hingga ke atas betisnya..takut² air itu akan membasahi pakaiannya..

berkata Sulaiman..


“Engkau tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini.”


Balqis sedar kelemahan dia terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah yang ditunjukkan Nabi Sulaiman kepadanya..


“aku telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan nikmat dan karunia-Mu, merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga terjatuh dari cahaya dan rahmat-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman Nabi-Mu dengan ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.”

message 1 : fuh, dulu saya tak tahu pun cerita sebenar pasal Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ni macam mana..waktu cuti ni lah saya baru tau..haha..itupun, nasib baik sebab boring sangat tak tau nak buat apa, terus cari dalam internet pasal kisah ni..dari dulu lagi nak tau pasal cerita ni, tapi ntah, syaitan ni hasut kuat sangat sampai lupa + malas..hehe..
message 2 : ouh ya, apa yang ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi kata, akhirnya Nabi Sulaiman berkahwin dengan Ratu Balqis dan lahirlah seorang putera..apa yang Maharaja Ethiopia Abessina kata, dia adalah keterunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkahwinannya dengan Balqis..Wallahu alam..
message 3 : sorry, entry panjang..~

terlepas surat khabar..~

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

hari tu adik saya, Hafiz masuk surat khabar..hari ahad baru² ni pula sepupu (abg yon) saya pula masuk surat khabar.. *fuh, jealous..*
baru² ni ada kes pasal TUDM yang buat latihan payung terjun terjatuh dekat Perlis..jadi, si malang payung terjun tu di hantar ke hospital Kangar, tempat abg yon kerja lah tu..
mula² tu ingatkan kes biasa² aje..jadi, tak lah jadi kecoh apa² pun..
tetiba hari sabtu baru² ni abg yon dapat berita yang menteri besar Perlis, Md Isa Sabu nak turun hospital tengok geng² TUDM tu.. *alahai, malang sungguh..~*
kebetulan hari tu, abg yon kena kerja dekat bahagian wad tu, dia pun agak cuak lah juga sebab tak bersedia nak jumpa dengan 'orang besar'..

dia ada suruh doktor² senior dekat hospital tu ambil alih tugas dia sebab dia tak berapa yakin nak jumpa dengan 'orang besar' ni..tapi, biasalah, selalunya kalau doktor pelatih ni kena buli..
jadi, terpaksa dia kena uruskan bahagian wad tu..

ouh ya, dia baru aje sebulan jadi doktor pelatih dekat hospital tu, jadi, tak banyak sangat yang dia tau pasal semua² ni..
tambah² pula MB Perlis ni dia tak kenal langsung..haha..
dalam tengah² sibuk dekat wad tu tetiba MB datang..
psst : dia tak kenal MB ok..~
dia layan MB mcm biasa aje lah..macam pak cik yang melawat pesakit..tetiba ada nurse datang kata yang orang tu MB Perlis..haha..

abg yon kata mujur dia dah habis terang dekat MB tu pasal apa yang terjadi dekat anggota TUDM tu..kalau tak, gelabah dia nak cerita depan MB..nasib baik dia tak kenal..haha..~

esoknya, (hari Ahad) gambar abg yon masuk surat khabar Berita Minggu..
saya tak tahu pun yang ada gambar abg yon dalam surat khabar tu..tak beli pun surat khabar Berita Minggu..
lagipun, abah dah beli surat khabar Mingguan Malaysia..terlepas lah nak tengok gambar abg yon dalam surat khabar..
abg yon pun dapat tau yang gambar dia masuk surat khabar lepas kengkawan dia gitau dekat dia esok tu..(hari Isnin)..
seorang pun keluarga saya tak beli surat khabar Berita Minggu..

saya pun check balik dalam internet dalam Berita Harian online..memang ada gambar dia sebelah MB, tapi juz dalam internet..dalam surat khabar dah terlepas..

nah ni gambar dia sebelah MB..



petikan dalam surat khabar (bacalah kalau rajin..buat tambah ilmu..keh..keh..):

KANGAR: Seorang anggota tentera pasukan 10 Briged Para terbunuh, manakala dua rakannya cedera parah selepas payung terjun mereka hilang kawalan akibat angin
kencang ketika menjalani latihan penerjunan menyebabkan mereka tersasar ke dalam kolam di ladang tebu di Felda Chuping dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi mangsa, Zamberi Yusof, 26, dari Kem Terendak, Melaka, dipercayai lemas apabila payung terjunnya tersasar ke dalam kolam berkenaan, manakala rakannya, Mohd Jais Mohd Yusof, 38, cedera di pinggang akibat terhempas selepas dipercayai pengsan di udara, manakala seorang lagi yang gagal dikenali mengalami patah di bahu.

