Pages

Showing posts with label berita sedih. Show all posts
Showing posts with label berita sedih. Show all posts

bye-bye..~

السلام عليكم ورحمة الله وبركته


GONE.!!











WHERE.???
I
I
I
I
I
I
I
I
I

tempat menuntut ilmu..ngeh..~


entry terakhir dan menyedihkan sebelum berangkat ke alam persekolahan universiti..
huk..huk..6 bulan makan + tidur + merapu + mengadap komputer + buang masa dekat rumah, rasa dah jadi rutin harian n tak boleh nak tinggalkan semua tu..huwaaaaa..~

nak minta maaf dekat sesiapa yang mengenali diri ini..nak minta berkat sikit..takut² nanti kalau tak dimaafkan, susah nak belajar..harap² oklah semuanya..
dan kepada semua yang sudah dan akan sambung belajar tu, all the best occay..~

dan nak minta tolong, andai saya terlupa Tuhan..
dalam kelapangan dan kesibukan..
dalam kesenangan dan kesusahan..
tolong ingatkan saya..
jangan jadi anak derhaka..
mama abah jangan diupakan..
usah diluka hati dan perasaan..
tolong ingatkan saya..
ingat pesanan lecturer..
bukan sekadar peringatan..
tetapi tarbiyah berpanjangan..
TOLONG INGATKAN SAYA OK..~


"Wahai Tuhanku,
kayakanlah akan daku dengan ilmu,
hiaskanlah diriku dengan ketenangan jiwa,
dan muliakanlah akan diriku dengan takwa,
dan elokkanlah diriku dengan kesihatan.."
-doa menuntut ilmu-



message 1 : erk, still takut dengan orientasi larrhh..huk..huk..

terlepas surat khabar..~

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

hari tu adik saya, Hafiz masuk surat khabar..hari ahad baru² ni pula sepupu (abg yon) saya pula masuk surat khabar.. *fuh, jealous..*
baru² ni ada kes pasal TUDM yang buat latihan payung terjun terjatuh dekat Perlis..jadi, si malang payung terjun tu di hantar ke hospital Kangar, tempat abg yon kerja lah tu..
mula² tu ingatkan kes biasa² aje..jadi, tak lah jadi kecoh apa² pun..
tetiba hari sabtu baru² ni abg yon dapat berita yang menteri besar Perlis, Md Isa Sabu nak turun hospital tengok geng² TUDM tu.. *alahai, malang sungguh..~*
kebetulan hari tu, abg yon kena kerja dekat bahagian wad tu, dia pun agak cuak lah juga sebab tak bersedia nak jumpa dengan 'orang besar'..

dia ada suruh doktor² senior dekat hospital tu ambil alih tugas dia sebab dia tak berapa yakin nak jumpa dengan 'orang besar' ni..tapi, biasalah, selalunya kalau doktor pelatih ni kena buli..
jadi, terpaksa dia kena uruskan bahagian wad tu..

ouh ya, dia baru aje sebulan jadi doktor pelatih dekat hospital tu, jadi, tak banyak sangat yang dia tau pasal semua² ni..
tambah² pula MB Perlis ni dia tak kenal langsung..haha..
dalam tengah² sibuk dekat wad tu tetiba MB datang..
psst : dia tak kenal MB ok..~
dia layan MB mcm biasa aje lah..macam pak cik yang melawat pesakit..tetiba ada nurse datang kata yang orang tu MB Perlis..haha..

abg yon kata mujur dia dah habis terang dekat MB tu pasal apa yang terjadi dekat anggota TUDM tu..kalau tak, gelabah dia nak cerita depan MB..nasib baik dia tak kenal..haha..~

esoknya, (hari Ahad) gambar abg yon masuk surat khabar Berita Minggu..
saya tak tahu pun yang ada gambar abg yon dalam surat khabar tu..tak beli pun surat khabar Berita Minggu..
lagipun, abah dah beli surat khabar Mingguan Malaysia..terlepas lah nak tengok gambar abg yon dalam surat khabar..
abg yon pun dapat tau yang gambar dia masuk surat khabar lepas kengkawan dia gitau dekat dia esok tu..(hari Isnin)..
seorang pun keluarga saya tak beli surat khabar Berita Minggu..

saya pun check balik dalam internet dalam Berita Harian online..memang ada gambar dia sebelah MB, tapi juz dalam internet..dalam surat khabar dah terlepas..

nah ni gambar dia sebelah MB..



petikan dalam surat khabar (bacalah kalau rajin..buat tambah ilmu..keh..keh..):

KANGAR: Seorang anggota tentera pasukan 10 Briged Para terbunuh, manakala dua rakannya cedera parah selepas payung terjun mereka hilang kawalan akibat angin
kencang ketika menjalani latihan penerjunan menyebabkan mereka tersasar ke dalam kolam di ladang tebu di Felda Chuping dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 pagi mangsa, Zamberi Yusof, 26, dari Kem Terendak, Melaka, dipercayai lemas apabila payung terjunnya tersasar ke dalam kolam berkenaan, manakala rakannya, Mohd Jais Mohd Yusof, 38, cedera di pinggang akibat terhempas selepas dipercayai pengsan di udara, manakala seorang lagi yang gagal dikenali mengalami patah di bahu.

