Pages

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

life..

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

'LIFE IS UNFAIR'

first² tu dengar ayat ni from one of my friend, ciwan, saya gelak² aje..
n then, bila balik rumah, tetiba terpikir bnde nih..
kinda btol jgak apa yg ciwan ckap tu..
kdg² tu trpikir knapa ada sumting yg kita btol² nak, tp susah nak dpat..tp, bnda yg kita x nak, senang pula nk dapat..
walaupun kita brusaha jgak nk dpatkan bnda tu, tp still x dapat..
apa pun, kta kna fikir, mesti ada hikmah di sebalik smua nih..

tp, bnda ni mcm susah bg saya sndiri nk ltakkan perkataan 'ada hikmah di sebalik semua nih'..
i keep on saying 'aaahhh, malangnya aku nih'..
astaghfirullah..
i try n try to say 'ada hikmah di sebalik smua nih'..tp, x boleh.. *TOLONGGGGGGGG.!!!!!!!*

kalau nak ditengokkan balik, mmg smua yg berlaku pasti ada hikmahnya..
sama ada bnda tu buruk or baik..
ALLAH STILL SAYANG KITA.!!!

cuba kita fikir, walaupun kita banyak buat dosa, tinggal solat, melawan cakap parent *nauzubillah*, still Allah menjanjikan kita masuk syurga..
cuma apa yang membezakan antara stiap manusia ialah tempoh seseorang itu nak masuk syurga sama ada cepat atau lambat..
kalau seseorang itu banyak buat dosa, meaning lambatlah proses dia nak masuk syurga..
kenapa.??
apa yang kita buat di dunia semuanya akan terbalas di akhirat kelak..kalau buat baik, baiklah balasannnya, kalau jahat, or dosa yg dibuat, nerakalah jawapannya..

tengok, Allah still sayang kita kan.??
walaupun kita buat dosa, still Allah menjanjikan syurga kpada kita..
once kita melafazkan kalimah syahadah, insyaAllah syurga menantinya..
namun, kita sebagai manusia x tahu byk mna dosa yg kita dah buat..
pernah dengar nasyid Raihan.??saya tulis satu phrase from dat nasyid..
dosa²ku, bagaikan pepasir..
di pantai...
dengan rahmatmu, ampunkan daku..
oh Tuhanku..
from dat nasyid dapat bayang x banyak mana dosa yang telah kita buat.?
pasir di tepi pantai tu banyak gilerzzz..
sebutir demi sebutir kalau nk dikira..
nauzubillah..

namun, Allah itu maha pengampun..
see, Allah still sayang kita kan.??
walaupun byk dosa yang kita buat, Allah still bg peluang utk kita memohon ampun daripadaNya..

saya still teringat time saya di tepi pantai tgk ombak² yang naik atas pantai..
terpikir time mento mentee projek dekat port dickson lah nih..hehe..
cuba tengok eh..
kita ni boleh diumpamakan mcm air laut..
bila air laut ni dibwa ke tepi pantai dengan ombak, banyak buih from dat air kita dpt tengok..
tp, bila air laut tu ditarik balik ke laut, buih² tu ilang..
from diz, buih tu boleh dikatakan mcm dosa kitalah..
once kita buat salah, banyak dosa yg kita dapat..tp, bila kita balik ke pangkal jalan dengan bertaubat kepada Allah *sama mcm air laut yg ditarik ke laut* nearly all buih² tu ilang..



message 1 : still mncari jalan yang betul.. =)
message 2 : ntah..
message 3 : eh, bertaubatlah mgt oii sblom terlambat.!!!

Balqis..