Mangsa dan dua rakannya yang cedera dikejarkan Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Jenazah Zamberi diterbangkan ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan dengan pesawat tentera di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, pada sebelah petang.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata Zamberi sudah berkahwin dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke HTF.

Katanya, siasatan awal mendapati, puluhan anggota 10 Briged Para dari Kem Terendak itu, sedang menjalani latihan penerjunan tahunan menggunakan pesawat Charlie (C 130) di kawasan ladang tebu di Felda berkenaan.

"Zamberi yang juga anggota ke-36 melakukan penerjunan pada sesi latihan itu gagal mengawal payung terjunnya akibat angin kencang menyebabkan mangsa tersasar.

"Beberapa anggota yang cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa selepas menariknya keluar dari kolam juga gagal. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan menerima rawatan di HTF," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian, cuaca cerah dan tidak hujan tetapi angin yang bertiup pada kelajuan antara enam hingga tujuh knot menyebabkan beberapa anggota menghadapi masalah ketika melakukan penerjunan.

Sementara itu, Mohd Jais ketika ditemui di wad HTF berkata, beliau pengsan kira-kira lima saat ketika jarak 300 meter mencecah bumi hingga menyebabkan terhempas dan tidak sedar diri.

"Saya tidak mengetahui mengapa boleh pengsan hingga menyebabkan saya terhempas dan cedera di pinggang," katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu dan Panglima Briged Para, Brigedier Jeneral, Datuk Mohd Dalib Basir melawat mangsa di hospital.

message 1 : cilok dari Berita Harian Online..terima kasih yaa..~
message 2 : sorry Farah, malas nak cerita pasal novel Syabab anak yatim tu..panjang sangat cerita dia..
message 3 : sesiapa ada beli surat khabar Berita Minggu hari Ahad baru² ni tolong simpan k..nanti saya ambil.. *kawan yang dekat aje lah..*

syabab si anak yatim..

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

secara jujurnya saya bagitau, sejak masuk sekolah menengah, buku novel yang sekolah punya tak pernah saya baca habis..haha.. *percayalah.!!*
dari tingkatan satu, novel tajuk 'Aku Anak Timur', saya baca pun langkau² aje..bila cikgu tanya dah habis ke belum novel yang cikgu suruh baca, jawapan utama ---> "dah lama dah abis.."
padahal baca sinopsis aje..haha..
ooppss, sori, tertipu cikgu.. *saya budak nakal..*
waktu tingkatan lima, novel tajuk 'Julia'..ramai yang kata 'best', saya pun kata 'best'..padahal tak baca habis pun..mula² tu tekad nak baca betul²..almaklumlah, SPM punya pasal..last² tengok sinopsis juga..hua..hua..

kelmarin dulu, ustazah mengaji adik saya pinjamkan saya sebuah novel..
dia suruh hafiz sampaikan kepada saya suruh baca untuk hilangkan boring sementara tunggu masuk ke alam persekolahan pembelajaran..

mulanya saya tak sentuh pun buku tu, pandang pun tidak.. *tak suka baca novel sebenarnya..heh..*
tapi, semalam, tiba² aje tangan ni automatik pegang buku tu terus bawa masuk bilik..
mulanya ingatkan kisah cinta²..selalunya, 'novel' ni cerita cinta aje..seriusly, saya cakap saya tak suka baca buku cinta..erghh.!!
tapi, novel yang ustazah pinjamkan dekat saya bukannya pasal cinta..
first time, saya tertarik nak baca novel dan bertekad nak habiskannya.. *harap² macam tu lah*
novel ni tebal, sekarang pun tengah baca pertengahan novel ni..
dalam novel ni ada diselitkan ayat² al-Quran dan memang sesuai untuk remaja..penaik semangat..~

