Pages

skeleton setadi

bayangkan apabila anda tidak faham satu apa pun yg diajar dalam lecture hall, dan anda mnjadi sparuh mati akal sbb tak faham langsung apa yang lecturer kat depan mencarut mengajar..
apabila anda balik setadi sendiri dalam bilik berbekalkan glucose sikit2 utk otak, dan tiba2 anda berbisik

"ouh, macam ni ja ka.???just a piece, piece of cake.!!"

melompat2nya hati ni pabila apa yang anda belajar, mudah difahami..~ *ya.!!hati aku melompat2 dalam abdomen aku.!!hahaha*
ibarat memahami bahasa kucing bertutur sesama kucing..

"meow" dalam bahasa kucing bermaksud "alhamdulillah, saya paham"

sejak kebelakangan ni aku mnjadi sgt mengantuk..di mana2 pun aku brada, trasa mata nak lelap jaa..berat mata memandang, berat lagi badan aku nk jatuh tertidur.. XD

dalam lecture hall mngantuk *normal bg stiap student*

dalam bilik mengadap buku pun mengantuk *normal jgak bg studnt ni*

dalam bilik atas katil *mmg normal bg semua manusia*

dalam jamban *erk..aku sorang ja kot.. =.="

tp, bila bukak fesbuk, tak mngantok pulak..ahak..~
nnt suruh doctor2 msukkan subject baru dalam silibus medic.. -----> FACEBOOK.!!
then only studnt can pass their exam...........




with flying colours...........100%.!!!! weeeehhhhhoooooooooo *stop dreaming lah mgt.!!



tadi belek2 buku biochem..ouh, my feveret!! *sarcastic*
then trjumpa satu ayat ni..

"elevated concentrations of ammonia in the blood cause the symptoms of bla..bla..bla....somnolence....bla..bla....."

nmpak tu.?? SOMNOLENCE.!!
adakah darah aku mempunyai ammonia terlebih.??hyperammonemia.??
x ape, nnt aku donate darah aku kat org lain..x adil kalau aku sorang je ada hyperammonemia ni..hahaha.. *baik kan saya.??*


*comel kan saya tgh setadi.??*



notakakiberbulu : Somnolence (or "drowsiness") is a state of near-sleep, a strong desire for sleep, or sleeping for unusually long periods (cf. hypersomnia).
*sumber : syeikh wikipedia*


distraction.!

its 1.27 a.m in the morning, and im still here, sitting in front of my lappy with some printed slide notes..and facebook tab still open.!!haha..

i'm addicted to facebook lately.!!oh my gosh.!!wut am i supposed to do.?!

IGNORE FB.?!

BUKAK ONCE A DAY.?!

USHA2 but NO comments or chat on FB.?!

DEACTIVATE.?!

BUAT MCM BIASA.!!







i prefer......
BUAT MCM BIASA..haha..fb syurga stalk.!!erk..~ =.="

damn, i started reading my biochem slide notes on 9p.m..till now, i manage finished it only 4 slides.!!WTH.!!what taking me so long to digest all these facts.?!crazy or what.??

this is all because of FACEBOOK........FACEBOOK.!!! *yes.!!i'm blaming u facebook.!!*


not to blame only FB, TWITTER also make me not to focus on these biochem.!!

btw, i hate BIOCHEM..TEEEHEEEE..~

new look

changed my layout..and ouh yeah, my link oso.!!

new life in MAHSA, so everyting need to be new.!!forget d past *altough i will keep on writing wut happened in the pass..haha*
gosh.!!many things had changed my life in just not more than a year..saya mnjadi smakin penyayang, baik hati, tolong menolong orang, tak suka mencarut..and..and..suka menulis blog.!!
*ok, itu smua tipu..fakta2 di atas, sila antonimkan..tq*

notakaki : wth tetiba aku nk tulis blog.!!biarkan.!!aku sorang je boleh baca.!!ahaha..nnt aku availablekan balik blog aku..
*tp, bolehkah diorang nk cari blog aku.??dgn nama baru..link baru..tmplate baru satu lg..nv mind..let them search for me later..ahakz...*gelak gedik*

mari bersunat.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

terkenang ketika mana suatu ketika dahulu, aku bersunat..kadang² rasa best jugak kembali ke zaman kanak²..
hidup senang lenang..makan masakan mak selalu..tengok tv..tak payah belajar teruk²..tak kena buang kolej......~ =.="
tapi, kat sini bukan nak cerita zaman aku bersunat..PRIVATE & CONFIDENTIAL cerita aku..ngeh..~

semalam, aku dan juga geng² sunathon KUSPEC pergi berlakon menjadi tok mudim kat Petaling Jaya..seronok apabila melihat kanak² seusia 5 tahun ke 9 tahun bergembira mandi beramai² sebelum proses berkhatan dilakukan..terasa jugak nak join diorang ni bermandi-manda..time aku kecik² dulu, x de pun mandi ramai² macam ni..mandi sorang² je dalam bilik air..
*oooopppss,tercerita plak private & confidential saya..nv mind*


tetapi, tak lama pun diorang gelak² ni..nanti bunyi gelak² tu akan berubah tone..~ menjadi sedih............
hahhahahahhaha.. *gelak jahat*

ok, stop cerita pasal sebelum sunat..
sekarang nak cerita pasal budak ni.................


*budak di atas tidak ditunjukkan muka atas sebab² tertntu..*
tengok apa yg budak ni tgh buat..bergayut dekat grill pintu masjid..haha..
kelakar jgak bila aku sndiri tgk bnda ni..

apa yang ayahnya cerita, budak ni dah pun disuntik ubat kebas..tetapi tiba² je dia kata dia nak buang air kecil..
so, dia pun pergi lah tandas..tapi, dia ni pergi tandas lama yang amat..sangat-sangat lamaaaaa..~

rupa²nya, dia pergi tandas sebab lain..takut nak bersunat..haha
puas dah pujuk² nak bawa pegi bilik..bilik..bilik pembedahan kot orang panggil..tak tawu bilik tu nama apa..
tapi, budak ni menjerit-jerit tak nak pegi..

nasib baik faisal ada idea yang boleh jugak arr nk diguna pakai..tunjuk jarum kat budak ni, then cakap..

"kita sunat kat sini ja lah.."
*sila bayangkan seorang doktor muka yang sangat ganas sambil senyum menampakkan gigi yang bersinar memegang jarum menunjuk² di hadapan budak nakal*

terus budak tu lepas grill tu then lari masuk toilet..
hazwan terus kejar budak tu then tangkap lah dia dalam toilet tu..aku dah nampak budak tu jatuh, terus masuk toilet then pegang kaki budak tu..

