Pages

kasih sayang itu titi..~

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Kem PPD yang diadakan 3 hari lepas sangat bermakna bagi kesemua pelajar KUSPEC yang akan dibuang dipindahkan ke kolej lain..
walaupun hanya 2 hari sahaja kem itu diadakan, kami kenal makna kasih sayang antara kami semua..
walaupun hanya tinggal 4 minggu sahaja lagi sebelum kami semua membawa diri ke kolej lain, namun, kasih sayang yang tersemat dalam diri kami tak akan hilang walaupun berjauhan..

Rasulullah saw. bersabda, “Man laa yarhaminnaasa laa yarhamhullaah” Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya. (H.R. Turmudzi).


ada satu part yang amat aku suka dalam kem ni..
'Jambatan Tergantung'


jambatan ni kami kena lalui sebelum ke kawasan flying fox..
apa yang mencabar ketika naik jambatan ni ialah kami kena berjalan hanya di atas satu tali aje..
sememangnya jambatan tu amat mencabar sebab bila ramai orang yang naik, nanti jambatan tu akan bergetar..tak tahu sebab apa.. =.="
bila sampai di penghujung jambatan tu, kawan² pun bagi pendapat masing² pasal jambatan tu..

"kaki aku ketar gila.!!"

then, baru terfikir..patutlah bergoyang jambatan tu..haha.. =P

*********

dalam perjalanan atas jambatan tu, tetiba hati berbisik..
macam mana keadaan di akhirat nanti apabila kita nak lalui titian Siratul Mustaqim sedangkan titi atau jambatan yang dilalui di dunia apabila bergoyang, dah rasa sangat² takut..~

Berdoalah kepada Allah S.W.T. semoga kita menjadi kumpulan pertama yang melintasi siratul mustaqim bagai kilat memancar



SELAMAT HARI IBU.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

setiap kali bangun pagi, mataku pasti melihat jam handphone..setakat pukul 10 pagi tu, rasanya awal lagi bagi aku di minggu cuti ni..haha.. *gelak jahat*
tapi, pagi tadi, adik aku gerak..dua tiga kali jugak, tapi, hati ni dok cakap :

"aiseh, malam ni nak bertolak balik cyberjaya dah..aduhh..sayangnya nak tnggal katil sedap ni.."

so, mcm biasa, truskan perjuangan di alam mimpi..yeeehaaaa..~

tepat jam 10.59 a.m..seminit lagi nak pukul 11..aku pun bangun..
macam biasa, bangun pagi, benda first yang aku akan tengok selepas tengok handphone, FACEBOOK.!!! <------ nak tengok isu semasa kawan² apa dah berlaku dekat diorang di pagi² buta ni.. *pagi² buta lah sangat..matahari nak terpacak atas bumbung rumah dah...~hoho*

ni apa yang terpancar *ceay,terpancar..~* dalam skrin laptop aku..


HOYEEAAHHHH.!!!MOTHER'S DAY.!!
dan aku di atas katil masih lagi bertemankan bantal, tilam and..and..and laptop.!!
ouh, apa dah berlaku.!!aku hampir terlupa.!!ngahahahaha... *kejam punya anak*

then teringat plan kakak dengan syuhada dua hari yang lepas..kata nak beli kek, then celebrate sama²..
waaahhh..mesti hari ni hari paling best...
tapi..tapi..~

aku masih lagi di atas katil.!!! =.="

zzzuuuupss..terus bersiap..~
turun bawah..tengok kat dapur, mama tengah dok prepare lunch..
ouh, adakah aku terlambat.? *yaa.!!memang terlambat.!!*

tngok kakak dok tololong mama dok prepare makanan..muka serius jaa..
tetiba mama tanya...~

"siapa nak ambk adik hafiz kat tuisyen.?!"