ouh ya, novel ini mengisahkan cerita tentang seorang anak yatim kampung, Syabab yang kematian ayahnya..
dia ni seorang yang agak nakal dan penduduk kampung sering marah dia sebab terlalu nakal dan berpakaian compang-camping + comot + tak terurus langsung..
tetapi, dia dah jadi biasa dengan semua tu..marah pun buat dunno aje..
tetapi, dalam banyak² penduduk kampung dalam kampung dia tu, hanya seorang sahaja yang betul² ambil berat tentang Syabab nih iaitu Nor Mumtazah..
dia kata sebab apa kita tak nak layan seorang anak yatim, bukankah Nabi Muhammad s.a.w. juga anak yatim.??
sebab tulah, dia betul² jaga Syabab..
Kak Zah ni seorang pelajar universiti dan sering kali memberi tunjuk ajar kepada Syabab sebab terlalu kasihan dengan si Syabab ni sehinggakan Syabab dianggap sebagai adik kandung sendiri..
apa yang Kak Zah nasihat si Syabab ni, semua diturutinya..
kalau Syabab tak nak dengar cakap Kak Zah, Kak Zah akan kata "Kak Zah balik U lah kalau macam ni..", terus Syabab takut, dan akan ikut apa yang Kak Zah cakap..

semua benda yang Kak Zah ajar tentang agama, semua diikut oleh Syabab..
tetapi, suatu hari tu, Mak Som (emak kepada Syabab) lari dari kampung kerana tak tahan dengan sikap abang² dan kakak Syabab yang selalu memperhambakan emak mereka sendiri, Mak Som..

kebetulan Nur Mumtazah hendak melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah selama enam tahun..
sebelum berangkat, Nur Mumtazah selalu bertanya di dalam hati ke manalah si Syabab..dia terlalu rindukan anak yatim tu dan berhajat nak jumpa Syabab sebelum dia berangkat..

waktu naik kereta, sebelum bertolak ke KLIA, tetiba dia terdengar suara Syabab memanggilnya, tetapi dia hanya berkata yang itu hanyalah ilusinya..
tiba² cermin tingkap kereta diketuk..
rupa²nya suara tadi tu betul² si Syabab yang memanggilnya..Syabab kelihatan sangat letih tercungap-cungap..
dia sanggup lari dari emaknya semata-mata nak jumpa Nur Mumtazah kerana terlalu rindukannya..
tetapi pertemuan mereka hanyalah sekajap dan Kak Zah membawa berita buruk yang dia akan berangkat ke Timur Tengah..
Kak Zah banyak menasihatinya supaya tak tinggal kelas mengaji dan banyak lagi..

Syabab tak benarkan Kak Zah pergi ke Timur Tengah kerana hanya Kak Zah sahaja yang sanggup berkawan dengannya..tetapi, Kak Zah terpaksa juga pergi sebab dah bernazar selepas grad dari universiti tempatan..
Nur Mumtazah ada melatakkan RM100 dalam poket Syabab, tetapi dirampas kakak kandung Syabab yang suka berfoya-foya..
terpaksalah Syabab rebus ubi kayu sendiri sebab terlalu lapar..tetapi, semua ubi rebus tu drampas oleh abang kandungnya sendiri..kasihan sungguh..~

panjang lagi ni kalau nak cerita..memang kalau dah start baca cerita ni, rasa ketagih jaa..haha..
sekarang pun ada pesta buku antarabangsa..cubalah cari buku ni dan baca..
lebih baik dari buku novel cinta²..sebab buku ni banyak bagi ilmu tentang agama + banyak bagi pengajaran terutamanya untuk remaja..
tambahan lagi, ada juga diselitkan terjemahan al-Quran..dapat pahala tu kalau baca..


message 1 : lelaki pun boleh baca o0o novel..bukannya untuk perempuan sahaja..tambah² novel pasal ilmu agama nih..lebih baik korang beli..best o0o..
message 2 : tajuk novel ni 'Syabab Musafir Kasih' dikarang oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin, seorang graduan UIAM..baru je semalam kak Fatimah masuk radio IKIM..cerita tentang novel karyanya..
message 3 : Syabab maksudnya remaja dalam Bahasa Malaysia..betul kan.??saya ni dah lupa dah bahasa Arab..hoho..~memang novel ni sesuai untuk remaja..
message 4 : sekali lagi saya kata, lelaki pun boleh baca novel..novel bukannya untuk perempuan sahaja okkay..
message 5 : saya bagi 5 bintang *mcm hotel larr pula* untuk novel ni..best yang amat..~

.pertanyaan.