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

tiap² petang dekat rumah saya yang lama dulu mesti ada seorang kawan saya main bola dekat atas padang..padang pula betul² depan rumah saya..kalau buka pintu jaa, terus nampak padang..
ada suatu hari tu, saya sembang² dengan dia, tetiba ada sekumpulan burung terbang..cantik..macam buat reformasi time kawat..hehe..

ouh ya, kawan saya tu nama dia Syuhairi..banyak tolong saya..~
Syuhairi : Mgt, hang perasan tak, tiap² pagi ngan petang ada burung terbang dalam group.??
saya : haa..betul.!!
Syuhairi : hang perasan tak waktu pagi burung² tu terbang dalam satu arah..bila petang pula dia terbang arah yang dia lalu waktu pagi tadi..
saya : a'ah laa..baru aku perasan..
Syuhairi : mak aku kata, time pagi semua burung tu terbang pi pejabat depa..pi kerja..bila petang jaa, cukup masa depa balik arr rumah depa..hehe..
saya : betul gak noh..tak pernah terfikir pun aku..haha..

sampai sekarang saya still anggap kalau nampak burung pagi² terbang dalam group, dalam hati saya still kata 'aah, burung dah start pi kheja dah'..

nak kongsi sikit cerita pasal Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis..cerita ni pun ada kaitan dengan burung..
burung hud-hud..

Nabi Sulaiman boleh bercakap dengan semua binatang..special tu..~
ok, waktu Nabi Sulaiman di kota Yamen, selepas penat berjalan dari Baitulmaqdis, Nabi Sulaiman memanggil burung hud-hud untuk mencari air di kawasan itu sebab sekeliling tu tak ada langsung air..mesti penat kan berjalan dari jauh..~
tetapi, burung hud-hud tak datang pun dekat Nabi Sulaiman..Nabi Sulaiman agak marah sebab burung hud-hud tu tak menjalankan tugasnya untuk Nabi Sulaiman dan mengancam nak denda burng hud-hud tu bila Nabi Sulaiman jumpa nanti..

tiba² burung hud-hud tu terbang ke arah Nabi Sulaiman..
burung tu tunduk kepala sambil cakap dekat dekat Nabi Sulaiman..


“Aku telah melakukan penerbangan pengintaian dan menemukan sesuatu yang sangat penting untuk diketahui oleh paduka Tuan. Aku telah menemukan sebuah kerajaan yang besar dan mewah di negeri Saba yang dikuasai dan diperintah oleh seorang ratu. Aku melihat seorang ratu itu duduk di atas sebuah tahta yang megah bertaburkan permata yang berkilauan. Aku melihat ratu dan rakyatnya tidak mengenal Tuhan Pencipta alam semesta yang telah mengurniakan mereka kenikmatan dan kebahagian hidup. Mereka tidak menyembah dan sujud kepada-Nya, tetapi kepada matahari. Mereka bersujud kepadanya dikala terbit dan terbenam. Mereka telah disesatkan oleh syaitan dari jalan yang lurus dan benar.”

bila Nabi Sulaiman dengar apa yang burung hud-hud tu cakap, terus dia maafkan burung hud-hud tu..
lepas tu Nabi Sulaiman menulis surat dan menyuruh burung hud-hud ni bagi dekat ratu di Saba tu..

hud-hud terbang balik ke istana Ratu Balqis tu dan jatuhkan surat tu betul² depan muka dia..
Ratu Balqis sangat marah sebab rasa dirinya tak hormat langsung..dia pun dongak ke atas ingin mengetahui dari mana surat tu datang..
Ratu Balqis pun buka surat tu dan baca..
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang, surat ini adalah dariku, Sulaiman. Janganlah kamu bersikap sombong terhadapku dan menganggap dirimu lebih tinggi daripadaku. Datanglah sekalian kepadaku berserah diri.”


lepas dia baca surat tu, terus dia panggil pembesar nak bincang pasal surat tu..tetapi, pembesar dia kata yang diorang dididik untuk berperang dan bertempurdan bukannya dididik untuk berfikir atau menjadi perancang untuk Ratu Balqis tu..
diorang kata diorang ikut saja apa yang diperintah Ratu Balqis tu sebab dia pemerintah dekat situ..

dalam lirik nasyid Balqis (in-team) ada tulis yang Ratu Balqis ni bijak..
hurm, dahsyat ek..

