Pages

Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

matrikulasi <-> universiti <-> swasta

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

pada mulanya tak terfikir pun nak buat macam ni..tetiba 3 malam yang lepas mama teringat yang kaunselor bekas kaunselor SAINA sekarang dah jadi kaunselor dekat Kolej Matrikulasi Kedah..
jadi, terus mama suruh saya jumpa kaunselor tu nak tanya serba sedikit pasal alam universiti ataupun matrikulasi..lagipun kaunselor tu, Cikgu Murni kenal saya nih..4 tahun hidup satu bumbung, *erk, maksud saya satu sekolah* mesti kenal pelajar yang nama Mgt..
siapa tak kenal nama Mgt kat sekolah nih..pernah satu hari tu, budak nama Mgt nilah yang pernah jadi 'Superman' dekat SAINA menyelamatkan batu konkrit yang hampir menghempap seorang pelajar.. <---ouh, indahnya imaginasi..hehe..~

jadi, keesokan harinya, *2 hari yang lepas* terus saya ajak Fakhrul pergi sekali jumpa dengan Cikgu Murni..
tak sangka rumah Fakhrul dengan Kolej Matrikulasi Kedah dekat aje..hehe..

sampai aje dekat kolej tu, memang agak gelabah sikit bila jumpa mak cik guard dekat pintu pagar kolej tu..
dulu, waktu Cikgu Murni jadi kaunselor dekat sekolah, pelajar panggil 'cikgu'..tapi bila masuk ke kolej ni, dah tak wujud dah title 'cikgu' depan nama tu..dekat kolej pelajar panggil 'Puan Murni'..


mak cik guard : iye, ada apa.?
saya : err..saya nak jumpa kaunselor kolej..err.. CIK..GU Murniwati.. *mujur saya
sebut 'GU' dengan nada perlahan, kalau tak, mesti mak cik guard tu dah tergelak
guling²..*

mak cik guard : owh, Puan Murni ek.??ok, no problem..
saya : ni mesti dia dengar aku panggil CIK MURNI..aaah..abaikan..hehe..~ <-- cakap dalam hati



masuk aje, nampak Cikgu Murni tengah sibuk mengemas bilik..katanya, nak buat bilik baru dekat dengan pejabat dia..
tapi tak apa, dia tak kisah pun orang ganggu dia..hehe..~ <--rasa bersalah lah pula

okeh, ni ada sikit maklumat tentang apa yang saya tanya dekat Cikgu Murni..mungkin berguna untuk sesiapa terutama yang tengah pening nak pilih sama ada ke Matrik ataupun masuk terus universiti..
tapi saya hanya ambil maklumat dalam aliran sains sahaja..maaf bagi sesiapa yang nak tahu maklumat pasal bisnes ataupun lain² lah..