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Photobucket


ok ke tempat nih.??

message 1 : setakat nih baru 8 orang jer kengkawan SAINA yang dapat matrik Perlis nih..kebanyakkan kengakawan SAINA dilempar ke matrik Kedah..huk..huk..

jahilnya dia.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

sireyesly baru malam tadi saya perasan benda ni..dah berkurun dah benda ni ada dalam internet..
saya pula, baru malam ni tau benda ni..isyhh..

malam tadi tengah search pasal univeristi² dekat Yahoo! tiba² mama panggil makan..
jadi, saya biarkan aje laptop saya abah terbuka dengan laman web Yahoo! terpampang dekat skrin laptop..
dah habis makan, terus saya balik ke laptop..

elok saja saya sentuh touchpad dekat laptop nih, tetiba saya dengar bunyi menakutkan..
macam pernah dengar bunyi tu tapi, apsal baru hari ni dia bunyi bila saya buka laman web Yahoo!..
sebelum nih tak pernah pun dengar bunyi dekat laman web Yahoo! nih..
terus saya cari bunyi tu dari mana..
habis satu laman web Yahoo! saya klik..

klik.! klik.! klik.!
klik.! klik.!
klik.! klik.! klik.!

tetiba..

klik.!
YAHUUU...UU..UU

klik.!
YAHUUU...UU..UU


ya rabbi.!baru saya perasan kalau klik dekat situ ada keluar bunyi macam tu..
selama nih tak pernah tau pun Yahoo! ada bunyi mcm ni dekat mainpage Yahoo!
try nih..
klik tanda seru dekat perkataan Yahoo!

Photobucket


message 1 : maaf penduduk bumi atas kejahilan saya..huk..huk..

muka misteri..

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

kekadang terfikir balik cerita ni memang rasa malu gila²..rasa nak sorok aje kepala dalam tanah..ooppss, jangan..sungguh b***h kalau saya buat macam tu..heh..

saya masih ingat waktu form 1, katil saya betul² hujung dorm tepi tingkap..best o0o katil dekat situ..tapikan sampai sekarang saya tak tau sebab apa saya pilih katil tepi tingkap tu, padahal kalau tepi tingkap nih selalunya banyak h*nt*.. <--pengaruh filem
ok,malam tu, kalau tak silap saya pukul 12 lebih kot sebab waktu tu semua ahli dorm saya dah tidur kecuali saya, Wanz dan Sobri..
waktu form 1 nih memang pelik sikit perangai sorang² tu..malam tu, Sobri tak tidur lagi merayau² dalam dorm..senaman kot..~ katil Wanz sebelah aje dengan katil saya..malam tu pula tak rasa mengantuk pun.. sebelum tidur, ada sembang sikit dengan Wanz..sembang pasal apa ntah..tak ingat..
ouh ya, dorm saya memang gelap kalau light off..lampu koridor tu ada..tapi, sebab waktu tu ada almari besar dalam dorm, jadi terlindung sikit cahaya tu nak masuk dalam dorm.. almari tu letak betul² sebelah katil Azim..kebetulan malam tu pula Azim tak tidur atas katil dia..jadi, tak perasan lah katil tu tak ada orang..
saya : bla..bla..bla..
wanz : haha..
saya : bla..bla..bla..bla..
wanz : bla..bla..bla..
saya : hehe..

*tak ingat apa yang saya dengan Wanz cakap..*
tiba² saya terperasan ada orang tengah usha saya dengan Wanz tengah bersembang..nampak macam lembaga hitam aje atas katil Azim..dahlah gelap..
zaman tu tengah popular dengan perkataan 'misteri'..
saya dengan spontannya terus cakap dekat Wanz..

saya : weih, tu siapa tu tengah tengok kita.???muka misteri jaa.. *sambil menunjuk dekat lembaga hitam atas katil Azim*
Wanz : *sambil mengalih badan terus cakap..* ASSALAMUALAIKUM..~

tetiba si Sobri yang tengah berlari dalam dorm tadi terus jatuh..
GEDEBUUK.!!! *memang bunyi kuat sungguh dia jatuh tu..lepas dia jatuh, terus tak gerak badan..erkkk.!!*

saya : *aik, pasai pa Wanz tiba² ja bagi salam* <-- cakap dalam hati..

tetiba, lembaga hitam yang saya kata tadi tu bangun dari atas katil Azim lepas tu dia cakap..

"tengah² malam ni tidurlah..bising jaa tengah² malam nih.!!"

erk..rupa²nya lembaga hitam yang saya kata tadi tu, Sir Suki rupanya..warden asrama kitaorang.. fuh, memang berpeluh teruk saya waktu tu.. patutlarr Wanz bagi salam lepas tu si Sobri pula sengaja buat jatuh..diorang dah nampak Sir Suki..saya sorang je tak perasan lagi waktu tu.. aiseh, kantoi saya kata dekat Sir Suki 'muka misteri'..hehe..

lepas aje Sir Suki keluar dari dorm, terus saya tidur..memang ketar habis saya waktu tu..tak cakap langsung..
waktu tu pula masih lagi pakai baju melayu balik dari surau waktu isyak tadi..tak salin pun baju tu..sebab takut sangat..
esok pagi, baju melayu saya basah berjeruk..bayangkanlah, baju melayu yang tebal, pakai untuk tidur..fuh, berpeluh deyh..