jadi, si Ratu Balqis ni rasa sangat takut yang Nabi Sulaiman serang kota dia..dia tau yang Nabi Sulaiman ni ada banyak kawan² jin yang kuat dan macam² lagi..Nabi Sulaiman juga bijak.!!
so, sebab takut kota dia hancur, Ratu Balqis pun rancang nak bagi hadiah untuk Nabi Sulaiman..
dia rasa yang Nabi Sulaiman ni akan lunak hati bila dapat semua harta² yang yang berharga tu..

burung hud-hud yang jadi pengintai untuk Nabi Sulaiman dengar apa yang dirancang Ratu Balqis..
terus burung hud-hud ni report dekat Nabi Sulaiman..

bila utusan Ratu Balqis tu sampai dekat Sulaiman, Nabi Sulaiman sambut dengan baik sekali..
ramah-tamah..
tetapi, Nabi Sulaiman suruh utusan Ratu Balqis bawa balik semua hadiah tu dan Nabi Sulaiman kata..



“Katakanlah kepadanya bahawa Allah telah memberiku rezeki dan kekayaan yang melimpah ruah dan mengaruniaiku dengan karunia dan nikmat yang tidak diberikannya kepada seseorang dari makhluk-Nya. Di samping itu aku telah diutuskan sebagai nabi dan rasul-Nya dan dianugerahi kerajaan yang luas yang
kekuasaanku tidak saja berlaku atas manusia tetapi mencakup juga jenis makhluk Jin dan binatang-binatang. Maka bagaimana aku akan dapat dibujuk dengan harta benda dan hadiah serupa ini? Aku tidak dapat dilalaikan dari kewajiban dakwah kenabianku oleh harta benda dan emas walaupun sepenuh bumi ini. Kamu telah disilaukan oleh benda dan kemegahan duniawi, sehingga kamu memandang besar hadiah yang kamu bawakan ini dan mengira bahawa akan tersilaulah mata kami dengan hadiah Ratumu. Pulanglah kamu kembali dan sampaikanlah kepadanya bahawa kami akan mengirimkan bala tentera yang sangat kuat yang tidak akan terkalahkan ke negeri Saba dan akan mengeluarkan ratumu dan pengikut-pengikutnya dari negerinya sebagai- orang-orang yang hina-dina yang kehilangan kerajaan dan kebesarannya, jika ia tidak segera memenuhi tuntutanku dan datang berserah diri kepadaku.”


bila Ratu Balqis dengar apa yang disampaikan kepadanya oleh Nabi Sulaiman, terud dia fikir nak menyerah diri dan jumpa Nabi Sulaiman di istana Nabi Sulaiman..
Nabi Sulaiman berhasrat nak menunjukkan dekat Ratu Balqis tentang kuasa ghaib yang Nabi Sulaiman ada dan nak gitau dekat Ratu Balqis yang ancaman dia bagi tadi dekat Ratu Balqis bukannya ancaman kosong..

lepas tu, Nabi Sulaiman terus tanya dekat jin² dia siapa yang sanggup bawa tahta Ratu Balqis sebelum Ratu Balqis datang menyerah diri dekat Nabi Sulaiman..
bergaduh lah geng² jin ni nak melaksanakan tugas masing²..
mula² jin Ifrit kata, dia sanggup bawa tahta tu sebelum Nabi Sulaiman sempat bangun dari tempat duduk Sulaiman..
tetiba ada lagi seekor jin kata dia dia boleh bawa tahta tu sebelum Nabi Sulaiman sempat memejamkan mata dia..

tup..tup..dah ada pun depan mata Nabi Sulaiman tahta Ratu Balqis..
subhanallah.!!
dalam menunggu Ratu Balqis tu sampai, Nabi Sulaiman menyuruh jin² dia modified sikit istana tu..
nak btul² gempak..!!