MATRIKULASI
-> kemasukan boleh semak pada 17 April ni..
-> waktu buat semakan nanti, diorang hanya akan beritahu yang kita ni akan masuk aliran sains..diorang tak beritahu lagi sama ada aliran sains yang akan kita masuk tu aliran 'sains hayat' ataupun 'sains fizikal'..bila waktu pendaftaran nanti pada 11 Mei, baru pihak kolej akan beritahu kita sama ada kita akan masuk aliran sains hayat ataupun sains fizikal..
-> untuk tentukan sama ada kita dapat aliran sains hayat ataupun sains fizikal, diorang akan tengok berdasarkan keputusan SPM kita..contohnya, kalau keputusan Biologi lebih tinggi dari keputusan Fizik, maksudnya kita akan masuk ke arah aliran sains hayat dan sebaliknya..
-> kalau kita masuk aliran sains hayat, kita tidak akan belajar subjek Fizik..dan kalau masuk aliran sains fizikal, say bye² kepada Biologi..
-> kalau kita dapat sains fizikal, tapi nak masuk ke aliran sains hayat boleh juga..tapi kena buat rayuan sewaktu dalam kolej nanti..ni untuk sesiapa yang nak jadi doktor lah..
-> kita selalu dengar, kalau masuk kolej matrik ni, nak jadi doktor susah..kena 4 flat..tp, saya tengok dalam senarai yang Cikgu Murni tunjuk, tak semestinya kena 4 flat baru boleh ambil aliran perubatan..pointer paling rendah yang saya tengok masuk aliran perubatan 3.96...erm, susah gak tu, tapi tu yang pointer paling rendah bagi yang masuk aliran perubatan & pembedahan..pointer paling rendah bagi doktor perubatan saja(tak belajar pembedahan) kalau tak salah saya 3.5 ke atas kot..jadi, Cikgu Murni nasihatkan, minggu pertama masuk kolej dah kena pulun betul² kalau nak dapatkan pointer macam ni..insyaAllah boleh dapat kalau kita berusaha dari awal..orang kata, matrik ni macam peluang kedua bagi mana² pelajar yang keputusan SPM tak memuaskan..apa lagi, pulunlah..hehe..~
-> saya terperanjat juga sebab ada juga pelajar aliran sains fizikal yang dapat 4 flat masih boleh jadi doktor..tapi, hanyalah doktor perubatan, tak termasuk doktor pembedahan..maksudnya, pelajar yang ambil aliran sains fizikal, masih boleh jadi doktor..hurm, menarik.!!
-> JPA/MARA ada juga menaja pelajar lepasan matrikulasi ke luar negara..tapi, agak susah nak dapat tajaan tu sebab sikit sahaja kuota tu..Cikgu Murni kata boleh dikatakan setiap kolej matrik hanya 6 orang sahaja yang akan dapat tajaan tu..tapi, apa kurangnya kalau sambung belajar dalam negara pun, nanti kerja sama juga..gaji pun sama..~
-> setiap pelajar akan dapat elaun RM2000 lebih..dan yuran untuk setahun hanyalah RM 200 lebih..hehe..~
-> bagi pelajar yang tak dapat sambung belajar dalam bidang perubatan dalam universiti dalam negara apatah lagi tajaan MARA/JPA, tapi dia masih juga nak jadi doktor, jangan risau..bagi pelajar² macam ni, boleh gunakan perkhidmatan ajen untuk sambung belajar dalam bidang perubatan tetapi di negara Indonesia, Mesir ataupun Russia..sepupu saya sorang guna ajen sambung belajar dalam bidang perubatan di Indonesia..baru aje habis belajar..sekarang tengah jadi doktor pelatih dekat Hospital Tunku Fauziah, Kangar..tengok, tercapai juga cita² nak jadi doktor..cuma, kalau guna agen ni, bila belajar di luar negara, tahun pertama kena tanggung duit sendiri..maksudnya, yuran universiti, makan dan macam² lagi pada tahun pertama kena tanggung sendiri..bila masuk tahun kedua, barulah JPA akan bagi pinjaman pelajar²ni sampailah habis belajar..tetapi, bila balik Malaysia, kena kerja dengan hospital kerajaan selama 10 tahun, barulah boleh buka klinik sendiri..kalau tak mahu kerja 10 tahun dengan kerajaan pun tak apa, tetapi kena bayar balik semua pinjaman yang kita guna sepanjang kita belajar di Indonesia/Mesir/Russia..sanggup ka.??

UNIVERSITI
-> hanya Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa(UIA) sahaja yang ada asasi sains bagi pelajar lepasan SPM..
-> kalau masuk asasi sains hayat dekat UIA, kena belajar bahasa Arab..WAJIB.!!
-> tempoh asasi sains hayat dekat UIA 2 tahun, tetapi dekat matrik hanya 1 tahun..hurm..~
-> kalau masuk asasi sains dekat UM pula, subjek fizik dengan biologi kena belajar..melainkan masuk matrik, bolehlah nak tinggal mana² satu subjek..
-> kelebihan kalau masuk asasi dekat universiti ni ialah lepas habis asasi boleh terus masuk universiti ni..tak payahlah susah² nak masuk universiti lain..

