السلام عليكم ورحمة الله وبركته
terkenang ketika mana suatu ketika dahulu, aku bersunat..kadang² rasa best jugak kembali ke zaman kanak²..
hidup senang lenang..makan masakan mak selalu..tengok tv..tak payah belajar teruk²..tak kena buang kolej......~ =.="
tapi, kat sini bukan nak cerita zaman aku bersunat..PRIVATE & CONFIDENTIAL cerita aku..ngeh..~
semalam, aku dan juga geng² sunathon KUSPEC pergi
berlakon menjadi tok mudim kat Petaling Jaya..seronok apabila melihat kanak² seusia 5 tahun ke 9 tahun bergembira mandi beramai² sebelum proses berkhatan dilakukan..terasa jugak nak join diorang ni bermandi-manda..time aku kecik² dulu, x de pun mandi ramai² macam ni..mandi sorang² je dalam bilik air..
*oooopppss,tercerita plak private & confidential saya..nv mind*tetapi, tak lama pun diorang gelak² ni..nanti bunyi gelak² tu akan berubah tone..~ menjadi sedih............
hahhahahahhaha..
*gelak jahat*ok, stop cerita pasal sebelum sunat..
sekarang nak cerita pasal budak ni.................
*budak di atas tidak ditunjukkan muka atas sebab² tertntu..*tengok apa yg budak ni tgh buat..bergayut dekat grill pintu masjid..haha..
kelakar jgak bila aku sndiri tgk bnda ni..
apa yang ayahnya cerita, budak ni dah pun disuntik ubat kebas..tetapi tiba² je dia kata dia nak buang air kecil..
so, dia pun pergi lah tandas..tapi, dia ni pergi tandas lama yang amat..
sangat-sangat lamaaaaa..~
rupa²nya, dia pergi tandas sebab lain..takut nak bersunat..haha
puas dah pujuk² nak bawa pegi bilik..bilik..bilik pembedahan kot orang panggil..tak tawu bilik tu nama apa..
tapi, budak ni menjerit-jerit tak nak pegi..
nasib baik faisal ada idea yang boleh jugak arr nk diguna pakai..tunjuk jarum kat budak ni, then cakap..
"kita sunat kat sini ja lah.."*sila bayangkan seorang doktor muka yang sangat ganas sambil senyum menampakkan gigi yang bersinar memegang jarum menunjuk² di hadapan budak nakal*terus budak tu lepas grill tu then lari masuk toilet..
hazwan terus kejar budak tu then tangkap lah dia dalam toilet tu..aku dah nampak budak tu jatuh, terus masuk toilet then pegang kaki budak tu..
DUSH.!!!!!!!!tepat betul² kat muka aku dia tendang aku..
terpelanting spek aku..
mula² lepas kena tendang tu..rasa macam blurr sikit..then kengkawan yang lain terus masuk angkat budak tu..
lpas tu ok sikit...~
spek tu ntahlah, org² lain dah pijak kot..kelam kabut time tu..haha
bengkok sikit je spek tu..ngeh..~
time usung dia nak bawa pegi bilik bedah, budak ni menggelupur..
memang mencabar gila.!!
sambil menggelupur tu..laju je kepala budak ni gerak² nak cari mangsa nak gigit..
hahaha
last² dapatlah jugak dia ni gigit salah sorang yang usung dia ni..
FAKHRI.!!!
*mangsa digigit*mujur aku carry dia pegang bhgian pinggang dia ni..haha
lebam lah jugak tengok tangan fakhri kena gigit..ngeh.~
dah smpai kat bilik bedah..tenang²kan budak tu..then alhamdulillah berjaya
disembelih disunatkan,. ^^
*******
lain budak, lain ceritanya..
selalu kteorg ni masa praktis, tak lah takut sangat..macam rilex je praktis memotong, menjahit, and semua² tu lah..
tapi, bila kita nak buat betul² dekat badan manusia, pelbagai rasa ada..ketar, menggigil, tak yakin...~
sambung balik..
lepas aku menyuntik sorang budak ni, aku pegang² bahagian ke*alu*n dia tu..nak test sama ada dia dah kebas ke belum..
kalau dah kebas, then baru start proses
menyembelih menyunat..
time ni orang ramai keliling budak ni..pakat² nak tengok macam mana proses tu dibuat..
aku ni pun, habis control segala pergerakan aku, percakapan aku and kalau boleh, semua nak control, takut² nanti orang macam tak percaya kat aku nak buat proses² tu..haha..
aku : adik, ada rasa apa² tak lagi.?? *sambil pegang² bahagian ke*alu*n dia*
adik : hmm..rasa..~
aku : adik rasa macam mana.??sakit.??atau rasa mcm abang pegang je.??
adik : hmm..rasa lagi..~
aku : a'ah, adik memang rasa..tapi, rasa macam mana.??sakit tak.??
adik : erk..rasa getar² je...~
aku : =.=" *aduh, kantoi tangan aku ni menggeletar.......~*
then, orang sekeliling aku start gelak..durhhhh..~
message 1 : ni sunathon yang last aku join..lepas ni, ntahlah ada harapan ke tak lagi nak join sunathon dekat kolej lain..
message 2 : sebelum ni ada jugak join sunathon..tapi, x lah se extreme macam ni..sampai kena tendang, gigit macam nak tercabut kulit..haha..
message 3 : prof latiff pernah bagi tahu..menyunat ni nak membersihkan kemaluan seseorang itu, so sah lah segala solat yang ditunaikan tu..bayangkan seseorang itu, yang telah kita sunatkan dia, menunaikan solat dengan sah sepanjang hayatnya di muka bumi ni, insyaAllah pahala kita akan dapat jugak sebab membantu seseorang itu membuang segala kotoran ataupun najis supaya sah amalan solatnya..wallahualam