DUSH.!!!!!!!!

tepat betul² kat muka aku dia tendang aku..
terpelanting spek aku..
mula² lepas kena tendang tu..rasa macam blurr sikit..then kengkawan yang lain terus masuk angkat budak tu..
lpas tu ok sikit...~
spek tu ntahlah, org² lain dah pijak kot..kelam kabut time tu..haha
bengkok sikit je spek tu..ngeh..~

time usung dia nak bawa pegi bilik bedah, budak ni menggelupur..
memang mencabar gila.!!
sambil menggelupur tu..laju je kepala budak ni gerak² nak cari mangsa nak gigit..
hahaha

last² dapatlah jugak dia ni gigit salah sorang yang usung dia ni..
FAKHRI.!!! *mangsa digigit*
mujur aku carry dia pegang bhgian pinggang dia ni..haha
lebam lah jugak tengok tangan fakhri kena gigit..ngeh.~
dah smpai kat bilik bedah..tenang²kan budak tu..then alhamdulillah berjaya disembelih disunatkan,. ^^

*******

lain budak, lain ceritanya..
selalu kteorg ni masa praktis, tak lah takut sangat..macam rilex je praktis memotong, menjahit, and semua² tu lah..
tapi, bila kita nak buat betul² dekat badan manusia, pelbagai rasa ada..ketar, menggigil, tak yakin...~

sambung balik..
lepas aku menyuntik sorang budak ni, aku pegang² bahagian ke*alu*n dia tu..nak test sama ada dia dah kebas ke belum..
kalau dah kebas, then baru start proses menyembelih menyunat..

time ni orang ramai keliling budak ni..pakat² nak tengok macam mana proses tu dibuat..
aku ni pun, habis control segala pergerakan aku, percakapan aku and kalau boleh, semua nak control, takut² nanti orang macam tak percaya kat aku nak buat proses² tu..haha..

aku : adik, ada rasa apa² tak lagi.?? *sambil pegang² bahagian ke*alu*n dia*
adik : hmm..rasa..~
aku : adik rasa macam mana.??sakit.??atau rasa mcm abang pegang je.??
adik : hmm..rasa lagi..~
aku : a'ah, adik memang rasa..tapi, rasa macam mana.??sakit tak.??
adik : erk..rasa getar² je...~
aku : =.=" *aduh, kantoi tangan aku ni menggeletar.......~*

then, orang sekeliling aku start gelak..durhhhh..~



message 1 : ni sunathon yang last aku join..lepas ni, ntahlah ada harapan ke tak lagi nak join sunathon dekat kolej lain..
message 2 : sebelum ni ada jugak join sunathon..tapi, x lah se extreme macam ni..sampai kena tendang, gigit macam nak tercabut kulit..haha..
message 3 : prof latiff pernah bagi tahu..menyunat ni nak membersihkan kemaluan seseorang itu, so sah lah segala solat yang ditunaikan tu..bayangkan seseorang itu, yang telah kita sunatkan dia, menunaikan solat dengan sah sepanjang hayatnya di muka bumi ni, insyaAllah pahala kita akan dapat jugak sebab membantu seseorang itu membuang segala kotoran ataupun najis supaya sah amalan solatnya..wallahualam

kasih sayang itu titi..~

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Kem PPD yang diadakan 3 hari lepas sangat bermakna bagi kesemua pelajar KUSPEC yang akan dibuang dipindahkan ke kolej lain..
walaupun hanya 2 hari sahaja kem itu diadakan, kami kenal makna kasih sayang antara kami semua..
walaupun hanya tinggal 4 minggu sahaja lagi sebelum kami semua membawa diri ke kolej lain, namun, kasih sayang yang tersemat dalam diri kami tak akan hilang walaupun berjauhan..

Rasulullah saw. bersabda, “Man laa yarhaminnaasa laa yarhamhullaah” Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya. (H.R. Turmudzi).


ada satu part yang amat aku suka dalam kem ni..
'Jambatan Tergantung'


jambatan ni kami kena lalui sebelum ke kawasan flying fox..
apa yang mencabar ketika naik jambatan ni ialah kami kena berjalan hanya di atas satu tali aje..
sememangnya jambatan tu amat mencabar sebab bila ramai orang yang naik, nanti jambatan tu akan bergetar..tak tahu sebab apa.. =.="
bila sampai di penghujung jambatan tu, kawan² pun bagi pendapat masing² pasal jambatan tu..

"kaki aku ketar gila.!!"

then, baru terfikir..patutlah bergoyang jambatan tu..haha.. =P

*********

dalam perjalanan atas jambatan tu, tetiba hati berbisik..
macam mana keadaan di akhirat nanti apabila kita nak lalui titian Siratul Mustaqim sedangkan titi atau jambatan yang dilalui di dunia apabila bergoyang, dah rasa sangat² takut..~

Berdoalah kepada Allah S.W.T. semoga kita menjadi kumpulan pertama yang melintasi siratul mustaqim bagai kilat memancar



SELAMAT HARI IBU.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

setiap kali bangun pagi, mataku pasti melihat jam handphone..setakat pukul 10 pagi tu, rasanya awal lagi bagi aku di minggu cuti ni..haha.. *gelak jahat*
tapi, pagi tadi, adik aku gerak..dua tiga kali jugak, tapi, hati ni dok cakap :

"aiseh, malam ni nak bertolak balik cyberjaya dah..aduhh..sayangnya nak tnggal katil sedap ni.."

so, mcm biasa, truskan perjuangan di alam mimpi..yeeehaaaa..~

tepat jam 10.59 a.m..seminit lagi nak pukul 11..aku pun bangun..
macam biasa, bangun pagi, benda first yang aku akan tengok selepas tengok handphone, FACEBOOK.!!! <------ nak tengok isu semasa kawan² apa dah berlaku dekat diorang di pagi² buta ni.. *pagi² buta lah sangat..matahari nak terpacak atas bumbung rumah dah...~hoho*

ni apa yang terpancar *ceay,terpancar..~* dalam skrin laptop aku..


HOYEEAAHHHH.!!!MOTHER'S DAY.!!
dan aku di atas katil masih lagi bertemankan bantal, tilam and..and..and laptop.!!
ouh, apa dah berlaku.!!aku hampir terlupa.!!ngahahahaha... *kejam punya anak*

then teringat plan kakak dengan syuhada dua hari yang lepas..kata nak beli kek, then celebrate sama²..
waaahhh..mesti hari ni hari paling best...
tapi..tapi..~

aku masih lagi di atas katil.!!! =.="

zzzuuuupss..terus bersiap..~
turun bawah..tengok kat dapur, mama tengah dok prepare lunch..
ouh, adakah aku terlambat.? *yaa.!!memang terlambat.!!*

tngok kakak dok tololong mama dok prepare makanan..muka serius jaa..
tetiba mama tanya...~

"siapa nak ambk adik hafiz kat tuisyen.?!"

ouh.!ouh.!!ni peluang terbaik ni nak keluar pergi beli kek.!!
tak fikiaq panjang dah..trus jawab..
aku : wan pi ambik satgi.!!pukul brapa dia keluaq.??
mama : 11.45
aku : orait...~

*****

dalam kereta dengan adik hafiz:

aku : hafiz.!!nak beli apa kat mama.??mothers day..~ *saja² tanya..*
hafiz : erk, ntah..~
aku : hafiz rasa benda apa best nak bagi kat mama.??
hafiz : erm,tak tau...
aku : =.="
hafiz : beli ayam lah, bagi kat mama..kita pi market..~
aku : aduhhhhhhh..~ jomlah teman abg ngah beli kek kat kedai..bagi kat mama..ok.??
hafiz : erm..jom.!!!!