ouh.!ouh.!!ni peluang terbaik ni nak keluar pergi beli kek.!!
tak fikiaq panjang dah..trus jawab..
aku : wan pi ambik satgi.!!pukul brapa dia keluaq.??
mama : 11.45
aku : orait...~

*****

dalam kereta dengan adik hafiz:

aku : hafiz.!!nak beli apa kat mama.??mothers day..~ *saja² tanya..*
hafiz : erk, ntah..~
aku : hafiz rasa benda apa best nak bagi kat mama.??
hafiz : erm,tak tau...
aku : =.="
hafiz : beli ayam lah, bagi kat mama..kita pi market..~
aku : aduhhhhhhh..~ jomlah teman abg ngah beli kek kat kedai..bagi kat mama..ok.??
hafiz : erm..jom.!!!!


*memang tak matang.!!*

dah beli, then satu hal lagi berlaku...~
tak plan macam mana nak buat surprise kat mama..alamak..alamak..macam mana nih.??
tak kan nak jual balik kat kedai..

sekarang, aku ikut plan hafiz pulak, budak tak matang :

tinggal dulu dalam kereta, then bincang lain dengan kakak, asyraf dgn syuhada..

masuk rumah..tengok kakak tengah prepare barang² nk buat kek..

aku : aik.??awat nak buat kek.??
kakak : mama suruh..
aku : aduh...macam mana ni..kek dah beli..~

biasalah mama, tiap² kali hari last sebelum aku balik, mesti mama nak buat makanan sepcial untuk anak dia ni..
tapi, kali ni, anak dia pulak nak buat special..haha

teruih panggil kakak naik atas..bincang kat atas macam mana..
bincang..bincang..bincang..SETTLE.!!!
kakak pun turun bawah balik..

aku suruh syuhada turun pi lari ambk kek dalam kereta..
kakak pula ready kat bawah..
kek dah bawa masuk dalam rumah..
then, kakak pun beraksi.!!
kakak : mama.!!!!kek dah siap.!!!
mama : buat lah kek tu.!!!siap apanya..
kakak : laaaarrr..dah siap dah.!!!
mama pun keluaq dapuq..pi tengok atas meja makan..

"waaahhh..anak mama.!!!terima kasih banyak².!!!"

tapi, time tu, kek dalam kotak lagi..tak bukak lagi kotak tu...
pastu suruh mama buka..
JENG.!!JENG.!!JENG.!!





nampak atas kek tu ada signboard apa.??
HAPPY BIRTHDAY.!!

ouh, spoil.!!ni mesti akak pekerja kedai kek tu silap letak..
tapi, mama kata..tak apalah..mama faham...
hoho..~

then bermulalah sesi bergurau senda..ahak..~

HAPPY MOTHER'S DAY yeaa..~
I LOVE YOU.!!

message 1 : nanti abah pulak..plan cara lain pulak..father's day.!!
message 2 : happy mother's day untuk semua ibu2 kat dunia ni yeah.. =)
message 3 : syurga di bawah tapak kaki ibu..kan.??kan.??

colgate.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

zaman budak² memang sesuatu yang tak dapat dilupakan..
tapi nanti bila dah tua, nyanyok, terlupa jgak..
*sebab tu nak tulis dalam blog ni takut nanti tetiba terlupa..haha*

ketika aku sedang menggosok gigi dengan kakakku di dalam tandas.. *time tu kecik lagi, x dak hal lah aku dgn kakak aku dalam tandas..gosok gigi ja pun..~*
sedang aku memerhati cermin tandas..tiba² aku terasa macam nak jenguk ja kat luar pintu tandas..
kebetulan time tu pintu bilik tidur 1 and bilik hujung terbuka luas..