KOLEJ SWASTA
-> bagi yang nak masuk kolej swasta, boleh buat pinjaman dekat MARA..tetapi, dengan syarat kalau pointer kita dekat kolej tu 3.6 ke atas, pinjaman boleh diubah jadi biasiswa..kalau dapat 3.4 ke 3.59, kena bayar balik dekat MARA 10% dari pinjaman..macam tu lah..semakin rendah pointer kita, semakin meningkat peratus bayaran yang kita kena bayar balik dekat MARA..
-> ouh ya,kolej swasta yuran agak mahal ek..~



arearaarakewl



message 1 : Fakhrul dapat pergi interview MARA..tahniah ek.!!
message 2 : kalau ada silap apa² tolong perbetulkan ek..gitau sama saya..~

saya hanya terima..~

السلام عليكم ورحمة الله وبركته




alhamdulillah penantian yang selalu buat saya 'cuak' dah berakhir..yeah..!bermula bulan november tahun lepas hinggalah bulan mac ni, memang hidup selalu tak tenteram..apa yang saya buat semua tak menjadi..kadang² tu rasa macam nak tidur seharian, tak nak tengok dunia..haha..macam²lah saya waktu tu..

ouh ya, gambar dekat atas tu gambar pelajar straight A waktu hari keputusan SPM diambil..tak semua yang ada waktu gambar diambil..ada yang masih belum sampai dan ada yang dekat tepi stage tu, bersembang..maklumlah, dah lama tak jumpa kengkawan lama, mesti nak berborak panjang kan..

actually, seminggu sebelum keputusan diumumkan, saya dah jadi macam bukan diri saya lagi.. *faham tak.??*

yup, pagi hari jumaat saya dah mula jadi macam orang yang berpuasa..waktu pagi tu, dalam berita pagi dah diumumkan yang keputusan SPM akan keluar seminggu selepas itu..ya Allah, hanya Allah yang tahu betapa takutnya saya waktu tu..sepanjang seminggu tu, saya langsung tak lalu nak makan..asyik fikir tentang keputusan jer..dah macam² saya fikir pasal keputusan tu..


"kalau saya tak dapat keputusan yang elok, apa reaksi parents saya huh.??"

"kalau saya dapat keputusan yang tak memuaskan, apa yang saya nak jadi bila besar nanti.??adakah saya akan terus bergantung dengan ibu bapa saya.??naahh..~"


kejadian malam sebelum keputusan diambil memang masih saya fobia..iyelah, malam sebelum keputusan diumumkan, abah suruh hantar syuhada ke tuisyen sebab dia tak sempat..baru balik kerja, mesti nak berehat kan..tak apalah, saya pun capai kunci kereta and then, terus drive.. *tak baca doa naik kenderaan*

dalam perjalan, semuanya ok..tapi dalam fikiran saya masih lagi fikir tentang keputusan yang saya akan terima keesokan harinya..
dalam perjalan pulang dari tempat tuisyen syuhada, tetiba di tengah² jalan *divider jalan raya* ada seekor kucing..
dari jauh, saya memang dah nampak kucing tu..tapi, tetiba aja kucing tu terus masuk bahagian jalan raya dan terus melintas..
erk, saya dah suluh lampu tinggi + hon + brek, kucing tu dengan selambanya lintas juga jalan..
aiyaa..ingatkan kucing tu berjayalah lintas jalan ke seberang jalan, tetiba terasa tayar kereta terangkat sikit..
ya rabbi, bila saya tengok cermin sisi kereta, nampak kucing tadi terkial² tengah jalan raya..
yup.!!saya dah langgar kucing.!! *sila baca sambil mentup mulut dan mata jegil dengan perasaan terkejut*
sorry buat peminat kucing, saya dengan sengajanya tak sengajanya telanggar kucing..
balik rumah terus saya beritahu mama pasal kejadian tadi..saya tengok muka saya dalam cermin.. *pucat*
mama ada bagi sekali doa tolak bala untuk saya baca takot² bala menimpa saya sebab dah terlanggar kucing..
mesti kucing tu dah mati..iyelah, badan kucing pun kecil..inikan pula kena gilis dengan tayar kancil..erk..~

keesokan paginya, abah pergi tengok dekat tempat kucing tu kena langgar..saya tak mau ikut abah tengok..mesti ngeri..hehe..
tp, abah gitau kucing tu tak ada pun dekat situ..darah, daging,..tak ada apa² kesan pun..
mungkin roh dia pergi sekali dengan jasad kot..haha..