Sir Suki, penasihat pengawas SAINA..

kalendar diconteng.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته
komputer saya memang menguji kesabaran betul..!!lambat yang amat.!!kalau boleh nak hempuk aje komputer nih..tapi takut abah marah nanti..kwang..kwang..~
kadang² tu nak shut down komputer pun lambat..
mula² klik button 'start'..nak keluar menu 'start' pun dah ambil masa setengah jam.. *taklah, setengah minit aje..hee..~(lama gak kan.??)*
lepas tu, bila dah tekan button 'shut down', tunggu lagi seminit nak keluar window 'shut down'/'restart'/'log off'..bila dah tekan button 'shut down' lagi lama nak tunggu komputer tu shut down..grrr..~
ada sekali tu, sebab lambat sangat nak komputer ni nak shut down, saya tekan terus suis komputer nih..haha..siapa tau.??saya sorang aje..haha..ooppss..Allah tau juga..hihi..
ouh ya, bukan sekali, banyak kali juga saya buat macam tu..;P

hurm, pagi tadi waktu tengah tunggu komputer ni nak on, tetiba saya 'ter'perasan dekat kalendar atas meja komputer ada orang conteng..<-- geram sebab kalendar cantik..
saya terus ambil kalendar tu..ouh.~ni apa yang saya nampak..

nampak tu.?? 'hari jadi Hafiz'..
saya ingatkan kalendar tu aje dia tanda hari lahir dia..tengok² kalendar atas tv pun dia tanda hari lahir dia..
rasanya mesti semua kalendar dalam rumah saya ni dah ditandanya..hehe..x check pun lagi kalendar yang lain..


tak jadi nak marah..hehe..ingatkan siapa lah yang conteng benda merapu atas kalendar yang 'cantik' ni..rupa²nya Hafiz tanda hari lahir dia aje..tak apa..dimaafkan..hehe..~


message 1 : 21 April ni genaplah umur Hafiz 10 tahun..tolong peringatkan saya ek..jujurnya, saya beritahu, memang saya tak ingat tarikh lahir orang..yang saya ingat tarikh lahir mama, abah dan semestinya saya sendiri..ouh ya, kengkawan yang lain pun, bila dah dekat dengan hari jadi masing² tolong peringatkan saya ek..saya tak ingat tarikh² lahir orang ni..hehe..soriii..~
message 2 : Hafiz demam hari ni..sepanjang hari, tidur aje..kesian kat dia..~ doakan dia cepat sembuh ok..~terima kasih..~

matrikulasi <-> universiti <-> swasta

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

pada mulanya tak terfikir pun nak buat macam ni..tetiba 3 malam yang lepas mama teringat yang kaunselor bekas kaunselor SAINA sekarang dah jadi kaunselor dekat Kolej Matrikulasi Kedah..
jadi, terus mama suruh saya jumpa kaunselor tu nak tanya serba sedikit pasal alam universiti ataupun matrikulasi..lagipun kaunselor tu, Cikgu Murni kenal saya nih..4 tahun hidup satu bumbung, *erk, maksud saya satu sekolah* mesti kenal pelajar yang nama Mgt..
siapa tak kenal nama Mgt kat sekolah nih..pernah satu hari tu, budak nama Mgt nilah yang pernah jadi 'Superman' dekat SAINA menyelamatkan batu konkrit yang hampir menghempap seorang pelajar.. <---ouh, indahnya imaginasi..hehe..~

jadi, keesokan harinya, *2 hari yang lepas* terus saya ajak Fakhrul pergi sekali jumpa dengan Cikgu Murni..
tak sangka rumah Fakhrul dengan Kolej Matrikulasi Kedah dekat aje..hehe..

sampai aje dekat kolej tu, memang agak gelabah sikit bila jumpa mak cik guard dekat pintu pagar kolej tu..
dulu, waktu Cikgu Murni jadi kaunselor dekat sekolah, pelajar panggil 'cikgu'..tapi bila masuk ke kolej ni, dah tak wujud dah title 'cikgu' depan nama tu..dekat kolej pelajar panggil 'Puan Murni'..