bila Ratu Balqis sampai dekat Nabi Sulaiman, terus Nabi Sulaiman tanya Ratu Balqis..
Nabi Sulaiman : Serupa inikah tahtamu.??
Ratu Balqis : seakan-akan inilah tahtaku sendiri..
Ratu Balqis : macam mana tahta ku ada di sini.??padahal waktu keluar dari istana tadi, masih lagi dekat situ.. *dalam hati*

Ratu Balqis berasa amat hairan macam mana lah tahta dia boleh ada dekat sini..dia betul² yakin waktu dia bertolak dari Saba tadi, istana dia still ada dekat situ..
Nabi Sulaiman pun membawa Ratu Balqis masuk ke dalam istana tu..
lantai dan dinding dalam istana tu semuanya diperbuat daripada kaca..
Ratu Balqis mengangkat pakaiannya bila dia lalu di atas lantai..
dia ingatkan ada arus air, jadi dia pun mengangkat sedikit pakaian dia hingga ke atas betisnya..takut² air itu akan membasahi pakaiannya..

berkata Sulaiman..


“Engkau tidak usah menyingkap pakaianmu. Engkau tidak berada di atas kolam air. Apa yang engkau lihat itu adalah kaca-kaca putih yang menjadi lantai dan dinding ruangan ini.”


Balqis sedar kelemahan dia terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah yang ditunjukkan Nabi Sulaiman kepadanya..


“aku telah lama tersesat berpaling daripada-Mu, melalaikan nikmat dan karunia-Mu, merugikan dan menzalimi diriku sendiri sehingga terjatuh dari cahaya dan rahmat-Mu. Ampunilah aku. Aku berserah diri kepada Sulaiman Nabi-Mu dengan ikhlas dan keyakinan penuh. Kasihanilah diriku wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.”

message 1 : fuh, dulu saya tak tahu pun cerita sebenar pasal Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ni macam mana..waktu cuti ni lah saya baru tau..haha..itupun, nasib baik sebab boring sangat tak tau nak buat apa, terus cari dalam internet pasal kisah ni..dari dulu lagi nak tau pasal cerita ni, tapi ntah, syaitan ni hasut kuat sangat sampai lupa + malas..hehe..
message 2 : ouh ya, apa yang ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi kata, akhirnya Nabi Sulaiman berkahwin dengan Ratu Balqis dan lahirlah seorang putera..apa yang Maharaja Ethiopia Abessina kata, dia adalah keterunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkahwinannya dengan Balqis..Wallahu alam..
message 3 : sorry, entry panjang..~

mama.. umi.. emak.. hanji.. amma.. muqing.. ibu..

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

biar apa pun yang kita panggil ibu kita...bacalah ..so touching...terasa kekurangan masa untuk mereka..mak maaf kan kami

* ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

* apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

* menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

* ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

* berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.

* setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : "tak nak! tak nak!"

* apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.

* menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

* ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

* berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

* apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen

* menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

* ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menelefon pun.

* berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

* menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke ipta,kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

* ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

* berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istemewa,kita kata, "itu bukan urusan ibu."

* setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, "saya tak mahu jadi seperti ibu."

* apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan?. "perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!"

* menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "ibuuu, tooooolonglahhh?."

* ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

* pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata," itu dulu, sekarang zaman moden."

* ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata, "kami sibuk, tak ada masa nak datang."

* apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa kita yang menjadi beban kepada anak-anak semdiri.

* dan kemudian suati hari, kita mendapat berita ibu meninggal! khabar itu bagaikan petir! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

jika ibu masih ada, sayangi dia. jika telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya. sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.

balasan tak mandi hadas...

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Sedikit pedoman buat tatapan. Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut. Selepas dikapan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat di kebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun,kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya. Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk menggali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut.. Sebaik saja tanah ditimbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu. Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan "mandi hadas" setiap kali selepas melakukan persetubuhan. Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam Islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah azabnya tak kurang pedih dan kalau nak rasa ...sila-silakanlah. ......