*time tu rumah aku ada 3 bilik : bilik master kat depan skali, bilik tidur 1 (bilik tidur aku dengan kakak aku) and bilik hujung (bilik stor)..bilik tidur 1 dengan bilik hujung memang parallel dengan tandas rumah aku*

*sambung balik..* mata still kabur2 sebab nak tidur dah..
pejam celik..pejam celik..pejam...pejam..celik..pejam..
tiba² hati berbisik "tengoklah depan pintu bilik tidur 1 dgn bilik hujung"
tanpa segan silu, mata yang melekat kat muka ni pun tengoklah kat depan dua² pintu bilik..

mata pun berkerut² nak tengok sebab instinct tu macam ada sumting..
sekali kerut mata dengan dahi tu..tup..tup............~
nampak macam ada orang gosok gigi sambil sua kepala keluar pintu bilik..
mata dengan dahi terus berkerut..air liur detelan..gulp..sekali dengan colgate aku telan....~

terus aku bagi tahu kakak aku..ada nampak macam ada orang tengah gosok gigi kat depan pintu..
kakak aku pun berkerut juga mata dia..dengan dahi dia skali berkerut juga..
tapi dia kata dia tak nampak apa²... *hoho.!!dahsyat kan aku boleh nampak hantu...............GILA.!!*

terus kakak aku suruh aku tutup lampu tandas dengan pintu tandas..
gila kan.??dahlah nampak hantu..pi berkurung dalam tandas,.lepas tu tutup lampu pulak..memang SMART arhhh..tapi tak pa, time tu tak matang lagi..........~

then, kami pun sama² menjerit panggil mama..
dalam masa yang sama kami dok menjerit panggil mama, asyraf *adik aku* menangis tersesak-esak kat dalam bilik master..time tu asyraf baby lagi..comei lagi..sekarang...ermmmm..handsome sikit..heh..~
mama apa lagi, nak handle asyraf yang tengah menangis macam nak sesak nafas tu dahlah susah..kami pulak dok menjerit panggil mama dalam tandas..
mama lari dekat tandas kami dok, pastu marah.. =.="

sebab mama pun tak tahu apa yang berlaku lagi..
on the spot, kami cerita kat mama apa kami nampak, terus mama bawa kami masuk tidur bilik master sekali.. *yeay.!!*

kebetulan time tu abah ada kat Jepun..memang drama arr malam tu..
esok tu, panggil orang baca Yaasin dekat rumah..
memang betul kot malam tu rumah kami ni kena kacau..tiba² je asyraf menangis teresak², lepas tu, kami pulak nampak benda yang tak sepatutnya..hmmmm..~

........

sekarang rumah yang kami duduk tu dah disewa dekat orang lain..
baru² ni pun, dapat news kata rumah tu ada nampak macam ada sumting yang selalu main² dekat tali wayar TNB atas rumah..
gerun rasanya nak balik rumah tu..ngeh..~

nantilah nak suruh benda tu pi jalan² kat c..u..c..m..s.. pulak.. *oooppsss, benda sensitip*




message 1 : meremang aku nak tulis entry tengah² malam buta ni..
message 2 : ada sambungannyaaaa..~
message 3 : takut kat ALLAH ya kawan².. =)

habes cerita.!!

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

saya officially dah dikeluarkan dari Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (KUSPEC) *sedap jgak nama ni* ataupun lebih dikenali dgn C..U..C..M..S....................~

macam² berlaku dalam masa 6 bulan start dari bulan November tahun lepas..*first time pihak kolej umum nak buang kurangkan student* yang membuatkan saya sendiri memang dah tak tahan sangat² dengan perangai kolej ni..
tapi, apakan daya, tahan atau tak tahan, memang kena hadapi juga benda bodoh ni..