*memang tak matang.!!*

dah beli, then satu hal lagi berlaku...~
tak plan macam mana nak buat surprise kat mama..alamak..alamak..macam mana nih.??
tak kan nak jual balik kat kedai..

sekarang, aku ikut plan hafiz pulak, budak tak matang :

tinggal dulu dalam kereta, then bincang lain dengan kakak, asyraf dgn syuhada..

masuk rumah..tengok kakak tengah prepare barang² nk buat kek..

aku : aik.??awat nak buat kek.??
kakak : mama suruh..
aku : aduh...macam mana ni..kek dah beli..~

biasalah mama, tiap² kali hari last sebelum aku balik, mesti mama nak buat makanan sepcial untuk anak dia ni..
tapi, kali ni, anak dia pulak nak buat special..haha

teruih panggil kakak naik atas..bincang kat atas macam mana..
bincang..bincang..bincang..SETTLE.!!!
kakak pun turun bawah balik..

aku suruh syuhada turun pi lari ambk kek dalam kereta..
kakak pula ready kat bawah..
kek dah bawa masuk dalam rumah..
then, kakak pun beraksi.!!
kakak : mama.!!!!kek dah siap.!!!
mama : buat lah kek tu.!!!siap apanya..
kakak : laaaarrr..dah siap dah.!!!
mama pun keluaq dapuq..pi tengok atas meja makan..

"waaahhh..anak mama.!!!terima kasih banyak².!!!"

tapi, time tu, kek dalam kotak lagi..tak bukak lagi kotak tu...
pastu suruh mama buka..
JENG.!!JENG.!!JENG.!!





nampak atas kek tu ada signboard apa.??
HAPPY BIRTHDAY.!!

ouh, spoil.!!ni mesti akak pekerja kedai kek tu silap letak..
tapi, mama kata..tak apalah..mama faham...
hoho..~

then bermulalah sesi bergurau senda..ahak..~

HAPPY MOTHER'S DAY yeaa..~
I LOVE YOU.!!

message 1 : nanti abah pulak..plan cara lain pulak..father's day.!!
message 2 : happy mother's day untuk semua ibu2 kat dunia ni yeah.. =)
message 3 : syurga di bawah tapak kaki ibu..kan.??kan.??

colgate.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

zaman budak² memang sesuatu yang tak dapat dilupakan..
tapi nanti bila dah tua, nyanyok, terlupa jgak..
*sebab tu nak tulis dalam blog ni takut nanti tetiba terlupa..haha*

ketika aku sedang menggosok gigi dengan kakakku di dalam tandas.. *time tu kecik lagi, x dak hal lah aku dgn kakak aku dalam tandas..gosok gigi ja pun..~*
sedang aku memerhati cermin tandas..tiba² aku terasa macam nak jenguk ja kat luar pintu tandas..
kebetulan time tu pintu bilik tidur 1 and bilik hujung terbuka luas..

*time tu rumah aku ada 3 bilik : bilik master kat depan skali, bilik tidur 1 (bilik tidur aku dengan kakak aku) and bilik hujung (bilik stor)..bilik tidur 1 dengan bilik hujung memang parallel dengan tandas rumah aku*

*sambung balik..* mata still kabur2 sebab nak tidur dah..
pejam celik..pejam celik..pejam...pejam..celik..pejam..
tiba² hati berbisik "tengoklah depan pintu bilik tidur 1 dgn bilik hujung"
tanpa segan silu, mata yang melekat kat muka ni pun tengoklah kat depan dua² pintu bilik..

mata pun berkerut² nak tengok sebab instinct tu macam ada sumting..
sekali kerut mata dengan dahi tu..tup..tup............~
nampak macam ada orang gosok gigi sambil sua kepala keluar pintu bilik..
mata dengan dahi terus berkerut..air liur detelan..gulp..sekali dengan colgate aku telan....~

terus aku bagi tahu kakak aku..ada nampak macam ada orang tengah gosok gigi kat depan pintu..
kakak aku pun berkerut juga mata dia..dengan dahi dia skali berkerut juga..
tapi dia kata dia tak nampak apa²... *hoho.!!dahsyat kan aku boleh nampak hantu...............GILA.!!*

terus kakak aku suruh aku tutup lampu tandas dengan pintu tandas..
gila kan.??dahlah nampak hantu..pi berkurung dalam tandas,.lepas tu tutup lampu pulak..memang SMART arhhh..tapi tak pa, time tu tak matang lagi..........~

then, kami pun sama² menjerit panggil mama..
dalam masa yang sama kami dok menjerit panggil mama, asyraf *adik aku* menangis tersesak-esak kat dalam bilik master..time tu asyraf baby lagi..comei lagi..sekarang...ermmmm..handsome sikit..heh..~
mama apa lagi, nak handle asyraf yang tengah menangis macam nak sesak nafas tu dahlah susah..kami pulak dok menjerit panggil mama dalam tandas..
mama lari dekat tandas kami dok, pastu marah.. =.="

sebab mama pun tak tahu apa yang berlaku lagi..
on the spot, kami cerita kat mama apa kami nampak, terus mama bawa kami masuk tidur bilik master sekali.. *yeay.!!*

kebetulan time tu abah ada kat Jepun..memang drama arr malam tu..
esok tu, panggil orang baca Yaasin dekat rumah..
memang betul kot malam tu rumah kami ni kena kacau..tiba² je asyraf menangis teresak², lepas tu, kami pulak nampak benda yang tak sepatutnya..hmmmm..~

........

sekarang rumah yang kami duduk tu dah disewa dekat orang lain..
baru² ni pun, dapat news kata rumah tu ada nampak macam ada sumting yang selalu main² dekat tali wayar TNB atas rumah..
gerun rasanya nak balik rumah tu..ngeh..~

nantilah nak suruh benda tu pi jalan² kat c..u..c..m..s.. pulak.. *oooppsss, benda sensitip*




message 1 : meremang aku nak tulis entry tengah² malam buta ni..
message 2 : ada sambungannyaaaa..~
message 3 : takut kat ALLAH ya kawan².. =)

habes cerita.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

saya officially dah dikeluarkan dari Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (KUSPEC) *sedap jgak nama ni* ataupun lebih dikenali dgn C..U..C..M..S....................~

macam² berlaku dalam masa 6 bulan start dari bulan November tahun lepas..*first time pihak kolej umum nak buang kurangkan student* yang membuatkan saya sendiri memang dah tak tahan sangat² dengan perangai kolej ni..
tapi, apakan daya, tahan atau tak tahan, memang kena hadapi juga benda bodoh ni..

