Pages

matrikulasi <-> universiti <-> swasta

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

pada mulanya tak terfikir pun nak buat macam ni..tetiba 3 malam yang lepas mama teringat yang kaunselor bekas kaunselor SAINA sekarang dah jadi kaunselor dekat Kolej Matrikulasi Kedah..
jadi, terus mama suruh saya jumpa kaunselor tu nak tanya serba sedikit pasal alam universiti ataupun matrikulasi..lagipun kaunselor tu, Cikgu Murni kenal saya nih..4 tahun hidup satu bumbung, *erk, maksud saya satu sekolah* mesti kenal pelajar yang nama Mgt..
siapa tak kenal nama Mgt kat sekolah nih..pernah satu hari tu, budak nama Mgt nilah yang pernah jadi 'Superman' dekat SAINA menyelamatkan batu konkrit yang hampir menghempap seorang pelajar.. <---ouh, indahnya imaginasi..hehe..~

jadi, keesokan harinya, *2 hari yang lepas* terus saya ajak Fakhrul pergi sekali jumpa dengan Cikgu Murni..
tak sangka rumah Fakhrul dengan Kolej Matrikulasi Kedah dekat aje..hehe..

sampai aje dekat kolej tu, memang agak gelabah sikit bila jumpa mak cik guard dekat pintu pagar kolej tu..
dulu, waktu Cikgu Murni jadi kaunselor dekat sekolah, pelajar panggil 'cikgu'..tapi bila masuk ke kolej ni, dah tak wujud dah title 'cikgu' depan nama tu..dekat kolej pelajar panggil 'Puan Murni'..


mak cik guard : iye, ada apa.?
saya : err..saya nak jumpa kaunselor kolej..err.. CIK..GU Murniwati.. *mujur saya
sebut 'GU' dengan nada perlahan, kalau tak, mesti mak cik guard tu dah tergelak
guling²..*

mak cik guard : owh, Puan Murni ek.??ok, no problem..
saya : ni mesti dia dengar aku panggil CIK MURNI..aaah..abaikan..hehe..~ <-- cakap dalam hati



masuk aje, nampak Cikgu Murni tengah sibuk mengemas bilik..katanya, nak buat bilik baru dekat dengan pejabat dia..
tapi tak apa, dia tak kisah pun orang ganggu dia..hehe..~ <--rasa bersalah lah pula

okeh, ni ada sikit maklumat tentang apa yang saya tanya dekat Cikgu Murni..mungkin berguna untuk sesiapa terutama yang tengah pening nak pilih sama ada ke Matrik ataupun masuk terus universiti..
tapi saya hanya ambil maklumat dalam aliran sains sahaja..maaf bagi sesiapa yang nak tahu maklumat pasal bisnes ataupun lain² lah..