hari yang paling menakutkan tiba..huwaaa..~
sarapan pagi tak makan, tak lalu..mandi rasa macam tak mandi..pakai kasut pun tangan dah terketar²..
dalam kereta, mama suruh baca yaasin..yeah, sepanjang perjalanan yasin saja yang saya baca..
setiap kali sebelum saya nak mulakan yasin, saya akan berhenti sekejap 5 minit and tengok kereta²..

ok, perangai saya ni pelik sikit, so, jangan tiru ok..
sejak saya darjah 6 perangai ni datang sendiri dalam badan saya..ntahlah macam mana boleh lekat dengan perangai ni..
sejak saya darjah 6 dulu, sebelum saya nak ambil keputusan UPSR, saya selalu tengok number plate kereta..UPSR hanya 5 subjek saja..so, saya cari dekat setiap number plate kereta number 5..
yeah, waktu tu memang banyak sungguh number 5 dekat plate kereta orang..boleh dikatakan setiap kereta yang saya selisih, mesti dekat number plate kereta tu ada number 5..so, saya konklusikan saya akan dapat 5A..alhamdulillah, UPSR memang macam tu..haha..
waktu nak ambil result PMR pun macam tu..tapi, waktu ambil keputusan PMR, saya naik bas..dari rumah saya ke sekolah saya asyik tengok number plate kereta jaa..
saya ingat lagi ada kereta tuh number plate dia '88'..dan banyak sungguh number plate kereta yang ada number 8..so, saya konklusikan saya dapat 8A..yeah, alhamdulillah target capai..

tapi, waktu nak ambil keputusan SPM, setiap kali saya berhenti selepas baca yasin, saya tengok number plate kereta yang selisih dengan kereta abah, semuanya number yang tak menentu..semua number ada..aiseh, apalah yang aku akan dapat nanti..huk..huk..

sampai jer kat skolah, orang first yang aku jumpa, mestilah pakcik guard..
and then khairil..batch saya selalu panggil dia 'pung'..heh..
wah..ketar tu, memang tak dapat nak control..memang dah vibrate dah tangan nih..abah pegang tangan saya..dia kata sejuk sangat..haha..padahal, tengah hari terik waktu tu..
sampai aje dekat tempat ambil result, Teacher Fathiyyah sudah tunggu..senyum aje dia dari jauh tengok saya..saya pula, senyum tak senyum jer..iyelah, dah macam² saya fikir dalam fikiran nih..

o0oyah..~ahamdulillah semua result occay, juz for biology..aiyaarkk..
mcm manalah slek dekat subjek tu..hurm..mula² agak frust dengan result tu, at last boleh terima gak.. mesti ada hikmah di sebalik kejadian yer..
lepas dapat result tu, tetiba one of my friend hantar sms..


"sesungguhnya malaikat jibrail itu diutuskan untuk menyempurnakan hajat
manusia..
apabila seseorang kafir itu memohon, ALLAH memerintahkan jibrail
agar menunaikan hajatnya dengan segera kerana ALLAH benci mendengar kata²nya..
dan apabila seorang hamba yang muslim, yang dikasihi memohon, ALLAH
memerintahkan kepada jibrail agar menahan, menangguhkan dan jangan disempurnakan dengan cepat hajatnya kerana ALLAH amat merindui mendengar suaranya.."



terima kasih banyak² kepada semua yang banyak membantu saya waktu saya di SAINA..
terutamanya, mama dan abah, cikgu² SAINA yang banyak membantu dan juga semua warag SUPERMASSIVE xii.. ouh ya, tak terlupa juga kepada semua senior² SAINA yang banyak membantu saya sejak saya masuk SAINA..