ingat lagi first time kolej umum senarai nama nak student yang nak dibuang dikeluarkan, parents pun datang..dengan membawa sepanduk, senapang gergaji, parang dan sebagainya, maka, berlakulah peperangan antara pihak kolej dan parents..ok, saya tipu.!!
tak ada pun sepanduk, senapang gergaji, senapang dan sebagainya tu..tapi perang² tu ada lah..perang mulut.!!
parents kami sangat hebat, hanya berbekalkan segala ilmu yang ada di dada untuk mempertahankan kami..ouh, terharunya saya... T_T
tetapi, senarai nama tu ditarik balik sebab parents suruh..ouh, skali lagi terharu..T_T
sebab..sebab..nama saya tersenarai dalam tu.. *malu² kucing*

ouh ya, kolej janji tak nak keluarkan list nama lagi, dan student dibenarkan belajr hingga habis first year..ouh, skali lagi terharu dengan apa yang parents lakukan.. T_T
kolej JANJI lagi tak nak bagi tahu any bad news kepada student, melainkan semua bad news yang kolej akan umumkan akan diberitahu kepada parents dulu..

pernah dengar janji melayu.??mesti pernah kan..so, JANJI yang telah DIJANJIKAN sekadar JANJI dekat mulut orang yang BERJANJI iaitu JANJI tidak lagi dijadikan sebagai JANJI di mana JANJI yang telah diberitahu dilanggar.........~

list sekali lagi dikeluarkan, and bad news tu, first² skali diumumkan kepada student.. *ouh, indahnya dunia~*
berlakulah jiwa kacau dalam pelajar² ni..ouh ya, dengar cerita ada kawan saya campak kerusi dari third floor terus ke bawah dekat kawasan rumah dia..dahsyat kan.??
mula² nama diumumkan and diberitahu nama² ni kena keluar dari kolej ni, saya rasa ini hanya sekadar gurauan yang kolej selalu buat..haha..sebab dalam hati terfikir, nanti mesti parents datang, maki² kolej, lepas tu nama ditarik balik, lepas tu student akan belajar macam biasa balik..
tapi, kali ni, bukan gurauan lagi..ini memang betul² punya..memang senarai nama yang diumumkan WAJIB keluar dari kolej ni..tak adenya hukum sunat ataupun harus dalam kes ni..WAJIB.!!
durhhhh.~ *jiwa kacau*

dipendekkan cerita, saya memang bukan lagi student KUSPEC ni..
insyaAllah JPA akan transferkan student² JPA yg tersenarai dalam list tu ke AUCMS,Penang..tapi, kena start balik medical course dari first year..
bermakna grad lambat setahun daripada sahabat² dekat KUSPEC ni.. *ada hikmahnya tu..sabar..sabar...~*


message 1 : erm, panjang lagi kalau nak diceritakan, tapi, nanti² lah sambung cerita..kalau nak tahu detail lagi apa berlaku dekat student² KUSPEC yang kena buang transfer ni, just google blog, then macam² boleh tawu pasal KUSPEC ni..haha.. *best plak guna nama KUSPEC ni.. =P*
message 2 : masuk AUCMS bulan September..tp, skrang ada special kelas apa ntah..so, roh and jasad still berada kat KUSPEC lagi..
message 3 : thanks kwn² yang tak putus² bagi nasihat and tolong ketika saya down motivated..thanks byk².. =) *sin toun banyak tolong..thanks.. =)*

ujian adalah tarbiyah dari Allah 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

kita yang merancang, Allah yang menentukan..

selalu kan kita tengok dalam tv, internet ataupun majalah, orang tu plan nak ambil gambar paling stylo sekali yang pernah dia ambil..tetapi bila dah publish gambar tu, tiba² ternampak ada lembaga dalam gambar tu yg nak join juga masuk sekali..wuuuuuuu...~seramkan...
tapi, sekarang bukannya saya nak bercerita pasal hantu..lupakan.!just introduction.. *bajet stylo..haha*

mungkin ada yang tahu mengenai masalah yang dihadapi sebuah kolej perubatan di Malaysia ni, mungkin juga ada yang belum tahu apa sebenarnya masalah yang dihadapi kolej tu..dan apakah nama kolej tu..kan..kan.??
rasanya kalau tak bagi tahu pun, boleh juga kot korang tahu..
p/s : trylah scroll bwah tengok dekat bahagian list blog tu, ada nama kolej saya..oooppss..tersilap bagi tahu..haha..never mind.. =P

ok, beginilah ceritanya..kolej tu menghadapi masalah tak dapat akreditasi daripada MMC..
disebabkan oleh lebihan pelajar yang bercurah-curah dalam batch saya sendiri..sepatutnya, satu batch boleh ada 150 orang student sahaja, tetapi apa yang berlaku..jumlah batch saya 236 orang..