MATRIKULASI
-> kemasukan boleh semak pada 17 April ni..
-> waktu buat semakan nanti, diorang hanya akan beritahu yang kita ni akan masuk aliran sains..diorang tak beritahu lagi sama ada aliran sains yang akan kita masuk tu aliran 'sains hayat' ataupun 'sains fizikal'..bila waktu pendaftaran nanti pada 11 Mei, baru pihak kolej akan beritahu kita sama ada kita akan masuk aliran sains hayat ataupun sains fizikal..
-> untuk tentukan sama ada kita dapat aliran sains hayat ataupun sains fizikal, diorang akan tengok berdasarkan keputusan SPM kita..contohnya, kalau keputusan Biologi lebih tinggi dari keputusan Fizik, maksudnya kita akan masuk ke arah aliran sains hayat dan sebaliknya..
-> kalau kita masuk aliran sains hayat, kita tidak akan belajar subjek Fizik..dan kalau masuk aliran sains fizikal, say bye² kepada Biologi..
-> kalau kita dapat sains fizikal, tapi nak masuk ke aliran sains hayat boleh juga..tapi kena buat rayuan sewaktu dalam kolej nanti..ni untuk sesiapa yang nak jadi doktor lah..
-> kita selalu dengar, kalau masuk kolej matrik ni, nak jadi doktor susah..kena 4 flat..tp, saya tengok dalam senarai yang Cikgu Murni tunjuk, tak semestinya kena 4 flat baru boleh ambil aliran perubatan..pointer paling rendah yang saya tengok masuk aliran perubatan 3.96...erm, susah gak tu, tapi tu yang pointer paling rendah bagi yang masuk aliran perubatan & pembedahan..pointer paling rendah bagi doktor perubatan saja(tak belajar pembedahan) kalau tak salah saya 3.5 ke atas kot..jadi, Cikgu Murni nasihatkan, minggu pertama masuk kolej dah kena pulun betul² kalau nak dapatkan pointer macam ni..insyaAllah boleh dapat kalau kita berusaha dari awal..orang kata, matrik ni macam peluang kedua bagi mana² pelajar yang keputusan SPM tak memuaskan..apa lagi, pulunlah..hehe..~
-> saya terperanjat juga sebab ada juga pelajar aliran sains fizikal yang dapat 4 flat masih boleh jadi doktor..tapi, hanyalah doktor perubatan, tak termasuk doktor pembedahan..maksudnya, pelajar yang ambil aliran sains fizikal, masih boleh jadi doktor..hurm, menarik.!!
-> JPA/MARA ada juga menaja pelajar lepasan matrikulasi ke luar negara..tapi, agak susah nak dapat tajaan tu sebab sikit sahaja kuota tu..Cikgu Murni kata boleh dikatakan setiap kolej matrik hanya 6 orang sahaja yang akan dapat tajaan tu..tapi, apa kurangnya kalau sambung belajar dalam negara pun, nanti kerja sama juga..gaji pun sama..~
-> setiap pelajar akan dapat elaun RM2000 lebih..dan yuran untuk setahun hanyalah RM 200 lebih..hehe..~
-> bagi pelajar yang tak dapat sambung belajar dalam bidang perubatan dalam universiti dalam negara apatah lagi tajaan MARA/JPA, tapi dia masih juga nak jadi doktor, jangan risau..bagi pelajar² macam ni, boleh gunakan perkhidmatan ajen untuk sambung belajar dalam bidang perubatan tetapi di negara Indonesia, Mesir ataupun Russia..sepupu saya sorang guna ajen sambung belajar dalam bidang perubatan di Indonesia..baru aje habis belajar..sekarang tengah jadi doktor pelatih dekat Hospital Tunku Fauziah, Kangar..tengok, tercapai juga cita² nak jadi doktor..cuma, kalau guna agen ni, bila belajar di luar negara, tahun pertama kena tanggung duit sendiri..maksudnya, yuran universiti, makan dan macam² lagi pada tahun pertama kena tanggung sendiri..bila masuk tahun kedua, barulah JPA akan bagi pinjaman pelajar²ni sampailah habis belajar..tetapi, bila balik Malaysia, kena kerja dengan hospital kerajaan selama 10 tahun, barulah boleh buka klinik sendiri..kalau tak mahu kerja 10 tahun dengan kerajaan pun tak apa, tetapi kena bayar balik semua pinjaman yang kita guna sepanjang kita belajar di Indonesia/Mesir/Russia..sanggup ka.??

UNIVERSITI
-> hanya Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa(UIA) sahaja yang ada asasi sains bagi pelajar lepasan SPM..
-> kalau masuk asasi sains hayat dekat UIA, kena belajar bahasa Arab..WAJIB.!!
-> tempoh asasi sains hayat dekat UIA 2 tahun, tetapi dekat matrik hanya 1 tahun..hurm..~
-> kalau masuk asasi sains dekat UM pula, subjek fizik dengan biologi kena belajar..melainkan masuk matrik, bolehlah nak tinggal mana² satu subjek..
-> kelebihan kalau masuk asasi dekat universiti ni ialah lepas habis asasi boleh terus masuk universiti ni..tak payahlah susah² nak masuk universiti lain..