BAHASA MALAYSIA : Cikgu Rosmawati, Cikgu Rasyid, Cikgu Zainurin, Cikgu
Khairuddin
ENGLISH : Teacher Maizurah, Sir Iqbal,Madam Idayu, Sir Suki
PENDIDIKAN ISLAM : Ustazah Habsyah, Ustaz Halim, Ustaz Munajar, Ustazah Naimah
SEJARAH : Cikgu Norzita, Cikgu Naim, Teacher Hehmalatha
MATHEMATICS : Teacher Fathiyyah, Cikgu Masrizal, Teacher Naimah
ADDITIONAL MATHEMATICS : Cikgu Azman, Cikgu Masrizal
PHYSICS : Cikgu Zali, Cikgu Hussaini, Cikgu Rosaniza
CHEMISTRY : Cikgu Baset, Cikgu Azainora
BIOLOGY : Teacher Kamariah, Teacher Azizah, Teacher Zanariah
E.S.T : Teacher Rohayu, Madam Idayu

"SUPERMASSIVE XII "
special thanks to Mr. Norzali and Miss Azizah

gelakkan orang dalam dilemma..

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

haha..x cantik macam bulan dekat posting bawah pun result saya..
saya hanya mendapat keputusan yang boleh menyara hidup saya sampai ke tua..haha..
x boleh nak menyara kehidupan saya sampai ke dalam kubur..huwaa..~

memang agak mengecewakan bila dapat result macam ni..
tapi, nak buat macam mana, rezeki setakat tu..terima ajelah..*still x dapat terima sehingga sekarang..huk..huk..*

buat masa sekarang mungkin x selalu update sangat blog saya sebab masih lagi dalam keadaan sibuk..
nak cari scholarship yang sesuai dengan result saya nih..susah sungguh..huk..huk..
sesiapa tahu scholarship yang sesuai untuk result macam nih, please tell me..
nak sangat²..

saya rasa result yang saya dapat ni maybe disebabkan kesan saya langgar kucing malam sebelum result keluar kot..
balasan..~
tularr..malam tuh disebabkan agak cuak dengan result yang nak keluar, kucing tengah jalan pun habis saya rembat..
x tahulah sama ada kucing tu mati atau x..sbb keesokan pagi tuh, sebelum saya nak pergi ambil result, saya pergi melawat tempat kejadian..tapi,kucing tuh dah hilang.. *dah jadi hantu kot*
hurm..nantilah saya ceritakan tentang kisah langgar kucing tu dan time hari ambil keputusan..

buat yang berjaya dapat straight A, saya ucapkan tahniah banyak²..walaupun saya x tergolong dalam group tu..
dan buat sesiapa yang nasibnya macam saya, jom kita usaha lagi..heh..


message 1 : sekarang ni saya masih dalam dilemma..nak plih medic ataupun engineering..hurm..~
message 2 : ouh ya, alhamdulilah saya hanya dapat 9A 1B..isyhh, satu jer lagi nk tergolog dalam group straight A..saya nak try recheck..mungkin boleh naik gred kot..doakan saya yer..
message 3 : rasa macam bahasa saya dalam posting nih pelik sikit larr..demam punya hal kot..hek..hek..

wah..University of Sheffield.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته


yeah..sblum pergi smbhyang jumaat td, tetiba abah ketuk pintu bilik..slaloonya tiap² kali abah balik kerja abah makan dlu, tp ari nih tetiba aje abah naik atas n ketukkan pintu bilik aku..
katanya ada surat..so, aku yg baru je plan nk tido terpaksa bgn dr katil buka pintu bilik..