mak cik guard : iye, ada apa.?
saya : err..saya nak jumpa kaunselor kolej..err.. CIK..GU Murniwati.. *mujur saya
sebut 'GU' dengan nada perlahan, kalau tak, mesti mak cik guard tu dah tergelak
guling²..*

mak cik guard : owh, Puan Murni ek.??ok, no problem..
saya : ni mesti dia dengar aku panggil CIK MURNI..aaah..abaikan..hehe..~ <-- cakap dalam hati



masuk aje, nampak Cikgu Murni tengah sibuk mengemas bilik..katanya, nak buat bilik baru dekat dengan pejabat dia..
tapi tak apa, dia tak kisah pun orang ganggu dia..hehe..~ <--rasa bersalah lah pula

okeh, ni ada sikit maklumat tentang apa yang saya tanya dekat Cikgu Murni..mungkin berguna untuk sesiapa terutama yang tengah pening nak pilih sama ada ke Matrik ataupun masuk terus universiti..
tapi saya hanya ambil maklumat dalam aliran sains sahaja..maaf bagi sesiapa yang nak tahu maklumat pasal bisnes ataupun lain² lah..

MATRIKULASI
-> kemasukan boleh semak pada 17 April ni..
-> waktu buat semakan nanti, diorang hanya akan beritahu yang kita ni akan masuk aliran sains..diorang tak beritahu lagi sama ada aliran sains yang akan kita masuk tu aliran 'sains hayat' ataupun 'sains fizikal'..bila waktu pendaftaran nanti pada 11 Mei, baru pihak kolej akan beritahu kita sama ada kita akan masuk aliran sains hayat ataupun sains fizikal..
-> untuk tentukan sama ada kita dapat aliran sains hayat ataupun sains fizikal, diorang akan tengok berdasarkan keputusan SPM kita..contohnya, kalau keputusan Biologi lebih tinggi dari keputusan Fizik, maksudnya kita akan masuk ke arah aliran sains hayat dan sebaliknya..
-> kalau kita masuk aliran sains hayat, kita tidak akan belajar subjek Fizik..dan kalau masuk aliran sains fizikal, say bye² kepada Biologi..
-> kalau kita dapat sains fizikal, tapi nak masuk ke aliran sains hayat boleh juga..tapi kena buat rayuan sewaktu dalam kolej nanti..ni untuk sesiapa yang nak jadi doktor lah..
-> kita selalu dengar, kalau masuk kolej matrik ni, nak jadi doktor susah..kena 4 flat..tp, saya tengok dalam senarai yang Cikgu Murni tunjuk, tak semestinya kena 4 flat baru boleh ambil aliran perubatan..pointer paling rendah yang saya tengok masuk aliran perubatan 3.96...erm, susah gak tu, tapi tu yang pointer paling rendah bagi yang masuk aliran perubatan & pembedahan..pointer paling rendah bagi doktor perubatan saja(tak belajar pembedahan) kalau tak salah saya 3.5 ke atas kot..jadi, Cikgu Murni nasihatkan, minggu pertama masuk kolej dah kena pulun betul² kalau nak dapatkan pointer macam ni..insyaAllah boleh dapat kalau kita berusaha dari awal..orang kata, matrik ni macam peluang kedua bagi mana² pelajar yang keputusan SPM tak memuaskan..apa lagi, pulunlah..hehe..~
-> saya terperanjat juga sebab ada juga pelajar aliran sains fizikal yang dapat 4 flat masih boleh jadi doktor..tapi, hanyalah doktor perubatan, tak termasuk doktor pembedahan..maksudnya, pelajar yang ambil aliran sains fizikal, masih boleh jadi doktor..hurm, menarik.!!
-> JPA/MARA ada juga menaja pelajar lepasan matrikulasi ke luar negara..tapi, agak susah nak dapat tajaan tu sebab sikit sahaja kuota tu..Cikgu Murni kata boleh dikatakan setiap kolej matrik hanya 6 orang sahaja yang akan dapat tajaan tu..tapi, apa kurangnya kalau sambung belajar dalam negara pun, nanti kerja sama juga..gaji pun sama..~
-> setiap pelajar akan dapat elaun RM2000 lebih..dan yuran untuk setahun hanyalah RM 200 lebih..hehe..~
-> bagi pelajar yang tak dapat sambung belajar dalam bidang perubatan dalam universiti dalam negara apatah lagi tajaan MARA/JPA, tapi dia masih juga nak jadi doktor, jangan risau..bagi pelajar² macam ni, boleh gunakan perkhidmatan ajen untuk sambung belajar dalam bidang perubatan tetapi di negara Indonesia, Mesir ataupun Russia..sepupu saya sorang guna ajen sambung belajar dalam bidang perubatan di Indonesia..baru aje habis belajar..sekarang tengah jadi doktor pelatih dekat Hospital Tunku Fauziah, Kangar..tengok, tercapai juga cita² nak jadi doktor..cuma, kalau guna agen ni, bila belajar di luar negara, tahun pertama kena tanggung duit sendiri..maksudnya, yuran universiti, makan dan macam² lagi pada tahun pertama kena tanggung sendiri..bila masuk tahun kedua, barulah JPA akan bagi pinjaman pelajar²ni sampailah habis belajar..tetapi, bila balik Malaysia, kena kerja dengan hospital kerajaan selama 10 tahun, barulah boleh buka klinik sendiri..kalau tak mahu kerja 10 tahun dengan kerajaan pun tak apa, tetapi kena bayar balik semua pinjaman yang kita guna sepanjang kita belajar di Indonesia/Mesir/Russia..sanggup ka.??