KOLEJ SWASTA
-> bagi yang nak masuk kolej swasta, boleh buat pinjaman dekat MARA..tetapi, dengan syarat kalau pointer kita dekat kolej tu 3.6 ke atas, pinjaman boleh diubah jadi biasiswa..kalau dapat 3.4 ke 3.59, kena bayar balik dekat MARA 10% dari pinjaman..macam tu lah..semakin rendah pointer kita, semakin meningkat peratus bayaran yang kita kena bayar balik dekat MARA..
-> ouh ya,kolej swasta yuran agak mahal ek..~



arearaarakewl



message 1 : Fakhrul dapat pergi interview MARA..tahniah ek.!!
message 2 : kalau ada silap apa² tolong perbetulkan ek..gitau sama saya..~

13 comments:

~Izyani~ said...

k. izyani rsa better amek matrix r upu je, sbb kalo kolej swasta wuuu~bnyk gle duit nk gne + diorg pnya sistem xbpa elok..slalunye la...
kalo nk compare plak pasum n uia dgn mtrix, 4 me la kan uia n pasum are much better..mcm uia tu mmg dia da mjurus pd perubatan..so jln tu da ada, competiton kurg sket la..wateve pon, tink da bez 4 ur future k.. :)

Nur Areefah said...

yeaaa!

she's me eyha said...

heeee~
so mgt??
da wut decision kew??
huhu..

mEGAt... said...

k.izyani >> hurm, mula2 tu dah fikir nk pegi uia aje, tp bila tgk blk kena blaja bhasa arab + 2 tahun, lemah smangat jer, kalau dpt pasum ok gak..thanks 4 da advice k.izyani.!

NurAreefah >> mesti slow nk masuk blog ni kan.??sori, page blog ni agak berat cket..huk..huk..

eyha >> uh, berat sungguh nk tolak tawaran tu..huk..huk..

farhana said...

ape lg, slat istikharah la..
afiq aku da sruh buat slat hajat ari 2.. ok pe dia g intrview.. xcited smcm..

Afiq said...

ewah2 cik puan ni prasan lak
mgt xsah caya mgt
aku da smyg lu bwu dia suwoh
geges tol
weh ang bkn da ada asa ka arab nih?
procedd je la
my suggestion better amek matrix n upu
aku mntk2 x kne la
waaaaaa
xmo sj
nonono

mEGAt... said...

farhana >> ouh, btul..apa2 pun keputusan kena wat istikharah dlu ek..apa yang baik semuanya dari Allah..

afiq >> hurm, asas arab tu ada gak cket..tp, dah 2 tahun dah tinggal..ilang ingatan daa..~hee..~

she's me eyha said...

hhe,,
brat ati nk tolak??
toi la ckp farhana 2,,
solat istikarah,,
hehe,,
nk amek corse neyh kna pkir pnjg,,
nnt efek msa dpan,,
;)

mEGAt... said...

yeah, yg mesir tu..berat sungguh nk tolak tu..tp, dah btol2 buat decission dah nk masuk matrik/uni dlu..

~Izyani~ said...

same2~k.izyani rsa ok je kalo blaja arab..
its a knowledge kan..
dpt 2 in 1~ medic + arab...kan2?
tp kalo dpt pasum shud b better..
sbb medic kt um is one of da beshh..
wish u luck k~ :D

mEGAt... said...

hurm..ok gak kalau pasum tu..thanks again 4 da advice..ouh ya, wish u luck too..~

farihah asri said...

hehe..
papeun good luck ea,,
blaja mne un sme je kan,,
atas diri org 2 sniri,,
weyh,,blog lma xleyh gna,,
sian aku,,
da la bwu nk aktif,,
huhu,,

mEGAt... said...

yeah..thanks..bes of luck utk hg gak..