ingat lagi first time kolej umum senarai nama nak student yang nak dibuang dikeluarkan, parents pun datang..dengan membawa sepanduk, senapang gergaji, parang dan sebagainya, maka, berlakulah peperangan antara pihak kolej dan parents..ok, saya tipu.!!
tak ada pun sepanduk, senapang gergaji, senapang dan sebagainya tu..tapi perang² tu ada lah..perang mulut.!!
parents kami sangat hebat, hanya berbekalkan segala ilmu yang ada di dada untuk mempertahankan kami..ouh, terharunya saya... T_T
tetapi, senarai nama tu ditarik balik sebab parents suruh..ouh, skali lagi terharu..T_T
sebab..sebab..nama saya tersenarai dalam tu.. *malu² kucing*

ouh ya, kolej janji tak nak keluarkan list nama lagi, dan student dibenarkan belajr hingga habis first year..ouh, skali lagi terharu dengan apa yang parents lakukan.. T_T
kolej JANJI lagi tak nak bagi tahu any bad news kepada student, melainkan semua bad news yang kolej akan umumkan akan diberitahu kepada parents dulu..

pernah dengar janji melayu.??mesti pernah kan..so, JANJI yang telah DIJANJIKAN sekadar JANJI dekat mulut orang yang BERJANJI iaitu JANJI tidak lagi dijadikan sebagai JANJI di mana JANJI yang telah diberitahu dilanggar.........~

list sekali lagi dikeluarkan, and bad news tu, first² skali diumumkan kepada student.. *ouh, indahnya dunia~*
berlakulah jiwa kacau dalam pelajar² ni..ouh ya, dengar cerita ada kawan saya campak kerusi dari third floor terus ke bawah dekat kawasan rumah dia..dahsyat kan.??
mula² nama diumumkan and diberitahu nama² ni kena keluar dari kolej ni, saya rasa ini hanya sekadar gurauan yang kolej selalu buat..haha..sebab dalam hati terfikir, nanti mesti parents datang, maki² kolej, lepas tu nama ditarik balik, lepas tu student akan belajar macam biasa balik..
tapi, kali ni, bukan gurauan lagi..ini memang betul² punya..memang senarai nama yang diumumkan WAJIB keluar dari kolej ni..tak adenya hukum sunat ataupun harus dalam kes ni..WAJIB.!!
durhhhh.~ *jiwa kacau*

dipendekkan cerita, saya memang bukan lagi student KUSPEC ni..
insyaAllah JPA akan transferkan student² JPA yg tersenarai dalam list tu ke AUCMS,Penang..tapi, kena start balik medical course dari first year..
bermakna grad lambat setahun daripada sahabat² dekat KUSPEC ni.. *ada hikmahnya tu..sabar..sabar...~*


message 1 : erm, panjang lagi kalau nak diceritakan, tapi, nanti² lah sambung cerita..kalau nak tahu detail lagi apa berlaku dekat student² KUSPEC yang kena buang transfer ni, just google blog, then macam² boleh tawu pasal KUSPEC ni..haha.. *best plak guna nama KUSPEC ni.. =P*
message 2 : masuk AUCMS bulan September..tp, skrang ada special kelas apa ntah..so, roh and jasad still berada kat KUSPEC lagi..
message 3 : thanks kwn² yang tak putus² bagi nasihat and tolong ketika saya down motivated..thanks byk².. =) *sin toun banyak tolong..thanks.. =)*

ujian adalah tarbiyah dari Allah 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

kita yang merancang, Allah yang menentukan..

selalu kan kita tengok dalam tv, internet ataupun majalah, orang tu plan nak ambil gambar paling stylo sekali yang pernah dia ambil..tetapi bila dah publish gambar tu, tiba² ternampak ada lembaga dalam gambar tu yg nak join juga masuk sekali..wuuuuuuu...~seramkan...
tapi, sekarang bukannya saya nak bercerita pasal hantu..lupakan.!just introduction.. *bajet stylo..haha*

mungkin ada yang tahu mengenai masalah yang dihadapi sebuah kolej perubatan di Malaysia ni, mungkin juga ada yang belum tahu apa sebenarnya masalah yang dihadapi kolej tu..dan apakah nama kolej tu..kan..kan.??
rasanya kalau tak bagi tahu pun, boleh juga kot korang tahu..
p/s : trylah scroll bwah tengok dekat bahagian list blog tu, ada nama kolej saya..oooppss..tersilap bagi tahu..haha..never mind.. =P

ok, beginilah ceritanya..kolej tu menghadapi masalah tak dapat akreditasi daripada MMC..
disebabkan oleh lebihan pelajar yang bercurah-curah dalam batch saya sendiri..sepatutnya, satu batch boleh ada 150 orang student sahaja, tetapi apa yang berlaku..jumlah batch saya 236 orang..

236 - 150 = 86

bermaksud, ada 86 orang yang lebih.!! *erk, boleh tahan arr..*
so, dah bermacam² usaha dah dibuat pihak kolej nk kurangkan student jadi 150 orang sahaja satu batch..
ada yang pindah ke kolej lain, yang tangguh pembelajaran masuk batch seterusnya dan...dan..yang tu aje kot.. =.="
so sekarang yang tinggal dalam batch saya hanya 222 orang.. *cantikkan number tu..haha*

dipendekkan cerita, kolej telah pun mengeluarkan senarai nama pelajar yang perlu dikurangkan supaya mencapai target 150 orang sahaja dalam batch saya ni..
tup..tup..nama saya termasuk..alahai,...~

tapi, kolej tarik balik semua senarai nama tu dan batalkan cadangan yang telah dibuat untuk semua pelajar lebihan tu..alhamdulillah..~

dipendekkan cerita lagi...
semalam pihak JPA jumpa semua student² tajaan JPA..dan apa yang terjadi ialah pihak JPA bagi 2 pilihan kepada pelajar tajaan untuk membuat pilihan..
iyelah, kiteorang tak boleh nak ikut apa yang kolej arahkan sebab yang menaja kiteorang JPA, so macam agak susah sedikit kalau nk buat keputusan sendiri tu..
ouh ya, 2 pilihan tu..
1. tukar kos ke pergigian ataupun farmasi
2. tukar ke kolej lain dalam bidang perubatan juga
abah ada cakap, kalau JPA bagi green light untuk keluar dari kolej, memang abah nak bawa keluar terus..
jeng..jeng..jeng..JPA dah bagi choice boleh keluar kolej tukar ke kolej lain...

tetapi...

hanya untuk pointer 3.0 ke atas.....
erk, saya ni tak lah sehebat pointer di atas tu..heh.. *senyum kambing*
hmmm..bermaksud staylah saya dekat sini..

tetapi kan, kalau stay sini pun, belum tentu dapat akreditasi daripada MMC lagi..
apa yang saya takut, kalau tak dapat akreditasi, terpaksa student² kolej ni ambil exam yang dibuat khas MMC selepas grad nanti..
fuh, maksudnya, ada dua kali exam besar kena ambil sebelum dapat jadi doktor..

dan ini apa yang salah seorang lecturer cakap dekat saya selepas perjumpaan JPA semalam..

"ada student medic oversea from university yang tak dapat pengiktirafan MMC balik ke Malaysia, dan tak pass exam tu, terpaksa repeat semula first year"

whoa.!!dah lima tahun belajar, tetiba tak lulus exam, kena ulang semula dari first year.!!nauzubillah...~

so, sekarang ni, rasa macam serba salah..kalau ikutkan hati nak keluar dari kolej ni..tetapi tak boleh pula..
ouh, ya, waktu first² kolej umum pasal masalah ni, memang saya tak nak keluar langsung dari kolej ni, tetapi fikir² balik, rasanya better keluar daripada stay..h0h0..

hmm,apa² pun, apa yang dapat saya buat hanyalah berdoa kepadaNya agar semua urusan dapat dipermudahkan..
Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba² Nya..insyaAllah..

*smile*

message 1 : apa patut saya buat huh.??nak try minta keluar ke.??
message 2 : ujian..ujian...~

ujian adalah tarbiyah dari Allah 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana saya masih lagi diberi kekuatan dan keizinan untuk menulis post yang seterusnya. semoga kita semua berada dalam kemanisan iman hendaknya...

setelah hampir 3 bulan menyepi dalam dunia blog, akhirnya tergerak hati nak menulis semula apa yang tertinggal selama ini..
tetapi, kalau nak tulis semula start dari bulan November 2010 hinggalah sekarang, memang panjang ceritanya..

just apa nak ditulis hari ni adalah apa yang telah berlaku 3 minggu lepas..

saya accident.!!!!

stylo en.??!!
durhh..~alhamdulillah semua selamat dalam kereta tu..kecuali driver yang luka and kena jahit..
luka dekat siku 20 jahitan and kepala 8 jahitan..
yang dekat siku tu 3 layer pula; muscle with muscle, isi daging with daging (if i'm not mistaken larrh) and kulit and kulit..
kepala tak teruk sangat..just kepala hilang rambut sikit..botak tengah lah tu..haha..
ouh ya, driver yang dimaksudkan tu sayalah tu..h0h0..~

benda ni jadi time on d way from masjid besi nak balik cyberjaya lepas solat Jumaat..
memang tak bajet langsung nak jadi eksiden ni..sebab sebelum ni selalu pergi masjid besi n then balik rumah macam biasa aje..tak penah rasa nak terlibat dalam kemalangan macam ni pun..
tapi, kita kena ingat, kita yang merancang, Allah yang menentukan..kena terimalah qada dan qadar..

memang lepas eksiden tu sambil² MA tengah menjahit tangan and kepala tu, dalam hati saya ni hanya terfikir apa gunanya saya hidup lagi..
rasa totally give up..saya dah rosakkan badan saya..rasa useless yang amat.!!
asyik terfikir apa akan berlaku selepas tu..maybe semua benda yang akan saya buat tak akan terjadi lagi selepas nih..
tapi, alhamdulillah, banyak dapat sokongan daripada abah dengan mama and juga kawan², dapat lagi saya hidup macam biasa..
and apa yang penting, saya dapat terima apa yang telah berlaku..
alhamdulillah..~


"Ya Allah.... terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku."

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)

"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)



message 1 : alhamdulillah, kawan² lain yang ada dalam kereta tu semuanya selamat and tak ada yang luka² langsung..husen, ciwan and fakhri..
message 2 : ouh ya, kereta tu terbalik and then terbalik ke keadaan normal semula..saya tengok semula dekat tempat kejadian, kalau kereta saya tak terbalik, maybe kereta akan langgar pokok..and maybe situation akan jadi teruk lagi sebab kawan² dalam kereta tak pakai seatbelt..takut if diorang terpelanting keluar kalau terlanggar pokok..nauzubillah..~
message 3 : alhamdulillah saya pakai seatbelt..kalau tak, maybe saya terhantuk dekat besi kereta and benda yang buruk akan terjadi..
message 4 : ujian adalah tarbiyah dari Allah....~

mixed

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

ekceli pos kali ni tajuk nak letakkan 'open house 2'..tp, rasa mcm dah lambat..
n disebabkan lambat tu lah dah ada macam2 bnda dah jadi n rasa mcam smua nak sumbat dalam blog nih..
bila dah sumbat semua dalam blog ni, akan jadi terlalu compact n then orang malas nak baca n then blog akan kesunyian lagi..
so, saya tak sumbat smua..haha..

oklah, start minggu lpas, hari sabtu kot, 3 open house pergi skali gus..dahsyat kan.!!
first, pagi tu pegi rumah prof. Latiff buat BBQ ramai²..bez ouh, baju pun dah bau macam BBQ..h0h0..
then balik dari rumah prof trus ambk hussein dgn iwan ke KL pula sbb si fakhri ajak gi open house rumah dia pula..
beliau sgt beria² ajak kteorg ouh..mlm tu dia tnjukkan google map kat saya suruh pegi juga rumah dia..ikotkan x nak pegi, tp kesiankan kalau x pegi..
bayangkan nanti kalau kita jemput orang datang kenduri kawen kita n then orang x datang.. sediyh ouh.. *ouuuhhh, mengarut lg.!!*
lpas balik KL tu trus rush pula pegi rumah farah nabila dekat Sri Kembangan..whoaa.!!penat ouh..seharian open house..naseb baik badan x jd mcam house yg besar..haha..

tutup cerita minggu lepas..
skrang cerita minggu nih..
exam final physiology = masa x cukup.. *sudah.!!usah dikenang bnde lama.!!*

esok= Nike KL run..
my housemate punyalah semangt nak lari..petang dapat baju tu trus pakai n then bermulalah aksi² poyo kteorg bergaya dengan baju baru tu..
bes ouh..
tgh semngat² posing tetiba ada sorang kata..

"aku x pegi lari nanti..aku balik.."

*cool.!!!!!!gmbar dah ambil punyalah smnagat macam nak lari satu KL..last² x join..haha..stylo.!!*


open house 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

tepat jam 1:23 pm, telah pun masuknya waktu berbuka puasa bg diri saya sndiri yang tak tahan dengan nafsu open house sepang nih..haha..
CYBERJAYA buat open house ouh..!! *heaven!*

*ouh ya, jimat duit also.. ^^

asalnya, diri ini hanyalah berpuasa dan bertekad nak berpuasa smpai masuk maghrib..
tetapi, atas godaan syaitan yg sangat dahsyat, saya dengan senangnya telah ditumbangkan..erghhhh.!!
memang tak dapat nak lawan ouh..
so, after kelas 'case study' tadi *sangat tak best* , terus pegi makan dekat Cyberheight..ramai jgak yang datang dkat ctu..
makanan pun banyak gilerzz..bayangkan satay ayam dengan nasi impit, char koey teow, nasi yang sedap, ayam golekk..urrgggh,,memang mantap arrhh... *sila baca sambil menelan air liur*

tapi tak semua makanan saya makan, macam malas aje nak beratur panjang² nak ambil makanan..
so, mana yang saya tengok line macam ok je, tak panjang, beratur lah..baikkan saya beratur nak ambil makanan.??
*dalam hati rasa macam nak potong line aje*

time nak balik adelah ambil satu snap gambar..tp, kelam kabut sangat jadi mcm ni lah gambar :


tengah tulis entry ni, tetibe nampak mesej dekat dinding sebelah aje meja study saya.. *baru nak perasan..sediy ouh*



message 1 : minggu depan dah final exam utk block physiology..takout ouh..
message 2 : mana nak cari duit ni.??!!rasa macam nak minta sedekah tepi jalan je..uhuk.!!
message 3 : ngaha..i like the last word dlam note tu.. "Plz/Tolong" *saya baru aje tambah HELP! dkat ayat last tu..haha..sama jugak kan dengan maksud TOLONG*
message 4 : i hate GOSSIPS.!!!!

kolejku

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

sangaaaattt lamaaaa tidak menghapdate blog..
tp, tiap² kali buka internet selalu jgak mengusya blog saya nih...
cuma idea kering kontang nk tulis apa..effect drpd duit yg sudah kering kontang..*ada kaitan ke.??*


ouh JPA, cpatlah masukkan duit..kami² warga CUCMS dah banyak menelan duit mak bapak kami..
T_T

lupakan dulu.. =P
crita tentang MBBS.. ^^
since first day masuk MBBS dekat CUCMS ni, saya dengan berbesar hati mengumumkan saya mempunyai kembar...............

|
|
|
|
|
v

kembar nama.. =.="

nama sebenar saya = Mgt Ridhwan bin Mgt Husain
nama kembaran saya = Megat Ridzuan bin Megat Joha

whoa.!!sama kan.??!!!
igtkan saya sorang aje yang ada nama 'Mgt Ridhwan' dlm dunia nih..
skali nama sebutan pula yg sama..aduhhhh..tension hidup mcm nih..ahaha..

nv mind, asalkan saya kat sini, tetap saya Mgt Ridhwan yang foundation dlu..hahahahahah.. *gelak jahat*







*tak tawu nak tulis apa lg..idea ilang secara mengejut..bye..~*

foundation sangat best ouh..


saya suka orang macam ni.. ^^

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

sila bayangkan mata saya yang terbeliak mecari parking kereta depan kedai yang sangat popular..
2/3 kali saya pusing keliling bangunan tu...
at last..tak sia² saya membeliakkan mata saya yang merah tu..
dengan muka yang senyuman yang sangat besar, terus pusingkan stering kereta 180 degree..


tup..tup..
senyuman yang sangat besar tukar senyuman terbalik yang sangat kecil..
gara² sebuah motor yang sangat comel parking di tempat yang saya nak masuk..

comel kan motor tu.??
kotak parking untuk kereta yang sebesarnya boleh memuatkan kereta paling besar di universe ni telah pun diparking oleh sebuah motor yang sangat kecil dan comelnya..

saya pun terus turun kereta, mendekati motor yang COMEL tu lalu menyepak terajang motor tersebut dan mengangkatnya lalu menghempuknya dengan kuat sekali..
.ok saya tipu.
*ouh, indahnya imaginasi ^^*

mesti tuan motor tu fikir motor dia macam kereta kan.??
sebab tu dia parking motor tu dekat tempat parking letak kereta..tengah² pula tu..
stylo ouh..*kot..*

message 1 : ouh ya, tajuk posting kali ni sebenarnya salah sedikit..kesilapan teknikal..
message 2 : SAYA TAK SUKA ORANG MACAM NI.!!
message 3 : message 2 yang atas tu tajuk sebenarnya untuk posting ni..terima kasih.

baguss.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

tahniah MGT.!!anda telah berjaya membuat kerja last minute sekali lagi.!!
*macam menang award lah pula..*

sejak kau sekolah menengah sampai masuk Unibesity, perangai anda tetap kool..~
tetapi bertukar gelabah bila dikatakan kerja last minute..
and the result is :

saya : mama, mana wan punya lab coat.?? *nama panggilan saya wan ok..comel ouh*
mama : ada dekat atas tu, pegilah tengok..baru ja letakkan nila..
saya : mana.??x dak pun.. *dapat merasakan sumting yang x elok akan berlaku*
mama : ada atas tu..cari dulu..
*lagi dapat merasakan.................sumting x elok akan berlaku..........~*
mama : tu, sekali dengan baju sekolah adik..
saya : alamak, ni bukan lab coat, ni baju lain nih..*yeah, ten points utk feeling saya ni.!!sumting x elok memang jadi..erghh.!!*

H.I.L.A.N.G.

*sambil cari² lab coat..*

selepas 2 minit
*ta jumpa*

4 minit
*tak jumpa juga*

6 minit
*masih ta jumpa*

8 minit
"mama, baju kemeja wan dengan baju merah wan HILANG jugalah.!!!"


aiyaarkk, baru sedar, semua baju tu dalam satu beg plastik dan HILANG..

hilang..
HILANG..
H-I-L-A-N-G..!!
*sila baca dengan nada yang misteri...*

mama saya bijak ouh, terus dia call maksu yang ada dekat KL nak tanya pasal baju yang HILANG tu..
n my maksu replied:

"a'ah, ada dekat sini, satu beg plastik..tertinggal kat sini lah tu..*

terus saya sorok muka bawah sofa

mujur ada kan..kalau tak habis lah saya nak beli lab coat baru..dahlah mahal cantik..
lagi cantik kalau dalam plastik beg lama² x keluarkan..mesti jadi kuning..eeeewww..*please tolong jangan bayangkan*

ouh ya, tapi kerja last minute kali ni, saya maafkan diri saya sendiri..ahaa..
sebab saya dijangkiti virus mata ultraman..yehaaaa..!!! *pehal seronok.??bajet hero.??*
sakit mata ouh..

mula² hafiz yang bawa balik penyakit ni..
lepas tu berjangkit dekat saya..then abah..

sekarang mama..

gud job hafiz.!!berjaya jgak sebarkan virus tu..uhuk..~




message 1 : baru petang td dapat news seorang kawan dari PASUM kembali ke rahmatullah..al-fatihah..~

e'eh, lama dah ni..

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

sedang beta stalk org berjalan² dalam fesbuk..
tiba²........

"e'eh, mcm knal aje group nih......"

rupa²nya group ni dah lama dah saya join..tp, x penah pun nk masuk tgk² dlm group nih..*heh,tanda² dah tua cpat lupa..*
group ni pasal smue budak² yang penah tinggal dkat coventry dlu..haha..saya sudah lupa..*tgk, lupa lagi..aiyaa..*

dah habes slongkar smua dalam group tu, ni apa yg saya jumpa... *jeng..jeng..jeng*

haha, besarnye krtas A4 'budak' baju oren tu pegang..


e'eh, x sangka 'budak' tu dulu slaloo main mnyorok blakang org..*bajet best..*


ahaaa.!!ni gambar paling mahal..nmpk kreta warna merah belakang tu.??
kreta tu antik ouh..kalau naik macam nak reput aje pintu kreta tu..haha..

still igt num plate : B374 THP *haha, ni igt lagi.!!*


message 1 : knape cpat lupa huh.??
message 2 : hey.!!saya nervous kalau ckap dgn prempuan..knapa huh.??!!

hey kawan lama.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

3 tahun dok perlis x pernah skali pun saya jmpa kawan lama..
kalau nk pegi rumah pun dkat aje, x smpai 5 minit..
tp, nk bt mcm mna, kolej bg cuti lain dari kolej yg lain..*haishh, salahkan kolej pula..*

ntahlah, saya sendiri pun x igt bila last skali jmpa dgn dia nih..
mama kata time dkat UK dulu slaloo jmpa..tp, apakan daya otak saya smakin sihat matured..haha..
lgpun time tu saya sndiri baru umur 8 tahun..
whoaa.!!mmg x igtlah time tu..kecil lg saya nih..haha..*sekarang matured okeh, not TUA.!!*
bila mama tanya igt lagi time dulu² ada sumting..sumting..bla..bla...
n my jawapan always :
"ntah, x igt lah.."
ngahahahaha..
jawapan muktamad kalau mama tanya pasal bnda² dahulu kala..haha..

alhamdulillah dapat juga jumpa kwan lama, Rahiim..
dunia ni kecil aje..tmbah² perlis nih, lg lah kecik..haha..*btol ke.??Singapore lg kecil kot..*

ouh ya, cuti dah nak abes, 2 minggu aje lg nk rasa tido atas tilam yg sedap nih..uhh..~
takot pun ada nk msuk balk kolej..rsult pun x dpat lg..lagilah takot..haiyaa..~
so, spanjang cuti nih, not much yang saya buat..makan+tido+driver spenuh masa..
n ouh ya, mujur saya dpt jumpa dgn Rahiim..ada lah cket masa yg dia ajak pegi usrah..kalau x, terbuang macam tu ajelah masa saya kalau x buat apa²..

stiap ari, hantar adik, ambk adik, hantar adik, hantar adik........................................................
dah jd mcm pak cik yg bawa bas skola hantar bdak² pegi skola..haha..
mama kata saya bawa laju..
ye ke.???ntah, 60km/h dkira laju ke.??
tp dulu ada jgak brape kali hampir nk eksiden..alhamdulillah umo pnjang.. =)



message 1 : harap ukhuwah akan berkekalan..
message 2 : Rahiim tgh bt preparation ke Australia..saya jgak yang tnggal kat Malaysia..uhuk, saya sayang Malaysia..haha..
message 3 : naik krete jgn lupa baca doa..!!!

life..

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

'LIFE IS UNFAIR'

first² tu dengar ayat ni from one of my friend, ciwan, saya gelak² aje..
n then, bila balik rumah, tetiba terpikir bnde nih..
kinda btol jgak apa yg ciwan ckap tu..
kdg² tu trpikir knapa ada sumting yg kita btol² nak, tp susah nak dpat..tp, bnda yg kita x nak, senang pula nk dapat..
walaupun kita brusaha jgak nk dpatkan bnda tu, tp still x dapat..
apa pun, kta kna fikir, mesti ada hikmah di sebalik smua nih..

tp, bnda ni mcm susah bg saya sndiri nk ltakkan perkataan 'ada hikmah di sebalik semua nih'..
i keep on saying 'aaahhh, malangnya aku nih'..
astaghfirullah..
i try n try to say 'ada hikmah di sebalik smua nih'..tp, x boleh.. *TOLONGGGGGGGG.!!!!!!!*

kalau nak ditengokkan balik, mmg smua yg berlaku pasti ada hikmahnya..
sama ada bnda tu buruk or baik..
ALLAH STILL SAYANG KITA.!!!

cuba kita fikir, walaupun kita banyak buat dosa, tinggal solat, melawan cakap parent *nauzubillah*, still Allah menjanjikan kita masuk syurga..
cuma apa yang membezakan antara stiap manusia ialah tempoh seseorang itu nak masuk syurga sama ada cepat atau lambat..
kalau seseorang itu banyak buat dosa, meaning lambatlah proses dia nak masuk syurga..
kenapa.??
apa yang kita buat di dunia semuanya akan terbalas di akhirat kelak..kalau buat baik, baiklah balasannnya, kalau jahat, or dosa yg dibuat, nerakalah jawapannya..

tengok, Allah still sayang kita kan.??
walaupun kita buat dosa, still Allah menjanjikan syurga kpada kita..
once kita melafazkan kalimah syahadah, insyaAllah syurga menantinya..
namun, kita sebagai manusia x tahu byk mna dosa yg kita dah buat..
pernah dengar nasyid Raihan.??saya tulis satu phrase from dat nasyid..
dosa²ku, bagaikan pepasir..
di pantai...
dengan rahmatmu, ampunkan daku..
oh Tuhanku..
from dat nasyid dapat bayang x banyak mana dosa yang telah kita buat.?
pasir di tepi pantai tu banyak gilerzzz..
sebutir demi sebutir kalau nk dikira..
nauzubillah..

namun, Allah itu maha pengampun..
see, Allah still sayang kita kan.??
walaupun byk dosa yang kita buat, Allah still bg peluang utk kita memohon ampun daripadaNya..

saya still teringat time saya di tepi pantai tgk ombak² yang naik atas pantai..
terpikir time mento mentee projek dekat port dickson lah nih..hehe..
cuba tengok eh..
kita ni boleh diumpamakan mcm air laut..
bila air laut ni dibwa ke tepi pantai dengan ombak, banyak buih from dat air kita dpt tengok..
tp, bila air laut tu ditarik balik ke laut, buih² tu ilang..
from diz, buih tu boleh dikatakan mcm dosa kitalah..
once kita buat salah, banyak dosa yg kita dapat..tp, bila kita balik ke pangkal jalan dengan bertaubat kepada Allah *sama mcm air laut yg ditarik ke laut* nearly all buih² tu ilang..



message 1 : still mncari jalan yang betul.. =)
message 2 : ntah..
message 3 : eh, bertaubatlah mgt oii sblom terlambat.!!!