UNIVERSITI
-> hanya Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa(UIA) sahaja yang ada asasi sains bagi pelajar lepasan SPM..
-> kalau masuk asasi sains hayat dekat UIA, kena belajar bahasa Arab..WAJIB.!!
-> tempoh asasi sains hayat dekat UIA 2 tahun, tetapi dekat matrik hanya 1 tahun..hurm..~
-> kalau masuk asasi sains dekat UM pula, subjek fizik dengan biologi kena belajar..melainkan masuk matrik, bolehlah nak tinggal mana² satu subjek..
-> kelebihan kalau masuk asasi dekat universiti ni ialah lepas habis asasi boleh terus masuk universiti ni..tak payahlah susah² nak masuk universiti lain..

KOLEJ SWASTA
-> bagi yang nak masuk kolej swasta, boleh buat pinjaman dekat MARA..tetapi, dengan syarat kalau pointer kita dekat kolej tu 3.6 ke atas, pinjaman boleh diubah jadi biasiswa..kalau dapat 3.4 ke 3.59, kena bayar balik dekat MARA 10% dari pinjaman..macam tu lah..semakin rendah pointer kita, semakin meningkat peratus bayaran yang kita kena bayar balik dekat MARA..
-> ouh ya,kolej swasta yuran agak mahal ek..~



arearaarakewl



message 1 : Fakhrul dapat pergi interview MARA..tahniah ek.!!
message 2 : kalau ada silap apa² tolong perbetulkan ek..gitau sama saya..~

2 hari pijak bas..

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

hari Jumaat baru² ni saya dengan seronoknya telah pergi ke Selangor.. * hurm, sebenarnya tak seronok pun..hehe..*
bertolak dari Kangar lebih kurang pukul 10 pagi.. *oopss..~kantoi tak sembahyang Jumaat*
sorang je saya pergi..membosankan..mujur dalam bas tu saya tidur aje sepanjang perjalanan tu..jadi, taklah rasa bosan sangat pun.. haha..
ouh ya, malam Jumaat tu, tepat jam 12 malam..erk,lebih sikit 2 minit saya semak keputusan sama ada saya ni layak ke tidak temuduga MARA..dengan bangganya, website tu tulis "maaf, anda tidak berjaya.."
wuu..~sedihnya..erm, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tu ek.??
ingatkan saya sorang aje yang bernasib malang..dalam bas tu tetiba ada call..ngeh, p*'*an gitau yang ramai lagi senasib dengan saya..mungkin MARA pilih yang dapat straight A aje kot..
buat rakan² yang dapat ke mana² interview, semoga berjaya dapat tajaan MARA/JPA..ingat, sebelum pergi interview banyakkan berselawat dan ingat ALLAH.!!insyaAllah berjaya..~

erm..dalam perjalanan ke Selangor, bas yang saya naiki berhenti dekat R&R mana ntah..saya pun tak tahu..
pemandu bas tu bagi masa dekat kami semua dalam masa 45 minit aje..bolehlah solat dan makan sikit²..
ok, dah selesai semua tu, saya pun naik semula ke bas..tetiba, ada seorang pak cik nih masuk ke dalam bas dan ada tanya soalan dekat pemandu bas tu..
kebetulan tempat duduk saya dekat dengan pemandu, jadi saya terdengarlah perbualan tu..