Mangsa dan dua rakannya yang cedera dikejarkan Hospital Tuanku Fauziah (HTF). Jenazah Zamberi diterbangkan ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan dengan pesawat tentera di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, pada sebelah petang.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Dros, berkata Zamberi sudah berkahwin dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke HTF.

Katanya, siasatan awal mendapati, puluhan anggota 10 Briged Para dari Kem Terendak itu, sedang menjalani latihan penerjunan tahunan menggunakan pesawat Charlie (C 130) di kawasan ladang tebu di Felda berkenaan.

"Zamberi yang juga anggota ke-36 melakukan penerjunan pada sesi latihan itu gagal mengawal payung terjunnya akibat angin kencang menyebabkan mangsa tersasar.

"Beberapa anggota yang cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa selepas menariknya keluar dari kolam juga gagal. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan menerima rawatan di HTF," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian, cuaca cerah dan tidak hujan tetapi angin yang bertiup pada kelajuan antara enam hingga tujuh knot menyebabkan beberapa anggota menghadapi masalah ketika melakukan penerjunan.

Sementara itu, Mohd Jais ketika ditemui di wad HTF berkata, beliau pengsan kira-kira lima saat ketika jarak 300 meter mencecah bumi hingga menyebabkan terhempas dan tidak sedar diri.

"Saya tidak mengetahui mengapa boleh pengsan hingga menyebabkan saya terhempas dan cedera di pinggang," katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Isa Sabu dan Panglima Briged Para, Brigedier Jeneral, Datuk Mohd Dalib Basir melawat mangsa di hospital.

message 1 : cilok dari Berita Harian Online..terima kasih yaa..~
message 2 : sorry Farah, malas nak cerita pasal novel Syabab anak yatim tu..panjang sangat cerita dia..
message 3 : sesiapa ada beli surat khabar Berita Minggu hari Ahad baru² ni tolong simpan k..nanti saya ambil.. *kawan yang dekat aje lah..*

gelakkan orang dalam dilemma..

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

haha..x cantik macam bulan dekat posting bawah pun result saya..
saya hanya mendapat keputusan yang boleh menyara hidup saya sampai ke tua..haha..
x boleh nak menyara kehidupan saya sampai ke dalam kubur..huwaa..~

memang agak mengecewakan bila dapat result macam ni..
tapi, nak buat macam mana, rezeki setakat tu..terima ajelah..*still x dapat terima sehingga sekarang..huk..huk..*

buat masa sekarang mungkin x selalu update sangat blog saya sebab masih lagi dalam keadaan sibuk..
nak cari scholarship yang sesuai dengan result saya nih..susah sungguh..huk..huk..
sesiapa tahu scholarship yang sesuai untuk result macam nih, please tell me..
nak sangat²..

saya rasa result yang saya dapat ni maybe disebabkan kesan saya langgar kucing malam sebelum result keluar kot..
balasan..~
tularr..malam tuh disebabkan agak cuak dengan result yang nak keluar, kucing tengah jalan pun habis saya rembat..
x tahulah sama ada kucing tu mati atau x..sbb keesokan pagi tuh, sebelum saya nak pergi ambil result, saya pergi melawat tempat kejadian..tapi,kucing tuh dah hilang.. *dah jadi hantu kot*
hurm..nantilah saya ceritakan tentang kisah langgar kucing tu dan time hari ambil keputusan..

buat yang berjaya dapat straight A, saya ucapkan tahniah banyak²..walaupun saya x tergolong dalam group tu..
dan buat sesiapa yang nasibnya macam saya, jom kita usaha lagi..heh..


message 1 : sekarang ni saya masih dalam dilemma..nak plih medic ataupun engineering..hurm..~
message 2 : ouh ya, alhamdulilah saya hanya dapat 9A 1B..isyhh, satu jer lagi nk tergolog dalam group straight A..saya nak try recheck..mungkin boleh naik gred kot..doakan saya yer..
message 3 : rasa macam bahasa saya dalam posting nih pelik sikit larr..demam punya hal kot..hek..hek..

i've got my driving license.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

sepatutnya dah basi dah cerita nih kalau nk deceritakan..seminggu lebih dah dpt lesen 'P'..owh, bahagianya..~wee..~
sudah boleh ronda² dgn bebas..x perlu takot sama polis..huwaa..~
tp, aku prasan satu benda yg pelik jd dkat aku..still igt entry 'seatbelts menyusahkan..!!'.??
time tu aku ada kata rimas nk pakai seatbelts kan.??tp skrang nih stiap kali kalau naik kreta, kalau x pakai seatbelts tuh rasa janggal..rasa mcm x lengkap je kat badan aku..
btul juga cakap org, kalau dah biasa dgn sesuatu benda tuh, lama² akan jd biasa arr..