236 - 150 = 86

bermaksud, ada 86 orang yang lebih.!! *erk, boleh tahan arr..*
so, dah bermacam² usaha dah dibuat pihak kolej nk kurangkan student jadi 150 orang sahaja satu batch..
ada yang pindah ke kolej lain, yang tangguh pembelajaran masuk batch seterusnya dan...dan..yang tu aje kot.. =.="
so sekarang yang tinggal dalam batch saya hanya 222 orang.. *cantikkan number tu..haha*

dipendekkan cerita, kolej telah pun mengeluarkan senarai nama pelajar yang perlu dikurangkan supaya mencapai target 150 orang sahaja dalam batch saya ni..
tup..tup..nama saya termasuk..alahai,...~

tapi, kolej tarik balik semua senarai nama tu dan batalkan cadangan yang telah dibuat untuk semua pelajar lebihan tu..alhamdulillah..~

dipendekkan cerita lagi...
semalam pihak JPA jumpa semua student² tajaan JPA..dan apa yang terjadi ialah pihak JPA bagi 2 pilihan kepada pelajar tajaan untuk membuat pilihan..
iyelah, kiteorang tak boleh nak ikut apa yang kolej arahkan sebab yang menaja kiteorang JPA, so macam agak susah sedikit kalau nk buat keputusan sendiri tu..
ouh ya, 2 pilihan tu..
1. tukar kos ke pergigian ataupun farmasi
2. tukar ke kolej lain dalam bidang perubatan juga
abah ada cakap, kalau JPA bagi green light untuk keluar dari kolej, memang abah nak bawa keluar terus..
jeng..jeng..jeng..JPA dah bagi choice boleh keluar kolej tukar ke kolej lain...

tetapi...

hanya untuk pointer 3.0 ke atas.....
erk, saya ni tak lah sehebat pointer di atas tu..heh.. *senyum kambing*
hmmm..bermaksud staylah saya dekat sini..

tetapi kan, kalau stay sini pun, belum tentu dapat akreditasi daripada MMC lagi..
apa yang saya takut, kalau tak dapat akreditasi, terpaksa student² kolej ni ambil exam yang dibuat khas MMC selepas grad nanti..
fuh, maksudnya, ada dua kali exam besar kena ambil sebelum dapat jadi doktor..

dan ini apa yang salah seorang lecturer cakap dekat saya selepas perjumpaan JPA semalam..

"ada student medic oversea from university yang tak dapat pengiktirafan MMC balik ke Malaysia, dan tak pass exam tu, terpaksa repeat semula first year"

whoa.!!dah lima tahun belajar, tetiba tak lulus exam, kena ulang semula dari first year.!!nauzubillah...~

so, sekarang ni, rasa macam serba salah..kalau ikutkan hati nak keluar dari kolej ni..tetapi tak boleh pula..
ouh, ya, waktu first² kolej umum pasal masalah ni, memang saya tak nak keluar langsung dari kolej ni, tetapi fikir² balik, rasanya better keluar daripada stay..h0h0..

hmm,apa² pun, apa yang dapat saya buat hanyalah berdoa kepadaNya agar semua urusan dapat dipermudahkan..
Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba² Nya..insyaAllah..

*smile*

message 1 : apa patut saya buat huh.??nak try minta keluar ke.??
message 2 : ujian..ujian...~