pak cik : encik, bolah saya minta tolong tak.?
pemandu : haa..awat.??
pak cik : ni haa..ada sorang student Somalia tu..dia blajaq kat aloq
staq..tu dia dok tengah galas beg tu..dia naik bas Sri
Murni tadi..tapi, lepas dia habis sembahyang tadi dia mai balik kat tempat parking bas, tengok² bas dia dah blah..~
pemandu : lorr..~ tertinggal bas arr nih.??
pak cik : tu arr..boleh tak dia naik bas ni turun kat Selangor
sekali.?lagipun bas dia tadi pun nak pi Selangor gak..sampai kat sana nanti, dia
kata dia akan habaq kat kawan² yang ada kat Selangor suruh settlekan
semua tu..boleh tak.??
pemandu : hurm..erk..isyh..erk..erm..macam nilah, saya ni pemandu ja..bab²
nak bagi orang naik tumpang bas ni, saya takot nanti pihak atasan marah saya
sebab bagi naik pemandu yang tak bertiket..saya minta maaf sangat² tak dapat nak
tolong..
pak cik : (-_-")


ouh ya, bas yang saya naik nama dia Transnasional..

saya tiba dekat Shah Alam lebih kurang pukul 6 petang..sakit belakang saya dalam bas tu..ouch.!!
keesokan harinya, hari sabtu kan.??yeah..sabtu..malam tu saya bertolak balik ke Perlis..wah, penat sungguh saya dua hari tu..

sebelum bertolak balik, pak ngah ada bagi hadiah dekat saya..wah, terharu sungguh saya..sudahlah tumpang rumah dia tidur semalaman, menghabiskan elektrik rumah dia, air, beras..erk..erk..aarr..minyak kereta dia..
tetiba dia bagi hadiah pula..isyh, segan betul saya waktu tu..tapi, kalau dah dikatakan rezeki tu, jangan ditolak..hihi..


tadaaa..~dia bagi saya pen..~
rasanya mahal juga pen tu sebab dalam kotak lagi..sebelum ni pun saya selalu guna pen yang biasa² aje..yang harganya 90 sen, seringgit..tak pernah lah lagi saya guna pen yang harga mahal² ni..
rasa macam nak letakkan dalam frame aje..haha..
terima kasih banyak² pak ngah..~

Photobucket



message 1 : bila keputusan SPM yang recheck tu dapat tau.??
message 2 : malam saya balik ke Perlis tu, lebih kurang pukul 10 malam..tapi, pukul 8.30-9.30 malam saya tengok bandaraya Shah Alam terang berderang aje..'Earth Hour'..??naaahh..~kasihan bumi yang sudah tua nih..tak apa, tahun depan kita padam semua lampu dekat Malaysia termasuk lampu kereta..hua..hua.. *idea jahat saya..*

tag *from afiq a.k.a batista*

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

5 things in my bag:
1. pen
2. gula² *gees..dah lama dah tak buang gula² ni dari beg..melekit.!!yuksss.!!*
3. fail yang penuh dengan kertas yang tak guna..hehe..
4. plastik gula² yang setahun lebih dah dalam beg tu..
5. ouh ya, kad outing/balik kampung sekolah..hehe..kenangan dowh..~

5 things in my wallet:
1. yeah..duit..!!
2. kad pengenalan..
3. resit bas..
4. syiling..
5. lesen..

5 favourite things in my bedroom:
1. hurm..al-Quran..
2. katil saya..
3. cermin..susah kalau tak ada cermin ni..ngeh..~
4. heh, baju sayalah paling penting kan..
5. ouh ya, dalam bilik saya ada satu sudut ni..saya panggil sudut ni 'sudut bagi'..yeah, semua barang yang ada dekat sudut tu semuanya orang yang bagi..free..~hee..~

Photobucket


5 things I wish to do :
1. keluar makan dengan raja..*berangan*
2. melancong ke seluruh dunia secara percuma..
3. keluar main badminton..lama sungguh saya tak main ni..
4. tidur..ngee..~
5. tengok cerita 'fast n furios'..yang baru nak keluar tu..(dah keluar dah ek.??)

5 things I’m doing now :
1. buat tag ni..
2. bernafas..heh..
3. tengok skrin laptop..
4. fikir nak tulis apa ni..:P
5. duduk atas kerusi..

5 people I would like to tag:
1. saya..
2. tak..
3. mahu..
4. tag..
5. sesiapa(fullstop)