WAHH..!!!
University of Sheffield yg hantar surat dkat aku.!!semput aku tgk nama university tuh..
apa yg bez coz nama aku diletakkan title 'Dr' dkat depan nama aku..wahau..~aku dah bajet nih mesti surat tawaran dr university tuh offer aku dlm bidang medic nih..x sabar nk buka surat tuh..isk..isk..~


dlm perjalanan tanganku membuka surat tuh, aku terfikir x kan diorang bg tawaran berdasarkan result trial kot..x apalah..aku pun buka..
dlm surat tuh ada dua helai kertas, 1 dvd n satu buku..
aku truss baca surat yg diberi tuh..

hek eleh..rupa-rupanya juz brochure jaa..~
hurmm~aku igtkan td surat tuh offer nk sambung blaja ke apa ke..ciss..~mcm nk pekena aku jer..
iyelah, dkat dpan surat tuh pun tulis nama aku dgn title 'Dr', terkezut larr gak..
nyway, thanks University of Sheffield sbb tlg antarkan brochure tuh dkat aku..dlm buku yg diberi ada diceritakan ttg setiap course yg boleh diambil..berguna jgak buku tuh ek..
course yg aku x pernah dengar pun ada gak dlm tuh..plek²..~



owh..~tekaanku salah..~wuu..~

yattahuhhaa..?depressed


message 1 : arrghh.!!aku smakin takot dengar pasal result SPM nih..harap² ok..pray for my success..!!

beSDaY..!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

yup.!!yesterday was my birthday..
supposed i had a great day yesterday..but i dunno why i felt yesterday was just like another day..
nothing special happened yesterday..

byk benda sgt pikir..
especially result SPM.!!smakin hari smakin takut aku pasal result nih..
bulan 3 nih baru kluar result..
tp aku tgk kengkawan yg len rileks jaa..x kan depa x takot kot..~
tiap2 ari kalo x pikir pasal result SPM nih mmg x sah idup aku..

"rilek arr..wan dah buat dah..usaha pun dah usaha dah..la nih juz doa kat Allah agar dpt pemeriksa yg baik hati..n tawakkal kpd Allah..insyaAllah kalo dah usaha tuh ada hasilnya..jgn takutlah..buat solat hajat tiap2 ari ye wan.."

mungkin nih dpt tenang cket pikiran aku lpas mak aku kata mcm nih kat aku..tp nervous aku muncul balik ari nih..huk..huk..

"kalo aku x dapat straight A mcm mana huh??"
"apa reaksi mak ngan ayah aku kalo aku x dpt straight A??"
"nk sambung blaja kat mana huh kalo x dpt stret A ataupun ada yg kantoi mana2 subjek??"
hissyyy...nih yg aku slaloo dok pikir tiap2 ari..
buat aku gerun aja..

mak ngan ayah aku berharap sgt aku dpt jd doctor one day..
harap2 mcm tuh lah..

erk..back to the topic..
hehe..tepat pkul 12 mlm smlm (3 jan), org yg first msj wish besday kat aku fattah..
tp aku tgk time tuh baru pkul 11.58p.m..haha..lwak larr gak..
lpas tuh liyana plak...
n then bob..
pas2 pak thaa..
pas2..arr..byk sgt nk listkan..
tp msg still msk x henti2 smpai pkul 1 lbih gak..
hehe..mcm 'org penting' larr plak dpt msg byk2..
hehe..nyway, thanks semua coz still igt besday aku..
now, i'm 18..
hehe..bolehlah aku nk wat mcm2..
coz sblm nih pun, kalo nk masuk pertandingan apa2 mesti umo 18 and above..
tp skrang x jd masalah..boleh buat apa sj..hahahh..

awal pagi 3 jan dah kena kluar rumah gi ambk test komputer utk ambk lesen..
alhamdulillah lulus..skrang nk kena bt amali la plak..
hehe..x sabar rasanya nk bwa kreta..
hoho..tp kalo lesen kreta dah dpt..
still takot result spm maa..~
huhu..~
mcm mana nk ilangkan rasa takot nih..huk..huk..