Pages

terlepas surat khabar..~

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

hari tu adik saya, Hafiz masuk surat khabar..hari ahad baru² ni pula sepupu (abg yon) saya pula masuk surat khabar.. *fuh, jealous..*
baru² ni ada kes pasal TUDM yang buat latihan payung terjun terjatuh dekat Perlis..jadi, si malang payung terjun tu di hantar ke hospital Kangar, tempat abg yon kerja lah tu..
mula² tu ingatkan kes biasa² aje..jadi, tak lah jadi kecoh apa² pun..
tetiba hari sabtu baru² ni abg yon dapat berita yang menteri besar Perlis, Md Isa Sabu nak turun hospital tengok geng² TUDM tu.. *alahai, malang sungguh..~*
kebetulan hari tu, abg yon kena kerja dekat bahagian wad tu, dia pun agak cuak lah juga sebab tak bersedia nak jumpa dengan 'orang besar'..

dia ada suruh doktor² senior dekat hospital tu ambil alih tugas dia sebab dia tak berapa yakin nak jumpa dengan 'orang besar' ni..tapi, biasalah, selalunya kalau doktor pelatih ni kena buli..
jadi, terpaksa dia kena uruskan bahagian wad tu..

ouh ya, dia baru aje sebulan jadi doktor pelatih dekat hospital tu, jadi, tak banyak sangat yang dia tau pasal semua² ni..
tambah² pula MB Perlis ni dia tak kenal langsung..haha..
dalam tengah² sibuk dekat wad tu tetiba MB datang..
psst : dia tak kenal MB ok..~
dia layan MB mcm biasa aje lah..macam pak cik yang melawat pesakit..tetiba ada nurse datang kata yang orang tu MB Perlis..haha..

abg yon kata mujur dia dah habis terang dekat MB tu pasal apa yang terjadi dekat anggota TUDM tu..kalau tak, gelabah dia nak cerita depan MB..nasib baik dia tak kenal..haha..~

esoknya, (hari Ahad) gambar abg yon masuk surat khabar Berita Minggu..
saya tak tahu pun yang ada gambar abg yon dalam surat khabar tu..tak beli pun surat khabar Berita Minggu..
lagipun, abah dah beli surat khabar Mingguan Malaysia..terlepas lah nak tengok gambar abg yon dalam surat khabar..
abg yon pun dapat tau yang gambar dia masuk surat khabar lepas kengkawan dia gitau dekat dia esok tu..(hari Isnin)..
seorang pun keluarga saya tak beli surat khabar Berita Minggu..

saya pun check balik dalam internet dalam Berita Harian online..memang ada gambar dia sebelah MB, tapi juz dalam internet..dalam surat khabar dah terlepas..

nah ni gambar dia sebelah MB..



petikan dalam surat khabar (bacalah kalau rajin..buat tambah ilmu..keh..keh..):

KANGAR: Seorang anggota tentera pasukan 10 Briged Para terbunuh, manakala dua rakannya cedera parah selepas payung terjun mereka hilang kawalan akibat angin
kencang ketika menjalani latihan penerjunan menyebabkan mereka tersasar ke dalam kolam di ladang tebu di Felda Chuping dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi mangsa, Zamberi Yusof, 26, dari Kem Terendak, Melaka, dipercayai lemas apabila payung terjunnya tersasar ke dalam kolam berkenaan, manakala rakannya, Mohd Jais Mohd Yusof, 38, cedera di pinggang akibat terhempas selepas dipercayai pengsan di udara, manakala seorang lagi yang gagal dikenali mengalami patah di bahu.

Mangsa dan dua rakannya yang cedera dikejarkan Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Jenazah Zamberi diterbangkan ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan dengan pesawat tentera di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, pada sebelah petang.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata Zamberi sudah berkahwin dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke HTF.

Katanya, siasatan awal mendapati, puluhan anggota 10 Briged Para dari Kem Terendak itu, sedang menjalani latihan penerjunan tahunan menggunakan pesawat Charlie (C 130) di kawasan ladang tebu di Felda berkenaan.

"Zamberi yang juga anggota ke-36 melakukan penerjunan pada sesi latihan itu gagal mengawal payung terjunnya akibat angin kencang menyebabkan mangsa tersasar.

"Beberapa anggota yang cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa selepas menariknya keluar dari kolam juga gagal. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan menerima rawatan di HTF," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian, cuaca cerah dan tidak hujan tetapi angin yang bertiup pada kelajuan antara enam hingga tujuh knot menyebabkan beberapa anggota menghadapi masalah ketika melakukan penerjunan.

Sementara itu, Mohd Jais ketika ditemui di wad HTF berkata, beliau pengsan kira-kira lima saat ketika jarak 300 meter mencecah bumi hingga menyebabkan terhempas dan tidak sedar diri.

"Saya tidak mengetahui mengapa boleh pengsan hingga menyebabkan saya terhempas dan cedera di pinggang," katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu dan Panglima Briged Para, Brigedier Jeneral, Datuk Mohd Dalib Basir melawat mangsa di hospital.

message 1 : cilok dari Berita Harian Online..terima kasih yaa..~
message 2 : sorry Farah, malas nak cerita pasal novel Syabab anak yatim tu..panjang sangat cerita dia..
message 3 : sesiapa ada beli surat khabar Berita Minggu hari Ahad baru² ni tolong simpan k..nanti saya ambil.. *kawan yang dekat aje lah..*

0 comments: