Pages

muka misteri..

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

kekadang terfikir balik cerita ni memang rasa malu gila²..rasa nak sorok aje kepala dalam tanah..ooppss, jangan..sungguh b***h kalau saya buat macam tu..heh..

saya masih ingat waktu form 1, katil saya betul² hujung dorm tepi tingkap..best o0o katil dekat situ..tapikan sampai sekarang saya tak tau sebab apa saya pilih katil tepi tingkap tu, padahal kalau tepi tingkap nih selalunya banyak h*nt*.. <--pengaruh filem
ok,malam tu, kalau tak silap saya pukul 12 lebih kot sebab waktu tu semua ahli dorm saya dah tidur kecuali saya, Wanz dan Sobri..
waktu form 1 nih memang pelik sikit perangai sorang² tu..malam tu, Sobri tak tidur lagi merayau² dalam dorm..senaman kot..~ katil Wanz sebelah aje dengan katil saya..malam tu pula tak rasa mengantuk pun.. sebelum tidur, ada sembang sikit dengan Wanz..sembang pasal apa ntah..tak ingat..
ouh ya, dorm saya memang gelap kalau light off..lampu koridor tu ada..tapi, sebab waktu tu ada almari besar dalam dorm, jadi terlindung sikit cahaya tu nak masuk dalam dorm.. almari tu letak betul² sebelah katil Azim..kebetulan malam tu pula Azim tak tidur atas katil dia..jadi, tak perasan lah katil tu tak ada orang..
saya : bla..bla..bla..
wanz : haha..
saya : bla..bla..bla..bla..
wanz : bla..bla..bla..
saya : hehe..

*tak ingat apa yang saya dengan Wanz cakap..*
tiba² saya terperasan ada orang tengah usha saya dengan Wanz tengah bersembang..nampak macam lembaga hitam aje atas katil Azim..dahlah gelap..
zaman tu tengah popular dengan perkataan 'misteri'..
saya dengan spontannya terus cakap dekat Wanz..

saya : weih, tu siapa tu tengah tengok kita.???muka misteri jaa.. *sambil menunjuk dekat lembaga hitam atas katil Azim*
Wanz : *sambil mengalih badan terus cakap..* ASSALAMUALAIKUM..~

tetiba si Sobri yang tengah berlari dalam dorm tadi terus jatuh..
GEDEBUUK.!!! *memang bunyi kuat sungguh dia jatuh tu..lepas dia jatuh, terus tak gerak badan..erkkk.!!*

saya : *aik, pasai pa Wanz tiba² ja bagi salam* <-- cakap dalam hati..

tetiba, lembaga hitam yang saya kata tadi tu bangun dari atas katil Azim lepas tu dia cakap..

"tengah² malam ni tidurlah..bising jaa tengah² malam nih.!!"

erk..rupa²nya lembaga hitam yang saya kata tadi tu, Sir Suki rupanya..warden asrama kitaorang.. fuh, memang berpeluh teruk saya waktu tu.. patutlarr Wanz bagi salam lepas tu si Sobri pula sengaja buat jatuh..diorang dah nampak Sir Suki..saya sorang je tak perasan lagi waktu tu.. aiseh, kantoi saya kata dekat Sir Suki 'muka misteri'..hehe..

lepas aje Sir Suki keluar dari dorm, terus saya tidur..memang ketar habis saya waktu tu..tak cakap langsung..
waktu tu pula masih lagi pakai baju melayu balik dari surau waktu isyak tadi..tak salin pun baju tu..sebab takut sangat..
esok pagi, baju melayu saya basah berjeruk..bayangkanlah, baju melayu yang tebal, pakai untuk tidur..fuh, berpeluh deyh..


Sir Suki, penasihat pengawas SAINA..

kalendar diconteng.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته
komputer saya memang menguji kesabaran betul..!!lambat yang amat.!!kalau boleh nak hempuk aje komputer nih..tapi takut abah marah nanti..kwang..kwang..~
kadang² tu nak shut down komputer pun lambat..
mula² klik button 'start'..nak keluar menu 'start' pun dah ambil masa setengah jam.. *taklah, setengah minit aje..hee..~(lama gak kan.??)*
lepas tu, bila dah tekan button 'shut down', tunggu lagi seminit nak keluar window 'shut down'/'restart'/'log off'..bila dah tekan button 'shut down' lagi lama nak tunggu komputer tu shut down..grrr..~
ada sekali tu, sebab lambat sangat nak komputer ni nak shut down, saya tekan terus suis komputer nih..haha..siapa tau.??saya sorang aje..haha..ooppss..Allah tau juga..hihi..
ouh ya, bukan sekali, banyak kali juga saya buat macam tu..;P

hurm, pagi tadi waktu tengah tunggu komputer ni nak on, tetiba saya 'ter'perasan dekat kalendar atas meja komputer ada orang conteng..<-- geram sebab kalendar cantik..
saya terus ambil kalendar tu..ouh.~ni apa yang saya nampak..

nampak tu.?? 'hari jadi Hafiz'..
saya ingatkan kalendar tu aje dia tanda hari lahir dia..tengok² kalendar atas tv pun dia tanda hari lahir dia..
rasanya mesti semua kalendar dalam rumah saya ni dah ditandanya..hehe..x check pun lagi kalendar yang lain..


tak jadi nak marah..hehe..ingatkan siapa lah yang conteng benda merapu atas kalendar yang 'cantik' ni..rupa²nya Hafiz tanda hari lahir dia aje..tak apa..dimaafkan..hehe..~


message 1 : 21 April ni genaplah umur Hafiz 10 tahun..tolong peringatkan saya ek..jujurnya, saya beritahu, memang saya tak ingat tarikh lahir orang..yang saya ingat tarikh lahir mama, abah dan semestinya saya sendiri..ouh ya, kengkawan yang lain pun, bila dah dekat dengan hari jadi masing² tolong peringatkan saya ek..saya tak ingat tarikh² lahir orang ni..hehe..soriii..~
message 2 : Hafiz demam hari ni..sepanjang hari, tidur aje..kesian kat dia..~ doakan dia cepat sembuh ok..~terima kasih..~

matrikulasi <-> universiti <-> swasta

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

pada mulanya tak terfikir pun nak buat macam ni..tetiba 3 malam yang lepas mama teringat yang kaunselor bekas kaunselor SAINA sekarang dah jadi kaunselor dekat Kolej Matrikulasi Kedah..
jadi, terus mama suruh saya jumpa kaunselor tu nak tanya serba sedikit pasal alam universiti ataupun matrikulasi..lagipun kaunselor tu, Cikgu Murni kenal saya nih..4 tahun hidup satu bumbung, *erk, maksud saya satu sekolah* mesti kenal pelajar yang nama Mgt..
siapa tak kenal nama Mgt kat sekolah nih..pernah satu hari tu, budak nama Mgt nilah yang pernah jadi 'Superman' dekat SAINA menyelamatkan batu konkrit yang hampir menghempap seorang pelajar.. <---ouh, indahnya imaginasi..hehe..~

jadi, keesokan harinya, *2 hari yang lepas* terus saya ajak Fakhrul pergi sekali jumpa dengan Cikgu Murni..
tak sangka rumah Fakhrul dengan Kolej Matrikulasi Kedah dekat aje..hehe..

sampai aje dekat kolej tu, memang agak gelabah sikit bila jumpa mak cik guard dekat pintu pagar kolej tu..
dulu, waktu Cikgu Murni jadi kaunselor dekat sekolah, pelajar panggil 'cikgu'..tapi bila masuk ke kolej ni, dah tak wujud dah title 'cikgu' depan nama tu..dekat kolej pelajar panggil 'Puan Murni'..


mak cik guard : iye, ada apa.?
saya : err..saya nak jumpa kaunselor kolej..err.. CIK..GU Murniwati.. *mujur saya
sebut 'GU' dengan nada perlahan, kalau tak, mesti mak cik guard tu dah tergelak
guling²..*

mak cik guard : owh, Puan Murni ek.??ok, no problem..
saya : ni mesti dia dengar aku panggil CIK MURNI..aaah..abaikan..hehe..~ <-- cakap dalam hati



masuk aje, nampak Cikgu Murni tengah sibuk mengemas bilik..katanya, nak buat bilik baru dekat dengan pejabat dia..
tapi tak apa, dia tak kisah pun orang ganggu dia..hehe..~ <--rasa bersalah lah pula

okeh, ni ada sikit maklumat tentang apa yang saya tanya dekat Cikgu Murni..mungkin berguna untuk sesiapa terutama yang tengah pening nak pilih sama ada ke Matrik ataupun masuk terus universiti..
tapi saya hanya ambil maklumat dalam aliran sains sahaja..maaf bagi sesiapa yang nak tahu maklumat pasal bisnes ataupun lain² lah..

MATRIKULASI
-> kemasukan boleh semak pada 17 April ni..
-> waktu buat semakan nanti, diorang hanya akan beritahu yang kita ni akan masuk aliran sains..diorang tak beritahu lagi sama ada aliran sains yang akan kita masuk tu aliran 'sains hayat' ataupun 'sains fizikal'..bila waktu pendaftaran nanti pada 11 Mei, baru pihak kolej akan beritahu kita sama ada kita akan masuk aliran sains hayat ataupun sains fizikal..
-> untuk tentukan sama ada kita dapat aliran sains hayat ataupun sains fizikal, diorang akan tengok berdasarkan keputusan SPM kita..contohnya, kalau keputusan Biologi lebih tinggi dari keputusan Fizik, maksudnya kita akan masuk ke arah aliran sains hayat dan sebaliknya..
-> kalau kita masuk aliran sains hayat, kita tidak akan belajar subjek Fizik..dan kalau masuk aliran sains fizikal, say bye² kepada Biologi..
-> kalau kita dapat sains fizikal, tapi nak masuk ke aliran sains hayat boleh juga..tapi kena buat rayuan sewaktu dalam kolej nanti..ni untuk sesiapa yang nak jadi doktor lah..
-> kita selalu dengar, kalau masuk kolej matrik ni, nak jadi doktor susah..kena 4 flat..tp, saya tengok dalam senarai yang Cikgu Murni tunjuk, tak semestinya kena 4 flat baru boleh ambil aliran perubatan..pointer paling rendah yang saya tengok masuk aliran perubatan 3.96...erm, susah gak tu, tapi tu yang pointer paling rendah bagi yang masuk aliran perubatan & pembedahan..pointer paling rendah bagi doktor perubatan saja(tak belajar pembedahan) kalau tak salah saya 3.5 ke atas kot..jadi, Cikgu Murni nasihatkan, minggu pertama masuk kolej dah kena pulun betul² kalau nak dapatkan pointer macam ni..insyaAllah boleh dapat kalau kita berusaha dari awal..orang kata, matrik ni macam peluang kedua bagi mana² pelajar yang keputusan SPM tak memuaskan..apa lagi, pulunlah..hehe..~
-> saya terperanjat juga sebab ada juga pelajar aliran sains fizikal yang dapat 4 flat masih boleh jadi doktor..tapi, hanyalah doktor perubatan, tak termasuk doktor pembedahan..maksudnya, pelajar yang ambil aliran sains fizikal, masih boleh jadi doktor..hurm, menarik.!!
-> JPA/MARA ada juga menaja pelajar lepasan matrikulasi ke luar negara..tapi, agak susah nak dapat tajaan tu sebab sikit sahaja kuota tu..Cikgu Murni kata boleh dikatakan setiap kolej matrik hanya 6 orang sahaja yang akan dapat tajaan tu..tapi, apa kurangnya kalau sambung belajar dalam negara pun, nanti kerja sama juga..gaji pun sama..~
-> setiap pelajar akan dapat elaun RM2000 lebih..dan yuran untuk setahun hanyalah RM 200 lebih..hehe..~
-> bagi pelajar yang tak dapat sambung belajar dalam bidang perubatan dalam universiti dalam negara apatah lagi tajaan MARA/JPA, tapi dia masih juga nak jadi doktor, jangan risau..bagi pelajar² macam ni, boleh gunakan perkhidmatan ajen untuk sambung belajar dalam bidang perubatan tetapi di negara Indonesia, Mesir ataupun Russia..sepupu saya sorang guna ajen sambung belajar dalam bidang perubatan di Indonesia..baru aje habis belajar..sekarang tengah jadi doktor pelatih dekat Hospital Tunku Fauziah, Kangar..tengok, tercapai juga cita² nak jadi doktor..cuma, kalau guna agen ni, bila belajar di luar negara, tahun pertama kena tanggung duit sendiri..maksudnya, yuran universiti, makan dan macam² lagi pada tahun pertama kena tanggung sendiri..bila masuk tahun kedua, barulah JPA akan bagi pinjaman pelajar²ni sampailah habis belajar..tetapi, bila balik Malaysia, kena kerja dengan hospital kerajaan selama 10 tahun, barulah boleh buka klinik sendiri..kalau tak mahu kerja 10 tahun dengan kerajaan pun tak apa, tetapi kena bayar balik semua pinjaman yang kita guna sepanjang kita belajar di Indonesia/Mesir/Russia..sanggup ka.??

UNIVERSITI
-> hanya Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa(UIA) sahaja yang ada asasi sains bagi pelajar lepasan SPM..
-> kalau masuk asasi sains hayat dekat UIA, kena belajar bahasa Arab..WAJIB.!!
-> tempoh asasi sains hayat dekat UIA 2 tahun, tetapi dekat matrik hanya 1 tahun..hurm..~
-> kalau masuk asasi sains dekat UM pula, subjek fizik dengan biologi kena belajar..melainkan masuk matrik, bolehlah nak tinggal mana² satu subjek..
-> kelebihan kalau masuk asasi dekat universiti ni ialah lepas habis asasi boleh terus masuk universiti ni..tak payahlah susah² nak masuk universiti lain..

KOLEJ SWASTA
-> bagi yang nak masuk kolej swasta, boleh buat pinjaman dekat MARA..tetapi, dengan syarat kalau pointer kita dekat kolej tu 3.6 ke atas, pinjaman boleh diubah jadi biasiswa..kalau dapat 3.4 ke 3.59, kena bayar balik dekat MARA 10% dari pinjaman..macam tu lah..semakin rendah pointer kita, semakin meningkat peratus bayaran yang kita kena bayar balik dekat MARA..
-> ouh ya,kolej swasta yuran agak mahal ek..~



arearaarakewl



message 1 : Fakhrul dapat pergi interview MARA..tahniah ek.!!
message 2 : kalau ada silap apa² tolong perbetulkan ek..gitau sama saya..~

2 hari pijak bas..

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

hari Jumaat baru² ni saya dengan seronoknya telah pergi ke Selangor.. * hurm, sebenarnya tak seronok pun..hehe..*
bertolak dari Kangar lebih kurang pukul 10 pagi.. *oopss..~kantoi tak sembahyang Jumaat*
sorang je saya pergi..membosankan..mujur dalam bas tu saya tidur aje sepanjang perjalanan tu..jadi, taklah rasa bosan sangat pun.. haha..
ouh ya, malam Jumaat tu, tepat jam 12 malam..erk,lebih sikit 2 minit saya semak keputusan sama ada saya ni layak ke tidak temuduga MARA..dengan bangganya, website tu tulis "maaf, anda tidak berjaya.."
wuu..~sedihnya..erm, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tu ek.??
ingatkan saya sorang aje yang bernasib malang..dalam bas tu tetiba ada call..ngeh, p*'*an gitau yang ramai lagi senasib dengan saya..mungkin MARA pilih yang dapat straight A aje kot..
buat rakan² yang dapat ke mana² interview, semoga berjaya dapat tajaan MARA/JPA..ingat, sebelum pergi interview banyakkan berselawat dan ingat ALLAH.!!insyaAllah berjaya..~

erm..dalam perjalanan ke Selangor, bas yang saya naiki berhenti dekat R&R mana ntah..saya pun tak tahu..
pemandu bas tu bagi masa dekat kami semua dalam masa 45 minit aje..bolehlah solat dan makan sikit²..
ok, dah selesai semua tu, saya pun naik semula ke bas..tetiba, ada seorang pak cik nih masuk ke dalam bas dan ada tanya soalan dekat pemandu bas tu..
kebetulan tempat duduk saya dekat dengan pemandu, jadi saya terdengarlah perbualan tu..

pak cik : encik, bolah saya minta tolong tak.?
pemandu : haa..awat.??
pak cik : ni haa..ada sorang student Somalia tu..dia blajaq kat aloq
staq..tu dia dok tengah galas beg tu..dia naik bas Sri
Murni tadi..tapi, lepas dia habis sembahyang tadi dia mai balik kat tempat parking bas, tengok² bas dia dah blah..~
pemandu : lorr..~ tertinggal bas arr nih.??
pak cik : tu arr..boleh tak dia naik bas ni turun kat Selangor
sekali.?lagipun bas dia tadi pun nak pi Selangor gak..sampai kat sana nanti, dia
kata dia akan habaq kat kawan² yang ada kat Selangor suruh settlekan
semua tu..boleh tak.??
pemandu : hurm..erk..isyh..erk..erm..macam nilah, saya ni pemandu ja..bab²
nak bagi orang naik tumpang bas ni, saya takot nanti pihak atasan marah saya
sebab bagi naik pemandu yang tak bertiket..saya minta maaf sangat² tak dapat nak
tolong..
pak cik : (-_-")


ouh ya, bas yang saya naik nama dia Transnasional..

saya tiba dekat Shah Alam lebih kurang pukul 6 petang..sakit belakang saya dalam bas tu..ouch.!!
keesokan harinya, hari sabtu kan.??yeah..sabtu..malam tu saya bertolak balik ke Perlis..wah, penat sungguh saya dua hari tu..

sebelum bertolak balik, pak ngah ada bagi hadiah dekat saya..wah, terharu sungguh saya..sudahlah tumpang rumah dia tidur semalaman, menghabiskan elektrik rumah dia, air, beras..erk..erk..aarr..minyak kereta dia..
tetiba dia bagi hadiah pula..isyh, segan betul saya waktu tu..tapi, kalau dah dikatakan rezeki tu, jangan ditolak..hihi..


tadaaa..~dia bagi saya pen..~
rasanya mahal juga pen tu sebab dalam kotak lagi..sebelum ni pun saya selalu guna pen yang biasa² aje..yang harganya 90 sen, seringgit..tak pernah lah lagi saya guna pen yang harga mahal² ni..
rasa macam nak letakkan dalam frame aje..haha..
terima kasih banyak² pak ngah..~

Photobucket



message 1 : bila keputusan SPM yang recheck tu dapat tau.??
message 2 : malam saya balik ke Perlis tu, lebih kurang pukul 10 malam..tapi, pukul 8.30-9.30 malam saya tengok bandaraya Shah Alam terang berderang aje..'Earth Hour'..??naaahh..~kasihan bumi yang sudah tua nih..tak apa, tahun depan kita padam semua lampu dekat Malaysia termasuk lampu kereta..hua..hua.. *idea jahat saya..*

tag *from afiq a.k.a batista*

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

5 things in my bag:
1. pen
2. gula² *gees..dah lama dah tak buang gula² ni dari beg..melekit.!!yuksss.!!*
3. fail yang penuh dengan kertas yang tak guna..hehe..
4. plastik gula² yang setahun lebih dah dalam beg tu..
5. ouh ya, kad outing/balik kampung sekolah..hehe..kenangan dowh..~

5 things in my wallet:
1. yeah..duit..!!
2. kad pengenalan..
3. resit bas..
4. syiling..
5. lesen..

5 favourite things in my bedroom:
1. hurm..al-Quran..
2. katil saya..
3. cermin..susah kalau tak ada cermin ni..ngeh..~
4. heh, baju sayalah paling penting kan..
5. ouh ya, dalam bilik saya ada satu sudut ni..saya panggil sudut ni 'sudut bagi'..yeah, semua barang yang ada dekat sudut tu semuanya orang yang bagi..free..~hee..~

Photobucket


5 things I wish to do :
1. keluar makan dengan raja..*berangan*
2. melancong ke seluruh dunia secara percuma..
3. keluar main badminton..lama sungguh saya tak main ni..
4. tidur..ngee..~
5. tengok cerita 'fast n furios'..yang baru nak keluar tu..(dah keluar dah ek.??)

5 things I’m doing now :
1. buat tag ni..
2. bernafas..heh..
3. tengok skrin laptop..
4. fikir nak tulis apa ni..:P
5. duduk atas kerusi..

5 people I would like to tag:
1. saya..
2. tak..
3. mahu..
4. tag..
5. sesiapa(fullstop)