okeh, cerita ttg saat² aku mengambil test utk kreta nih x ada apa² yg menarik pun..
cuma aku jd seorang yg malang time tuh coz aku calon first kena buat test tuh..mula² igtkan diorang ikut angka giliran yg kitaorg dpt time daftar utk test JPJ tuh..rupa²nya, diorang pilih ikut suka ati diorang aje..isk..isk..malang sungguh naseb ku..mau lari balik rumah aku dpt tau aku org first kena buat test tuh..
sblum masuk dlm kreta, kena tnggu tester dlu coz tester JPJ tu pun belum masuk lg dlm kreta..
waaahaa..skali lg aku rasa malang menimpa diriku..tester JPJ aku seorang PEREMPUAN.!!
aiyaarrk..apa yg kengkawan aku gitau termasuklah kakak aku kata, kalau tester JPJ nih perempuan, susah cket, dia lebih teliti dr lelaki..n 'garang'..ngee..~
so, terpaksalah aku berlakon jd org yg betul² skema..geess..nk cakap pun aku control o0o..takot dia marah dkat aku..
alhamdulillah, semua lancar..walaupun last² skali sblum masuk ke simpang skolah memandu aku tuh, ambil masa agak lama utk masuk sbb aku teragak² nk lintas jln tuh..byk kali juga tester tuh bg arahan dkat aku suruh lintas..tp, aku takut, walaupun kereta dari arah bertentang jauh lg..huk..huk..
bukit n side parking aku kata okeh..~LULUS.!!
keesokan hari truss aku pegi buat lesen 'P'..wee..~SIAP.!!




dua hari yg lepas dpt berita yg salah seorang senior skolah aku dlu terlibat dlm kemalangan..apa yg menyedihkan, dia telah pun kembali ke rahmatullah..
accident tuh pun jd dkat aje ngan rumah aku..tp, aku x tau pun..fakhrul yg khabarkan dkat aku..
keesokan hari berita ttg kemalangan dia masuk dlm paper..ngeri gak aku tk kreta tuh..remuk teruk..~
AL-FATIHAH buat abg ayan a.k.a Azmir Syazwan..


selingan cket..baru td habis buat latihan moto..
aku pegi agak awal, tp giliran aku yg ke '21'..issyh..lama lg nk start buat tuh..
so, aku duduk dkat bawah pondok tuh..depan pondok tuh ada larr moto yg digunakan utk latihan nnt..btul² depan aku..
sharp 8.30, ckgu tuh dah panggil number..semua ambk moto masing² n aku still skat bawah pondok, tnggu gilirn aku..
pas2 ada sorang perempuan nih, ambil moto btul² depan aku..tp, dia x boleh nk start moto tuh..maybe sbb pagi² nk start agak susah cket kot..
tp, group yg buat skali dgn dia dah buat satu pusingan dah..still dia x boleh start moto tuh..
dlm kepala otak aku nih dah pikir dah nk pegi tolong dia, tp tetiba rasa..eisyh..nnt org kata aku nk 'mengorat' dia plak..dua tiga kali gak aku pikir nk tlg dia..x, bukan dua tiga kali, byk kali gak..dahlah moto dia tuh betul² dpn aku..
rasa mcm nk sarungkan helmet aku n then tolong dia startkan moto tuh..boleh tutup muka cket time nk tlg tuh..heh..~
aku tgk kaum² perempuan dah pakat tgk aku dah..mesti dlm kpala otak diorang mengata dkat aku..

'apa larr bdak laki tuh x tlg kaum perempuan yg lemah'..

mesti diorang kata mcm tuh dkat aku kan..??isyhh, jd serba salah aku..
at last ada jgak sorang lelaki nih yg tlg startkan moto dkat dia..ngee..~malu aku..
spatutnya aku lah yg kena tolongkan dia sbb moto tuh btul² depan aku..isk..isk..malu..malu..
sorry ye kaum perempuan..nnt aku tanamkan dlm diri aku x akan malu lg nk tolong perempuan..
JANJI.!!



message 1 : pandu kereta cermat² eh..apa yg aku tau, abg ayan tertidur time tgh bawa kreta tuh..n then seorang kawan dia dk=lm kreta tu perasan yg dia tertidur n try control stering tuh..tp, x berjaya..truss masuk dlm sungai..
message 2 : abaikan apa yg org nk katakan dkat kita kalau kita nk tolong org..skarang nih, kalau kita tlg org buat benda baik, mesti ada mulut² yg mengata dia tu nk cari publisiti larr (capub), nk mengorat larr..apa² lah yg negatif..isyhh..abaikan..~