tawakkal

السلام عليكم ورحمة الله وبركته
bersegi empat merah saga,
bukan hiasan semata-mata;
setia menelan menunggu masa,
untuk dihantar ke merata-rata.
teka apa maksud bnda dkat atas tu...some might tink about kotak peti surat..
some might tink about 'rapid bas'..*hahahahaha..gelak guling²*
dua² jwapan mmg btol..
ekceli soalan dkat atas tu utk amazing race july intake foundation cucms baru² ni..
i was in charge with dat 'amazing race'..
soalan ni pun kinda stylo sbb first² tu saya x dpt pikir langsung pasal bnda² alah nk buat trick utk amazing race nih,.,.
mujur ada one of d senior yg akal dia mmg mantap arrrhh pasal trick² utk amzing race nih..*thanks to basirah*
i tink smua game dlm amazing race tu dia yg bg idea..*whoaaa.!!*
*i kept on thinking kalaulah basirah n sintoun x de, mcm mne lah saya nk kluarkan idea nk buat smua game² tu..hoho..slamat..~*

ouh ya, balik pada 'kotak merah' dkat atas tu..ekceli jawapan yg sebenar, kotak peti surat..
btolkan? warna merah; menelan surat; nk bawa ke tmpat lain..
tp, dlm amazing race tu ada satu group ni, sgtlah confident dgn jwapan yg diorang dpt, sanggup cari keliling bas..
apa yg diorang fikir ialah 'bas rapid'..
kalau dtengokkkan mmg btol pun sbb bas rapid pun warna merah, bawa penumpang ke mrata² tmpat jga..
so diorang naik bas rapid pintu depan cari satu bas utk cari faci yg jga checkpoit tu n then turun pintu blakang..*tp, x jumpa pun..*
still x puas ati, diorang check stiap bas rapid yg ada dkat ctu walaupun one of the faci yg ada dkat ctu kata jwapan yg diorang dpt tu salah..
whoa.!!!!
faci : eh, salah lah..cni bkannya tmpat utk jawapan klu tu..pegi cari tmpat lain..
a girl : aaargh, there must be someone yg jga checkpoint around here.!!*masuk pintu depan bas rapid, keluar pintu blakang bas rapid.. (=_+)"*
ok, bkannya nk memalukan diorang, tp from diz, kta dpt tgk, never give up on watever u r doing..
see..diorang sanggup cari stiap bas walaupun info yg diorang dpat salah..
diorang confident dgn diri sndiri..haha..*ooooppsss, tergelak..sorry..*
but most of us nowadays cpat putus asa..trmasuklah saya sndiri..

dlu time blajar foundation, stiap kali malam exam, kalau x sempat nk habiskan study, dalam kepala otak mesti dah fikir 'aaaah, nk give up lah..x tahan dah nih..'
so, saya dengan hati yg sedih stoplah study..then dalam hati kata 'tawakkal je lah'..

fikir² balik, knape nk tawakkal sedangkan x usaha..kinda konsep yg salah saya guna..
so, nak x nak, buka buku balik n then study jga..if not, mcm mna nk tawakal..btol.???

most of us faham tentang tawakal nih trmasuklah saya sndiri ialah menyerahkan segala²nya pada ketetapan dan ketentuan Allah..
tapi, kta terlupa satu perkara..tawakal ni perlulah diiring dengan usaha yg bersungguh² daripada individu tersebut..
kalau jus buat separuh jalan n then niat tawakal, bukanlah tawakal namanya tu..ngeh..
i jus read from one of the blog about tawakal :
Kita seringkali lupa akan syarat utama yang melengkapi istilah tawakkal ini. Saya kira tiada istilah tawakkal sekiranya ia tidak diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh daripada individu tersebut. Bukanlah dinamai tawakkal sekiranya hanya tunduk dengan apa yang berlaku tanpa ada usaha ke arah memperbaiki keadaan menjadi lebih baik. Sebab itulah firman Allah bahawa nasib sesuatu kaum tidak akan diubah olehNya melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubah nasib mereka sendiri.
skarang tgh cuti for about sebulan..tgh tnggu result utk ke faculty medicine insyaAllah,..
insyaAllah, kalau ada rezeki dpt jumpa smula kwn² foundation bulan Ogos ni dlam faculty of medicine..aminn..~
so, skrang utk smua batch foundation 09/10, tawakal kepada Allah..dah setahun berusaha dalam foundation, insyaAllah akan ada sumting yg kita akan peroleh..
=)
hope to c all of u again thiz august..

message 1 : one of the member dlm group yg saya pegang said "orientasi ni kita kna gembira coz time ni lah kita nk kenal antara satu sama lain, x perlu nk brsaing dpt johan dlm group cmpetition"..yes, they really followd wut their friend said..at last, group ni dpt numbr last antara smua group bla sesi pnyampain hadiah..bagussssssssssssssss...~
message 2 : my dad bought a new car..whoa.!!!so, cuti ni, sesi brkenalan dgn kreta baru..haha..

it's holiday.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

yeah, dah setahun 3 bulan struggle utk organic chem, at last cuti jgak..ngahaa..
ari ahad pagi smpai rmh, skrang bru nk rsa nk menghapdate blog nih..
erm, before balik tu, ari sabtu ada 'grand finale event', some kind of dinner for foundation..
tp, saya rsa not like a dinner coz i was too buzy on dat day...wahhh, wut a night.,
iyelah, ptg tuh dah srabut dgn video yg x siap, mlm tu plak time org makan kne ulang alik pegi blakang stage control video.. *salah sndiri jgak, sape suruh x siapkn video awal²..haha..pdn muka.!!*

ouh ya, not much 2 say..
jus nk bgtau saya rindu cendol saya..
saya smpat makan dua suap aje cendol mlm tu, n then i left it on the table sbb nk pegi ke blakang stage..
balik aje kat tempat duduk td......
GONE.!!!
my cendol..................~uhuk..uhuk..~ T_T
apa boleh buat, dugaan..~
x dapat nk habiskan cendol tu hingga ke titisan akhir.. *ayat x bley blah..*
sabarlah aje..

ok, stop bout dat..
nk share cket crite pasal mlm tu..bout the anak yatim/miskin yg join GFE malam tu..
ok, hussain ade crite pasal one of the boy from that rumah anak yatim/miskin tu..
x sure apa yg hussain tnye kat budak tu..
cuma apa yg hussain crite dekat saya yg budak tu crite dkat hussain mcm mne dia boleh dok kat rumah tu..

dat boy wasn't an orphan..he still have his parents, but he was left there..
ekceli bkannye dia sorang kat ctu, dia dgn adik dia rsenye yg kne hantar kat ctu..
dat boy crite yg mak n ayah dia bergaduh..
dunno lah mcm mne, at last parents diorang hntar budak² tu masuk rumah anak yatim/miskin tu..
so, satu ari nih, si ayah ni pegi ambk diorang nk bwa balik rumah..but then mak diorang nih suruh hantar balik ke rumah anak yatim/miskin tu..
wut the.................
mesti bdak² tu sedih gle..nk balik rumah, kne halau plak..aduuhhhh....~

saya dengar crite tu, it was jus like..warrrghhh..!!! kejamnye parents tu..dssbkan diorang, x de tempat budak² tu nk mrasa kasih sayang ibu bapa diorang..kecil² lg dah kne berpisah dgn ibu bapa..if i'm not mistaken, umo diorang below than 11 kot yg saya tnye mlm tu..brrrrrr...!!!!
*tergamam*



message 1 : sori x upload gambar GFE..x byk yg dpt ambil mlm tu..nk tgk, msuk facebook..*promote gambar..buuuuuuwekkkkk...~*
message 2 : sayangilah saudara seislam korang.. =)
message 3 : ouh ya, bkannye 3 bulan pun study utk organic chem tu, 2 minggu je...*maut.!!*
message 4 : sukar memiliki apa yg ingin d kehendaki..